Monday, January 03, 2005

Selamat tahun baru...


Yea...Selamat Tahun Baru untuk semua..
Moga 2005 akan lebih bermakna buat semua...
Ermm umur pun tambah satu angka..
Uwaaaaaaaaaaaaa peralihan umur aku tahun ni...
bukan lagi dua puluhan lepas ni....tidak!!!!!!!!!!!
Tp realitinya IC tetap kepala 7 bukan lah IC kepala 6, masih mudalah kiranya...
Moga Najmi dapat adik..amin...Moga darling dapat naik gaji banyak-banyak sikit..
moga dapat bonus 3-4 bulan..he..he...
Moga abah akan sihat, moga emak sihat dan kedua mertua pun sihat dan panjang umur

Sekolah Baru
Bangun pagi tadi, Najmi meragam sikit, tak nak mandi, dia kata nak mandi kat sekolah. Sambil dia layan kartun pagi-pagi, aku terus call owner taska/tadikanya. Bertanya samaada Najmi akan bertukar ke bangunan tadika baru atau masih di rumah lama. Kata Pn. N budak umur 4 tahun kena pindah bangunanan baru. Bangunan baru tadika ni, adalah dibina khas oleh Perbadanan Putr*jaya. Cantik dan sangat comel bangunannya. Khususnya tadika, dan kelas pra-tadika. mempunyai banyak bilik-bilik kelas, dan nampak sangat selesa, dan luas. kira mereka punya kawasan mereka sendiri, tadika berpagar dan mempunyai halaman yang sangat luas. Ermm padanlah yuran pun boleh tahan. Masa aku hantar tu aku tengok ramai bebudak yang first time masuk tadika meraung-raung tak nak duduk, terpaksa mak bapak menunggu, si Najmi nampak je cikgunya terus lari dan jumpa kawan terus main-main. Lega..risau juga mana tau bangunan baru dia rasa kekok, tapi dia selamba rock je..

Mengikut modul pelajaran untuk pra tadika ni, Najmi akan belajar Mental Arimetik, dia akan belajar mengira menggunakan sempua. Ermm 4 tahun, kenal nombor pun belum. Entah, aku ikut je la apa kata cikgunya, itu kerja mereka. Lagipun dia baru umur 4 tahun apalah sangat yang aku harapkan dari budak umur 4 tahun, aku dulu 6 tahun pun entah-entah ABC pun hafal lagi. Tapi Najmi sejak 3 tahun dah boleh baca Al-fatihah, boleh baca doa makan, doa lepas makan, doa tidur, kenal huruf sikit-sikit, dan kenal nombor sikit-sikit, kenal warna..bagi aku cukuplah basic untuk budak umur 3 tahun, 4 tahun mungkin dia akan tahu lebih lagi, tapi tidak mahu mendesak dia, biar dia enjoy zaman kanak-kanak dia. Pakar kanak-kanak kata kalau kita memaksa kanak-kanak bawah umur belajar, kita mencabuli hak kanak-kanak. He..he..Contoh masa kanak-kanak bermain, ktia hentikan dan paksa mereka baca buku ABC, mengira, kita sudah mencabuli hak kanak-kanak itu, mujur budak-budak tak tau, kalau tak ramailah mak bapak kena saman.

Cikgu Najmi sendiri pun ada berpesan, di taska tu mereka sudah belajar, mengira, menyanyi dan buat drawing dan painting, jadi bila balik rumah jangan paksa mereka belajar lagi. Budak-budak tidak boleh belajar banyak benda dalam satu hari, nanti otak tak boleh terima. Jadi aku mengajar Najmi secara tidak langsung, contohnya menggunakan remote control tv untuk mengajar dia mengenal angka. Kalau nak tengok TV3 dia kena tekan angka 3 kat remote, nak tengok astro ria kena tekan nombor 4. So far, Alhamdulillah, aku cakap tekan nombor 3 dia tahu mana satu nombor 3 dan bila aku cakap tukar 4 dia tekan 4. Cuma channel kartun belum pass, sebab chanel kartun ialah 62, dia kena tekan cepat-cepat...selalunya dia hanya sempat tekan nombor 6, dan keluarkan siaran tamil, ha..ha..dan dia marah..."kita tak nak tengok cerita India," ha..ha....

Lupa nak cerita, minggu lepas ada konvo taska dan tadika Najmi, dia pun ambil bahagian dalam nyanyian nasyid dan beberapa nyanyian lagu inggeris kanak-kanak. Masa nyanyi lagu nasyid dia buat lawak, dia yang sememangnya mengantuk, (malam tu tidur lewat bermain dengan sepupu-sepupunya yg ada kat rumah) dia boleh menangis atas pentas tu, langsung tak menyanyi. Harap pakai je baju Melayu hensem bukan main. Kemudian masa second persembahan tu, dah tukar baju, pakai t-shirt dan masa ni aku pegi depan pentas dan cakap, Najmi kena nyanyi tau, nyanyi kuat-kuat macam Adam (AF) dan Zahid tu, baru member semangat, menyanyi, itupun masa first and second song je kot, lepas tu dia diam je..sabo je la..Padahal kalau kat rumah menyanyi melalak bukan main...budak-budak lah katakan...







0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino