Tuesday, December 28, 2004

Selesai akhirnya Gath 2004


Takziah buat semua mangsa TSUNAMI

Aku terharu membaca/menonton berita mengenai mangsa TSUNAMI

Again it happened sehari selepas Krismas sepertimana kejadian menimpa rebut Greg kat Sabah suatu masa dahulu.

Ada member office aku bercuti ke Pangkor, tetapi hanya duduk-duduk dalam bilik tidak dibenarkan kelaur ke pantai.

Adik aku sekolah kat Sek. Teknik Langkawi, next week bukak sekolah, aku kerja di bawah Kementerian yang sama dengan Jabatan yang top skrng iaitu Jabatan Kajicuac*, aku call member kerja sana diramalkan ada lagi serpihan akan berlaku, tetapi katanya kemungkinan itu tipis, aku berdoa agar ianya tidak berlaku…

Banyak dugaan dan pengorbanan yang mereka lalui. Hilang rumah, kereta dan paling hebat hilang 5-6 ahli keluarga serentak. Aku hanya mampu meluahkan simpati kepada mangsa dan menyumbang beberapa ringgit yang berbaki berbaki di akaun Maybank kepada mangsa, jadilah setakat aku mampu.

Meeting

Baru balik dari meeting mewakili kumpulan pekerja level aku di Kelab Tasik Putrajay*, selepas meeting kami dijamu makan-makan disitu, aku makan semeja dengan Dato’ S, kami punya KSU, masa keluar dari bilik meeting aku terus ke toilet, bila aku kembali ke ruang makan, semua meja dah penuh aku nak mencelah duduk dengan member lain, tiba-tiba Dato’ cakap, “kenapa u all semua lari tak nak duduk dengan I, I hari ni nak makan nasi bukan nak makan u all, mai sini duduk dengan saya,” dia tarik tangan aku, (opss this Dato’ is woman tau) jadi aku pun duduklah sebelah Dato’

Memandangkan aku jenis belasah bukan kaki control, aku selamba je menambah nasi sebab aku memang rasa sangat lapar sebab aku hanya breakfast dengan 3 biji karipap je pagi tu. Kali ini Dato’ S pula melayan kami, dia siap sendukkan ikan siakap kukus untuk semua org. Dia sangat peramah dan kami borak-borak pasal TSUNAMI kebetulan ada wakil dari Jab. Kajicuac* juga, maka kami pun borak sakan, and some of that biasalah off record.

Tahniah

Tahniah kepada semua AJK yang menjalankan tugas mereka untuk menjayakan gathering 2004. Aku tidak dapat hadir atas sebab dinyatakan sebelum ini iaitu aku menerima kehadiran kakak ipar sekeluarga dari Ipoh sejak 24 hingga 26 Disember hari tu. Jadi amat tak wajar aku tinggalkan tetamu di rumah dan aku bergathering pulak. Tetapi aku ada juga beri komitmen dalam membantu para AJK, cuma pertolongan cikai-cikai je la, mambantu adik-adik yang dah lama aku kenal dalam GJ menyediakan apa yang patut, dan memberikan pendapat bila mereka bertanyakan pendapat, melalui sms ke, email ke…

Dan bersyukur kerana akhirnya majlis itu selesai dengan jayanya. Tahniah buat semua!!! Aku sudah menjadi AJK pencen. Zaman aku menjadi AJK dulu, zaman gathering bawah pokok di Taman KLCC jer. Walau bawah pokok tapi semua gumbira.


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino