Friday, December 24, 2004

Pegi ke tak..pegi ke tak...


Hati aku berbelah bagi. Sebelah hati nak pergi ke gathering GJ Ahad ni,
Tetapi ada family dari jauh di rumah di kala itu,
aku rasa tak sedap hati, bila ipar duai datang menumpang bermalam di rumah kita, kita pula pergi bergathering, kang terasa hati pula tetamu bertandang.

Darling kata pergilah, dia akan tunggu kat rumah melayan tetamu. Tetapi aku rasa berat hatilah, takut kakak ipar terasa pulak. Bukan selalu pun diaorg datang dah tu datang dari jauh, pagi ke tak..pegi ke tak....ermmmm...

Tak ada rezeki
Orang kata kalau tak ada rezeki, benda dalam genggaman pun boleh terlepas jatuh.
Aku simpati pada nasib seorang teman, teman seperjuangan masa menuntut ilmu dahulu, yang sudah 4 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat baby. Bila berjumpa doktor, doktor mengatakan peluang untuk kawan ni hamil agak sukar kerana kedudukan rahimnya agak bermasalah. (tak normal).

Tapi rezeki Allah yang menentukan, kata teman ni, semasa bulan puasa lepas, mereka tidaklah aktif menjalankan 'usaha' mereka, hanya sekali sahaja berusaha, tapi Allah tentukan walau sekali pun ianya menjadi. Gembiralah berdua suami isteri ini, kerana tidak menjangka usaha ramadhan berhasil. Tetapi malangnya kegembiraan mereka hanya seketika. Si teman saya mengalami turun darah, walau sedikit-sedikit, tetapi amat menggusarkan mereka. Doktor meramalkan kandungan berusia 6 minggu, tetapi tidak ada heart beat baby, dan janin tidak membesar. Doktor di hospital swasta terus nak cuci (D&C), tetapi melihat keadaan mereka yang seolah-olah tidak bersedia, doktor tangguhkan.

Kemudian mereka merujuk kepada pasangan lebih berpenglaman, dan doktor di klinik kerajaan. Doktor suruh tunggu lagi seminggu, seminggu seolah-olah setahun kata teman ni. Gusar sepanjang minggu. Akhirnya semalam saya menerima SMS dari teman itu, katanya "baby dah keluar, i'm okay, shall i go to hospital?" dan aku membalas, "pergilah biar doktor check habis, nanti sms aku," dan hingga hari ini dia tidak sms apa-apa. Aku juga tak bertanyakan apa-apa, kerana tidak mahu menganggu situasi dia dan suami. Semuanya Allah tentukan. Sudah tertulis zuriat itu bukan miliknya. Moga dia dan suami tabah.

Ada orang murah rezeki, duit berlambak, rumah dan kereta besar tetapi tidak ada anak. Jiran aku dahulu adalah pasangan yang tidak mempunyai anak, Kakak A. Kak A selalu luahkan perasaannya pada aku, katanya orang nampak kita gembira, tetapi hati kita orang tak tahu, orang tak ada perasaan bertanya, bila lagi nak mengandung, bila lagi nak beranak, katanya orang bodoh je tak mau anak. Siapa tak mau anak, semua orang mahukan anak. Tapi semuanya Allah menentukan. Hati manusia tak sama, ada orang boleh memahami perasaan orang, ada orang tak fikirkan perasaan orang.

Belum berkahwin orang bertanya bila nak kawin, dah kawin bila nak ada anak, dah ada satu anak, sebok juga mulut orang bertanya bila nak anak lagi...aku pun kadang-kadang bosan. Aku sendiri secara peribadi, tak pernah aku sibukkan bertanya pasangan lain,"kau ni bila lagi nak mengandung, kau ni bila lagi nak bagi adik pada anak kau ni, kau ni mengandung la cepat-cepat," kalau ada pasangan baru berkawin pun paling tidak aku usik, tak lama lagi jadi mak bapaklah...atau aku usik, ermm entah-entah dah berisi ni, atau kalau pasangan sudah ada anak, aku cakap, wahh tak lama lagi dapat adiklah ni. Mudah-mudahan makbul kata-kata kita betul-betul pasangan itu berhasil.

Setiap orang ada perancangannya. Macam aku dulu, lepas kawin sudah terus hamilkan Najmi tak sempat kami berbulan madu pun, keluarnya pun awal, tujuh bulan dalam perut dan keluar melihat mama dan babahnya. Kemudian doktor nasihatkan aku supaya tidak hamil lagi dalam waktu terdekat kerana aku beranak melalui pembedahan. Tetapi sejak pertengahan tahun ni kami sudah berhasrat mahu baby lagi, tetapi belum ada rezeki, dan aku tidak tertekan dengan keadaan itu, sebab Najmi masih belum pun berusia 4 tahun, dan aku bukan tidak ada anak langsung, cuma mahu menambah anak sahaja. Dan darling very cool, tak der excited dengan baby, cuma aku sahaja berhasrat mahu satu baby sebelum berusia 30 tahun, ermm nampaknya tak sempat he..he...



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino