Tuesday, November 23, 2004

Kembali bertugas selepas raya


Hari ni kembali bertugas macam biasa..

Tetapi mood raya masih ada...ye lah org duduk KL, minggulah minggu beraya. Minggu inilah nak berjalan bertandang beraya ke rumah rakan-rakan, jiran-jiran serta sedara mara yang tinggal di KL jugak.

Kami pun dalam perancangan akan beraya ke rumah abang ipar di Semenyih, rumah sepupu-sepupu sebelah husband di Gombak, sepupu aku sendiri kat Kajang, Cheras, serta sedara mara kat Shah Alam.

So kalau ada sesiapa dalam agenda hendak beraya ke rumah kami minggu ini, maka telefon-telefon lah dahulu, kerana mungkin kami tidak berada di rumah. Kami tidak merancang untuk mengada open house macam kelazimannya kerana beberapa sebab termasuk sebab wallet nipis jer lepas raya, walau bagaimanapun, sesiapa yang hendak beraya ke rumah kami, kami mengalu-alukan. Tapi silalah maklumkan kedatangan anda, kerana kebiasaannya akan diusahakan paling tidak goreng mee atau masak spagethi the paling-paling simple. Kalau anda hendak surprise kan kami, maka makanlah kuih raya dan kerepek je. Tapi kalau ada yang hendak beraya ke rumah kami sambil membawa pizza ke, KFC ke lagi best.

Beraya tahun ni giliran kami beraya di Perak, kalau beraya di Perak, aku tak payah melaram baju raya, sebab confirm dari pagi raya sampai petang raya menyinsing tangan di dapur sahaja, bancuh air, basuh gelas, susun kuih, masak itu ini. Maklumlah my darling tu dari susur galur yang ramai. Dari adik beradik, serta sepupu-sepupunya, mak-mak sedaranya semua subur-subur belaka, seorang ibu beranak paling sikit 4-5 org. paling ramai berapa belas ntah.

Selepas subuh pagi Sabtu sebelum raya tu, my darling dan adik ipar serta ayah mertuaku ke pasar di pekan Kuale mencari ayam, daging serta bahan-bahan masakan utk membuat kuah lodeh, (kami nak masak lontong di hari raya) jadi sebagai ketua chef, aku senaraikan semua bahan yang perlu di beli, aku tidak ikut sebab Najmi demam.

Jadi aku duduk kat rumah, sambil membuka daun palas (maksudnya membuat kelongsong ketupat) bila diaorg balik dari pasar, aku sambung memotong daging untuk dibuat satay goreng, (resepi istemewa keluarga aku setiap kali raya) kiranya aku jadi ketua chef, memasak rendang, buat satay goreng, serta buat kuah kacang. Ermm terror jugak aku membelasah semua menu tu, padahal first time aku aku memasak secara solo, biasanya aku membantu mak je. Tapi syukur berkat saban tahun aku menjadi assistant chef dengan mak, tahun ni aku boleh masakkan juadah special untuk keluarga mertua pulak. Ermm kan darling...i kan menantu kesayangan gitu. Pandai bodek mertua...ha..ha...

Hari raya kedua membuat ketupat palas pulak. Aku belasah lagi sesuka hati aku buat ketupat palas, memandangkan kakak ipar aku pun tak reti buat ketupat palas. Sekali lagi aku tunjuk terror, last-last aku dah tak larat membuat (ye la secupak pulut aku sorang jer buat, mamfus le) yang akhir-akhir aku bantai balut dengan daun pisang jer, sekali lagi diaorg kagum dengan kehebatan aku membelasah pulut dalam daun pisang, dan bapak mertua aku kagum semacam dengan menantu dia..he..he..darling pun kembang kempis jer bila bini dia yang memang kembang bermangkuk-mangkuk dan bertingkat-tingkat ni...

Anak-anak buah husband yang anak yatim yang tinggal dengan mertua aku pun rajin membantu, dah besar panjang jadi anak teruna hensem-hensem pun rajin menolong. Pergi kedai, mesin kelapa, bakar lemang, blender cili, basuh pinggan. Tapi petang ni memang penat giler, mujurlah aku ni 'uzur' masa tu, jadi bila budak-budak tu tak der aku bantai minum ayaq.

Raya kedua tu malamnya kami dah balik SP. Raya ketiga siang tu aku buat soto, malamnya kami ber BBQ di Caveman dengan blogger utara. Dan paling menarik ' I Know What You Didi Last Raya' - ada orang buat lawak, tinggal kunci kereta dalam bonet kereta, dan kami semua pakat jadi McGyver, dekat dua jam berhempas pulas akhirnya berjaya. Cuba teka siapa mamat buat lawak di hari raya?

Raya ke 4 kami ke kampung mak, di Penaga, kat Butterworth. Dari pagi sampai malam beraya sakan. Tak dapat lah nak beraya ke Char Keow Teow di Bukit Mertajam. Esoknya kami beraya sakan ke Aloq Setaq, ke rumah Cikgu Midad dan Zaza, kemudian ke rumah Purbe dan last ke rumah Mat Jan. Di rumah Cikgu Midad makan spagethi, kat rumah Purbe makan makaroni, dan rumah Mat Jan makan mee rebus, semuanya sedap-sedap.

Hari Sabtu kami balik ke Perak semula dan Hari Ahad balik ke KL. Semalam aku cuti, hari ni baru kerja, masuk je kerja, bukak email, huhh bermacam amanat. poning den. Boss tak der, tapi boss call kemudian tu, dia kata dia cari aku semalam, dia lupa aku cuti. sabo je la...

ok selamat hari raya..



6 Komen:

Anonymous said...

aduh..sakit perut tergelak baca part "i know what u did last raay tuh"mcm org yg rancang gath mlm tuh ja KakPnut?

dhiya.hani on 4:59 PM said...

wah... kak P-nut & family beraya sakan nampaknya! :D

mizzwanda on 7:00 PM said...

wow!shoknya dpt mkn mcm2...ehem2..adakan en.purbe yg tertinggai kunci karena dia slalu wat hal berkenaan ngan keta2 nih hikhikhik..shhh!!!

coklat~vanilla on 3:16 PM said...

akum...kak pnut!purbe ke yg dok buat lawak tuh? muahahaa!!sian kat sesapa yg kena berhempas pulas tu :P
ada rezeki kita jumpak lagik.

MA on 9:24 AM said...

Wah...saham naik tahap blue chip nampak ? Baguslah gitu. Seronok ye Raya kat kampung, meriah gitu. Penat, memang penat but puashati. Macam MA raya kat kampung,kiri kanan depan rumah semua Cha Ya Nun Alif. Bebudak pun tak datang Raya. So, kami pakat serang rumah sedara mara kat kampung lain.. angkut semua ketupat rendang and buat BBQ kat tepi pantai. Hehe..Raya zaman milenium.

p/s how to contact Pnut ? Plse leave yr phone number kat my email.

MA

Anonymous said...

haha!kesian mamat 'i know what happen last raya' tu..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino