Friday, February 25, 2005

Nostalgia kedai Ba


Salam Jumaat buat semua

Semoga Jumaat membawa keberkatan. Dulu-dulu masa aku full time warga negeri Kedah, Jumaat merupakan hari cuti, jadi Jumaat sangat-sangat dinantikan. Boleh bangun lewat sikit, mak pun akan masak special sikit, sebab hari tu ialah hari pasar minggu di Pekan Sungai Petani. Kalau time Jumaat abah baru dapat gaji dapatlah merasa makan ayam or daging. Ye lah orang susah mana nak merasa anytime nak makan ayam macam budak-budak sekarang yang stok ayam sentiasa ada dalam peti ais, bila-bila masa jer maknya boleh masakkan.

Biasanya pagi-pagi Jumaat tu abah dan mak akan naik motor pergi pekan ke pasar minggu sebab pasar minggu kat kedah bermula sejak awal pagi hingga malam. Skrng sudah tidak ada pasar malam yang sangat meriah dan menjadi tarikan pekan SP. Dan bila mak sudah pulang dari pasar malam, dengan segala macam bahan mentah, aku akan menolong mak memasak. Tengahari kami akan makan bersama-sama, biasanya abah suka makan lepas solat Jumaat.

Baru-baru ni balik, aku dan darling singgah kat Kedai Ba, (apek cina) dulu-dulu sebelum ada supermarket hebat-hebat kat SP kedai Ba lah tempat abah ambil barang-barang dapur. Setiap kali Ba datang dgn motor roda empat dia, kami gembira sebab tahu abah sudah gaji, masa tu abah beli beras timbang, gula timbang, semua dibungkus dalam kertas surat khabar. Semua barang ada, kicap, sos, cili kering, dan ada juga abah belikan bikust empat segi panjang warna coklat yang ada krim dan rangup tu. (macam Snap).


Masa tu orang susah, dapat beli barang kat kedai Ba pun dah rasa macam seronok sangat, ye lah sebulan sekali bershopping barang dapur walau kat Kedai Ba, seronok sangat terasa. Lepas supermarket Billion di buka di Pekan SP, abah banyak membeli barang di situ, sebab murah. Tapi nostalgia berangkut barang dari kedai Ba memang manis untuk dikenang. Ba akan menulis harga barang-barang di atas kad kotak rokok yang telah di potong keping-keping.

Masa bercerita dengan darling dia pun tergelak dan mengaku, memang nostalgia. Dia kecil-kecil dulu ayah tugaskan menulis apa barang yang tidak ada di dapur, dan diberi duit ke kedai dan memesan barang-barang. Kemudian barang-barang akan dihantar ke rumah. Masa menanti barang-barang sampai sangat manis, sebab ada kordial, walau kordial murah pun tapi orang tua belikan sebulan sekali, pandai-pandai jimat-jimat minum kordial yang ada. Biasa mak simpan untuk kalau tetamu datang baru menjamu air kordial. Kalau tak minum air sirap jer la.

Masa tu kita tak anggap pun pengalaman begitu akan menjadi nostalgia manis buat kita, kini sudah 20 tahun ianya berlalu kita rindukan saat-saat begitu. Rindukan saat-saat berkerumun makanan yang dimasak emak. Terutama cucur udang cicah kuah kacang emak. Sedapnya, dimakan kala hujan-hujan makan depan tv. Berkerumun kami adik beradik makan sampai puas.

Di hari Jumaat ini juga kebiasaannya mak suka buat ikan bakar, bila nampak kami membaut bara, jiran sebelah, Mak Jah pun akan menumpang memanggang ikan. Kalau Mak jah yang memanggang ikan, kami pun menumpang juga, seronok berjiran dahulu. Bila belah petang pulak, lepas asar, biasa kami semua budak-budak berkumpul untuk bermain, main Katok ulaq (erkk org sini panggil apa ye EP? yang main guna kayu tu? konta konti? ye ker?), main tuju kasut, susun tiga selipar menegak mcm piramid dan baling dengan bola tenis. ada dua team. Main lom (galah panjang), main tuju tin...ermm sangat manis untuk dikenang....sungguh nostalgia...

nostalgia anda bagaimana??

- Iklan - sila lawati PAJAK GADAI sudah dibuka kembali..dia kembali riak....dia kembali mengganas...ia jalankan bisnes memajak semula dan sedang kumpul modal hendak bukak bowling centre pulak....

(iklan ini berbayar, ermmm nyum..nyum...sedapnya pizza...)

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino