Wednesday, November 03, 2004

Kalau ada sejuta..


Kalaulah aku ada sejuta cash dalam bank sekarang, mesti aku dah setelkan hutang kereta, beli sebiji rumah, siap dengan taman dan ada pondok kayu beratap rumbia (yes..aku dan darling sering berangan nak sebuah rumah dengan sebuah pondok macam kat kampung-kampung, dengan atap rumbia) tak perlulah rumah banglo, rumah teres setingkat pun jadilah, janji corner lot.

Kemudian aku pi haji dengan darling, dengan mak, dan adik, kemudian aku hantar surat letak jawatan dan duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa dah ada sejuta, kami bukaklah bisnes dan aku tolong darling....darling kat office aku kerja dengan internet kat rumah.

Pagi hantar Najmi pi taska, balik kemas rumah, masak, basuh kain, siram pokok bunga, dan buat kerja-kerja macam para isteri dan ibu yang lain. Aku tak payah pergi meeting, kena buat itu..ini dipejabat.

Tapi itu cerita kalau aku ada sejuta...sekarang ni aku 0.5% juta pun tarak...jadi kenalah sedar diri, pagi lepas hantar Najmi pi taska aku kenalah pergi kerja...buat itu ini, sampai aku lupa aku tertinggal handphone kat rumah, sampai aku lupa dah pukul 4 ptg aku belum solat Zohor.

Tadi aku balik pi ambik handphone yang aku tertinggal kat rumah, masa on the way balik ke sini aku nampak beberapa kumpulan perkerja yang bertugas dengan syarikat yang menyediakan landskap untuk kawasan Putrajaya, ada pekerja tengah sirim pokok sepanjang jalan dengan lori yang ada tangki air, ada kaum wanita dalam usia 30an, sedang terbongkok-bongkok mencabut rumput sekitar pokok-pokok bunga, menggunting-gunting pucuk-pucuk pokok, menabur baja, ada yang menyangkul.

Aku tengok-tengok dan fikir kasihan mak cik tu, mesti dia orang susah, mesti dia kerja nak bantu keluarga dia. Dia nak adakan belanja untuk anak-anak dia. Jadi dia kerja juga walau tengah terik matahari dan dibulan puasa. Aku adalah jenis manusia yang hatinya amat mudah tersentuh bila tengok benda-benda begitu.

Aku duduk dalam office sejuk macam bilik mayat, kerja duduk depan pc jer, pc sendiri bukan kongsi-kongsi, sambil bekerja sempat juga aku bertenet-tenet, dan ada ramai kawan blogger, dan membaca blog serta ada blog sendiri. Tapi itu pun aku mengeluh, kerja banyak, tension, boss asyik suruh itu-ini. Siap kerja itu, ekrja ini pula sambung, tidak habis-habis. Aku jadi insaf...syukur...

Ada orang suka curi tulang time kerja, kejap hilang pergi sana, pergi sini, aku bukan jenis macam tu, kalau aku tak busy pun aku tetap duduk tempat aku, kalau memang confirm aku tidak ada kerja urgent aku luangkan masa bertenet, (yee..aku tau salah jugak...) tapi entah... aku mushkil dengan orang yang suka curi tulang dan memanjang hilang. Tak takut ke rezeki tak berkat. Berkat lagi rezeki mak cik kerja jaga pokok kat tepi jalan. Dia datang situ dengan van kompeni, cukup masa baru van kompeni datang ambil dan balik, jadi selagi van tak ambil dia kena kerja.

Dulu aku kerja kat kompeni lama, aku kawan baik dengan seorang kakak kerja guard, akak ni memang baik dengan aku, kisah hidup dia memang kasihan, lakinya penagih dadah. Katanya dah bertahun-tahun sejak berkahwin sampai anak 3, dia tak tau lakinya penagih kerana kahwin atas pilihan orang tua. (see tak semua pilihan orang tua adalah terbaik) Lakinya asyik keluar masuk penjara. Jadi dia kena kerja, jadi ibu dan ayah budak-budak tu, malangnya dia miskin, jadi dua dari anaknya terpaksa di bela oleh orang tuanya dikampung dan dibantu sedara yang lain.

Aku selalu belikan lunch untuk kakak ni, tapi aku tidak bagi secara terus macam tu, aku berlakon sebab aku tak nak dia rasa segan dengan aku. Contohnya aku belikan lunch dua set, aku punya aku makan kat pantry, kemudian dia punya aku turun hantar kat tempat dia bertugas. Dan aku cakap, "kak ambillah lunch ni, saya dah beli, tapi bila makan roti rasa macam kenyang sangat, akak ambillah, kalau saya simpan pun nanti basi,"

Or kadang-kadang aku belikan dia breakfast, aku cakaplah aku belikan untuk sesiapa kat office aku, tapi orang tu tak nak, jadi aku kasi dia. Kadang-kadang dia nak melawat husband dia kat penjara kajang, dia tak der transport (dia pegi keja naik basikal, takkan dari Sentul nak naik basikal ke Kajang) jadi, aku dan darlign sudi ambil dia dan bawa ke Kajang.

Aku tak nak dia rasa segan dan malu dengan aku. Dan orang kampung aku kata, What you give you get back. Mungkin berkat sedikit ciput amal yang bagi kat akak tu, aku diterima kerja dengan kejaan. Aku suka sangat, dan dia pun suka, dia kata, "akak selalu doa awak murah rezeki, sebab awak baik, dan patut kerja kat tempat lebih baik dari kat sini," aku terharu.

Dan kini, kat sini aku merungut juga...tak adilkan??? Kerja dimana pun sama. kan..kannn???



6 Komen:

MA on 1:46 PM said...

P-Nut : Pepatah favourite Akak bila-bila cases macam ini ialah :

I COMPLAINED BECAUSE I HAVE NO SHOES, UNTIL I SAW A MAN WHO HAD NO FEET.

Mar on 2:05 PM said...

ha ah kan, kadang-kadang kita selalu merungut kita tak ada tu, tak ada ni, tak cukup tu, tak cukup ni.padahal kita tak sedar sebenarnya dah terlalu banyak nikmat yang kita dah kecapi.sedangkan ada ramai lagi manusia yang lebih susah dan menderita daripada kita.

Pak Long on 2:47 PM said...

Nak buat macam mana ... dah sifat manusia. Manusia tidak akan puas dengan apa yang dia ada ...

Purbe on 7:05 PM said...

wahhh.. wahh best ada sejuta tue.
kalau bulan2 x yahh bayar kerata n credit card kan best mewah rasanya.

Anonymous on 10:12 AM said...

Ngko ingat cukup ka kalu sejuta?

Tokei pastinya akan sambar BMW 5 series baru..itu je dah cecah RM 500K..tinggal setengah, rumah lagi, perabut lagi, kolam renang lagi, ...

tak cukup..tak cukup..

Jadi, mulakan angan-angan anda dengan angka 10 juta..

Pastinya, AAK on 3:20 PM said...

UWaaaa insaf pak cik ... yerlah kita ni duduk kat icon pun mengadu sejuk, kerja banyak sikit dah mengadu kena migrain ...

Kerja pun boleh buat ikut mood ... hishhh betapalah bertuahnya hidup kita-kita ni yerr...

Syukur alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino