Aku akui..aku seorang perempuan yang amat mudah tersentuh hatinya..
walau zahirnya nampak aku kasar, atau mak aku dulu cakap aku "LOKLAQ" (Loklaq is tak senonoh, main bantai je semua)
Tapi hakikatnya hati aku amat-amat mudah tersentuh, tengok tv cerita sedih-sedih pun boleh buat aku menangis teresak-esak, baca cerita sedih pun aku boleh menangis teresak-esak. Usahkan sedih, aku gembira pun aku boleh sedih. Masa konvo tadika Najmi, aku tengok anak-anak comel beratur tepi dewan pakai jubah comel macam konvo di universiti pun boleh buat aku sebak, dan terharu, padahal bukan anak yang konvo. Bila tengok anak bujang aku terkedek-kedek membuat persembahan atas pentas pun aku boleh rasa bangga dan comelnya my little 'mior' atas stage dan dia buat aku sebak dan bangga dengan dia.
Tambah pulak membaca/menonton kisah orang, senang-senang je aku boleh menangis, baru-baru ni kami suami isteri menonton dokumentari di TV3 mengenai keluarga Koreo Utara dan Korea Selatan yang terpisah puluhan tahun bertemu dalam suasana hiba, aku mengalir air mata, darling pun sebak. Itu darling baru tengok TV3 punya sekejap jer, kat Discovery Channel dulu lagi details dia tunjuk, menangis aku tengok dokumentari tu sorang-sorang sedih sangat. Pedulikan agama dan latar belakang yang penting kita tengok nilai kemanusiaan dalam diri setiap insan, kasih sayang ibu dan anak terutamanya.
Semenjak peristiwa Tsunami, rasanya tidak ada pun satu hari yang aku baca surat khabar tanpa menahan air mata dari tumpah (yes..kerja saya sebagai Pustakawan kena belek akhbar setiap hari, mencari perkara penting, untuk digunting dan disimpan sebagai koleksi library)
Kau tak sebak ke membaca kisah-kisah disini?
http://http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri
Bacalah kata-kata Pakcik tu, bacalah kisah anak muda yang sedang membina masjid ketika ombak besar datang, kemudian dia hanyut dan dia selamat setelah 9 hari terapung di laut. Kau tengoklah betapa Allah punya kuasa, dengan hanya sepotong doa, Allah pelihara ia. Kau tentu dah tengok gambar Rumah Allah di tengah-tengah Banda Acheh yang masih utuh berdiri untuk umatnya beramal..apa perasaan kau tengok gambar itu?
Aku memang seorang wanita yang paling mudah menitiskan air mata kalau ada menyentuh hati aku, aku tengok orang tua naik basikal pergi kedai beli gula sekilo pun aku boleh sedih. Pernah suatu ketika, aku dan darling berhenti di sebuah stesen minyak, dan tiba-tiba berhenti sepasang suami isteri baya-baya mak abah aku naik motor, si suami mengisi minyak dan isterinya menanti, dalam bakul motorsikal tu penuh dengan segala macam bahan mentah, mungkin mereka baru pulang dari pasar.
Aku boleh menangis teresak-esak dalam kereta aku terkenangkan begitulah mak abah aku 15 tahun yang lepas, masa abah tidak ada kereta, mereka berdua akan ke pasar tani bersama-sama naik motor dan membeli barang mentah sampai penuh raga motor, dan sampai di rumah sebagai upah aku menjaga adik-adik semasa emak abah keluar, kami mendapat habuan seperti apam balik atau buah lai. Tak...kami tak dapat upah McDonald, upah KFC, Pizza, macam budak-budak sekarang, paling hebat pun kami akan dapat bihun sup atau ais kacang. atau mewah sikit, kami dapat satay.Kemudian sebelum abah sakit, dia ada membeli kereta second hand, tp dia pulak hanya sempat memandu sekejap jer, kemudian dia jatuh sakit dan tidak boleh berjalan lagi.
Waktu aku tengok suami isteri yang meningatkan aku kepada mak abah, aku membayangkan betapa gembiranya anak-anak dia bila mereka berdua pulang dan anak-anak menyambut 'jajan' yang mereka beli di pasar tadi. Kesusahan lampau mengingatkan kita betapa beruntungnya anak zaman sekarang. Tapi Insya-Allah, aku takkan mewahkan anak-anak aku nanti, sekarang pun Najmi hanya dapat baju baru setahun sekali, selebihnya dia akan memakai baju-baju lama dan baju raya tahun-tahun lepas yang masih elok ke Taska. Dua tahun ni dia sudah merasa duduk di taska yang yurannya agak rabak, dan bergaul dengan rakan-rakannya sekarang, tahun depan aku dan darling merancang menghantarnya ke Tadika Islam yang yurannya hanya 30 ringgit sebulan, Ia bukan soal aku hendak tadika yang murah yurannya, tapi aku hendak dia bergaul dengan mereka yang dari anak-anak yang rata-rata ibu bapa mereka mempunyai pendapatan yang sederhana.
Supaya Najmi tidak hanya pandang kawan dia yang senang, aku nak dia tahu ada anak yang mak bapaknya tidak mampu belikan baju berjenama, tidak mampu nak belikan beg jenama mahal, beli kasut mahal, biar dia tahu ada kawannya yang emaknya terpaksa menjaga anak orang 3-4 orang untuk bantu suami tambah pendapatan. Aku hendak dia tahu, contohnya suatu ketika masa dia belum berusia 3 tahun, kami hendak belikan dia sesuatu di pasar malam, dia tak mahu katanya hendak beli di kedai baru, kedai cantik (maksudnya kat shopping mall, bukannya pasar malam) sejak hari tu, kami usung dia ke pasar-pasar malam, masuk pasar, supaya dia tahu tak semua benda kena beli dekat The Mines, kat Alamanda. dan so far, dia sudah ok, membeli mainan di pasar malam, beli seluar trek suit di kedai barangan siam jer.
Aku hendak dia tahu ada mak bapak hanya ada peruntukan RM300 untuk 3 org anak, dan bukan semua mak bapak sediakan peruntukan RM300 utk sorang anak.
Luahan hati ramai isteri di dunia
8 hours ago
0 Komen:
Post a Comment