Busyla..
Lepas update pada hari Selasa hari tu, macam setiap hari pulak selepas itu aku nak update blog, tapi tak sempat la...boss asyik bagi kerja je, penatla... Tak sabaq aku tunggu opis mate yang yang cuti bersalin tu masuk balik, minggu depan, boleh aku pass balik kerja-kerja dia yang berlambak tu. Sakit otak aku...
Semalam 26/12 kami ada majlis jamuan raya PUSPAN*TA kementerian, Jabatan aku adalah sebagai Biro Sosial, so kami jadi tokei besaq bagi majlis berkenaan. Setiap agensi kena buat persembahan, dan macam biasa, jabatan aku merupakan antara Jabatan yang aktif dan sering ditunggu-tunggu persembahan dari kami. Kali ini kami buat persembahan Ulik Mayang versi moden, tak der menari beriya-iya macam org-org muda. Kami duduk-duduk je, macam ala-ala dikir barat jer persembahannya, yang modennya sebab bomoh yang mengubati puteri yang pengsan tu, guna henpon polifonik, dan sempat ber-sms lagi. Gamat dewan seketika. Tahun lepas kami jadi persembahan terbaik dengan persembahan dikir puteri kami, dengan step ala-ala aserehey...ha..ha..
Semalam, petang lepas amik Najmi dari taska, aku pergi Serdang, sambil tunggu aku order nasi goreng nak tapau, aku merayapla dengan Najmi kat kedai-kedai perabot kat tepi-tepi gerai makan tu, ermm aku tengok-tengok almari hiasan yang dah lama aku mengidap tu..he..he...bodek punya bodek Cina tu kasi spesial diskaun, sebab aku kata aku nak beli dua barang, almari dan katil. Aku agak-agak murahlah harga yang dia bagi tu. Sebab almari tu aku tengok kat kedai-kedai lain sebelum ni paling murah pun RM650, tp cina ni kasi harga RM550 je. Kira ok je.
Aku balik rumah, aku cakap kat darling. Dia diam je peh tu dia cakap, duit awak, ikut suka awak le...Yes...yes....lampu hijau dah dapat. Tapi tak nak beli lagi, nak tunggu bibik import dari Kedah datang minggu depan. Aku suruh adik aku datang sini next week sebab darling akan outstation 3 hari, so aku panggillah adik aku dan kawan dia datang teman. Jadi aku akan suruh diaorg projek cat rumah dan taruk wall border yang dekat setahun dibeli tak pasang-pasang lagi.
Lepas dah setel pasang wall border barulah nak cari almari tu..he..he... kan darling kan..kan....muaahhhhh..
Najmi dah besar
Najmi akan masuk 4 tahun bulan 3 tahun depan. Dan kalau ikut kalendar Islam hari raya haji ni dia akan genap 4 tahun. Tahun ni raya haji di rumah Mak Tok, jadi mesti mak tok nak buat birthday cucu sekali, aku plan hari raya tu daripada buat ketupat baik kami buat pulut kuning.
Dah nak masuk 4 tahun, perbendaharaan kata Najmi makin bertambah dan dia nampak comel bila menyebut “apa mama? Apa mama cakap kat kita tadi? Kita tak dengarlah, mama ulang la,” ayat biasa bila aku bercakap dengan dia dan dia leka dengan chanel 62, cartoon networknya.
Semalam adik aku Jan telefon, aku tengah mandi, Najmi angkat phone, dia cakap mama mandi. Kemudian bila aku keluar dari bilik air, dia cakap, “tadi Pak Cik telefon, kita suruh Pak Cik telefon lagi mama mandi,” Aku tanya dia Pak Cik mana? Dia jawab, “Pak Cik la , Pak Cik yang duduk dekat rumah mak tok tu...,” oh...sweetnya.
Bila aku return call Jan, dia kata, “pandai anak hang angkat telefon, aku terkejut,”...ermmm Pak Cik dia tak tau....bukan takat angkat telefon, bukak grill pun dah reti, aku kena sangkut kunci lagi tinggi. Guna remote Astro pun dah reti. Budak-budak sekarang..
Sekarang asyik tanya dah besar ke kita mama? atau..kita dah besar ke belum? dia nak besar, sebab budak besar boleh main aksi lebih ganas. sabau je la..
Saturday, November 27, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
sweetnyaaa...hana suke tgk budak2 yg mulutna pot pet..pot pet nih.xsabaq nk ada anak..tp najmi mmg comel pun kak pnut..camner nih, xnk kawen lagi tp nk ada anak..?waaaa!!:(
kak p-nut
delinn selalu baca jurnal kak p-nut..ni baru nak tulis komen..Bila baca tadi kak pnut kata umur najmi nak masuk 4 tahun bulan 3 ni. Sama lah dengan anah buah delinn, Ana tu.. tahun yg sama bulan yg sama. Macamana keletahnya najmi, gitu lah keletahnya anak buah delinn. hehehe..
salam perkenalan..
~delinn~
~http://www.livejournal.com/users.delinn~
P-Nut, semasa anak-anak berumur sebaya dengan Najmi ni lah yang paling kita seronok...apa dia buat/cakap semuanya nampak 'cute'
Anak-anak Auntie dah besar (20 tahun, 16 tahun & 13 tahun)..lain pulak kerenah mereka. Auntie cuma dok memerhati saat-saat mereka menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.
Auntie Yan.
P-Nut, semasa anak-anak berumur sebaya dengan Najmi ni lah yang paling kita seronok...apa dia buat/cakap semuanya nampak 'cute'
Anak-anak Auntie dah besar (20 tahun, 16 tahun & 13 tahun)..lain pulak kerenah mereka. Auntie cuma dok memerhati saat-saat mereka menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.
Auntie Yan.
Post a Comment