Friday, December 31, 2004

Ombak Jahat!!!


Masih sedih…

Aku memilih untuk tidak membaca surat khabar di awal pagi seperti kelazimannya seperti selalu, tidak sebagaimana aku excited setiap awal pagi nak bukak paper baca kisah Kak Pah, baca kisah Hasmawi bacul yang buat kat tunang dia macam tu…

Minggu ni aku tak sanggup menatap surat khabar awal pagi dan membaca kesedihan dan penderitaan orang lain.

Aku sangat-sangat sedih dengan tregedi Tsunami. Mereka orang susah, miskin hidup di tepi pantai, mencari rezeki di laut. Mereka orang miskin, bot mereka rosak, macam mana mereka nak ke laut nanti? Mana mereka nak dapatkan duit.untuk belanja rumah mereka.

Rumah pun dah musnah…pakaian dah rosak, peralatan rumah lagi?? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… Ada seorang teman aku yang bertugas sebagai doctor di daerah teruk terjejas, memaklumkan, bahawa mereka bukan hanya merawat luaran, malah merawat luka dalaman yang tidak nampak. Merawat kesedihan mereka. Jiwa mereka sedih, hilang anak isteri kaum keluarga sekelip mata.

Kau bayangkan baru pagi tadi kau bertolak dari rumah hendak pergi berkelah, anak-anak suka ria hendak berkelah, tiba-tiba dengan sekelip mata, anak-anak kecil kau hilang ditelan ombak dan menghayutkan mereka. Oh aku tak sanggup bayangkan…. Luluh jiwa ibu bapanya. Tiada lagi hilai tawa anak-anaknya.

Pak Lah kata sekarang bukan masa untuk kita berseronok.

Melihat manusia dikambus dalam lubang besar, di tolak dengan jentolak, hati siapa tidak pilu, boleh kau bayangkan yang ditolak jentera itu suami kau, anak kau, ibu bapa kau??? Ya Allah membayangkannya pun kita tidak sanggup, apatah lagi hendak menghadapinya.

Seorang suami kehilangan 4 anak dan seorang isteri, wartawan tanya perasaannya (bodoh punya wartawan, tanya soklan bangang, dah tentulah dia sedih..) Suami dan bapa yang malang tu cakap, “Umpama kita pinjam barang orang, sampai masa kena pulangkan, macam tu lah hidup kita, sampai masa Allah nak ambil balik apa yang dia bagi, kita kena redha,” Aku menangis saat itu.

Hari ni aku dan beberapa orang teman AJK Kelab yang lain akan mengumpulkan pakaian-pakaian untuk didermakan serta mengutip derma untuk mereka yang malang. Moga Allah restu usaha kami…




0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino