Ramadhan sudah sampai penghujungnya.
Insya-Allah seminggu lagi kita meraikan Aidil Fitri. Sejak ada anak, hari raya lebih meriah. ERkk duit keluar pun meriah juga, pergi shopping baju raya anak jer dekat RM dot..dot..dot...orang yang anak lima enam anak camner le gamaknya.
Baju budak lelaki ni pulak, amboi bukan main mahal, macam t-shirt orang dewasa pulak. Tahun ni no SOGO shopping, no Jalan TAR Shopping, no Jalan Masjid India Shopping. Minggu pertama posa hari tu kami balik Kedah, so aku beli baju raya Najmi kat The Store Sungai Petani jer. Ok jugakla, alah kalau takat baju budak brand BUM Equipment, Kiki Lala, KIKO, Snails sama je la. Cuma cap supermarket je lain.
Aku ni merupakan penggemar BUM Equipment sejak zaman berzaman. Maklumlah body saiz peti ais dua pintu mana layak pakai baju cap Lady Like tu. So bila Najmi dah besar ni, t-shirt BUM budak punya paling kecil saiz 4, so tahun ni dah maut dia melaram dengan t-shirt BUM, satu aku suka dengan t-shirt BUM kualiti mmg best. bertahun pakai pun masih elok. Nak belikan jeans dia, cun jugak, tapi tak ada saiz kecil la..tahun depan la...
Bengkok mama melangsaikan baju raya Najmi. Babah pulak selesaikan urusan baju Melayu, baju kurung mama, dan penaja perjalanan balik raya dan menaja duit-duit raya untuk sedara mara..he..he..suami isteri kenalah give and take.
Hari sabtu kerja di office, macam tak der mood, aku cepat-cepatkan bereskan kerja sejak dari pagi...menjelang tengahari banyak juga dah clear so bolehlah rest kejap update blog. Najmi pun ada kat office, jadi tengahari nanti aku taklah rushing nak pi taska ambil dia pulak. Dan paling penting dan utama, agenda tidur aku lepas zohor akan berlangsung dengan jayanya sebab Najmi tak tidur kat taska...
Hari ni bercadang nak bukak posa kat luar, ada orang nak pi beli baju untuk pakai pi kerja, dan semalam aku belikan sidia tu, baju kaler oren sama macam Najmi (Najmi peminat Zahid) sidia suker, dan nak pi round kedai tu lagi, sebab aku kempen kata kat situ banyak baju utk saiz-saiz kami ni la..
Esok acara membuat kuih raya lagik, kali ni pergi buat kat rumah adik ipar kat Bukit Antarabangsa, aku ketua Chef kununlah sebab antara kami bertiga (ipar) akulah paling paling terror sikit buat kuih raya, he..he...bayangkan aku yang ampeh dikira tahap terror...lawak la...hari Deepavali ni aku nak buat kat rumah sendiri pulak, Biskut Capuccino...resepi yang akan aku hentam sendiri. Series aku tak der resepi, tapi aku ada beli pes capuccino dan aku harus mencipta resepi biskut capuccino aku sendiri.
Okeh time untuk balik..
Saturday, November 06, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
baju budak2 pun dah macam harga baju orang dewasa. yang lagi kejam harga tudung pun dah macam harga baju! punyalah mahal.
Op
pinut, kita ni anak sorang bolehlah sakan beli baju anak kan. Zar suka baju kiko. Kalau gaunnya tahan bertahun, yang kecik kecik pun zar sayang nak bagi org, masih elok lagi. Manalah tahu kot Ika beradik pompuan plak nanti.. heheh
Zar dah tutup sesi buat biskut ni.. penat seminggu buat biskut tak habis habis. Biskut capuucino.. wow bes tu..
Assalamualaikum P Nut..:)
Salam kenal..saya Bunda Shafiya kami dari Indonesia..:)
Well..selamat Hari Raya 1425 H dan mohon maaf lahir dan bathin..
Biskuit Cappucino...wah...sounds delicious..:)
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
eid mubarak akak..beraya di SP ker perak thn ni? slamat bercuti :)
Mat.
Post a Comment