Thursday, October 28, 2004


Syukur Alhamdulillah, sudah hari ke 14 kita umat Islam berpuasa. Syukur, masih ada umur dan kudrat nak berpuasa.

Minggu lepas kami bercuti, dan balik ke kuale serta Sp untuk berbuka puasa bersama dengan ayahbonda terchenta. Seronoknya...

Balik rumah mertua, puas hati, sebab dapat melayan makan minum kedua mertua yang agak uzur dan anak-anak buah darling yang anak yatim dua beradik tu, dua lagi tak balik, nak exam. Hari pertama masakkan mee kuah, licin sebungkus mee. Mertua makan sampai dua mangkuk, kemudian buat masak ikan bawal sambal, ayam masak kicap, dan sup ayam. Hari kedua buat karipap, kebab ayam semua beres.

Balik rumah mak sendiri semua main cap beli. Bukan apa kat rumah mak sendiri tukang makan tak ramai. Jadi mak kata tak payah masak kita beli jer, cuma masak sikit-sikit contohnya goreng udang, papedam, buat sayur. Lain semua beli, lagipun kat kawasan rumah aku di SP ada bazaar ramadhan, agak besar jugak, lauk pauknya sedap-sedap macam kita masak sendiri, kalau gulai ikannya elok lemak santannya, kalau kerabu pulak alahai macam kita buat makan sendiri. Kuih pulak 5 seringgit, boleh campur-campur murtabak sebiji seringgit. Bawak 10 ringgit boleh beli 2-3 jenis kuih, dua biji murtabak, dan lauk 2-3 jenis.

Semasa di kampung tak pernah miss air tebu...aku suka betul minum air tebu. Fresh.
Aku dan adik bukan main lagi, buat kuih, sebab ye lah, lepas ni aku tak balik dah, cuma balik masa hari raya ke dua malam or raya ketiga je. Dapatlah dua tiga jenis kuih. Berbaloilah aku bawak balik oven.

Minggu ni khabarnya dia abang angkat Najmi nak mai..kira anak angkat kami lah...ermmm depa nak shopping baju raya kot kat kl..he..he..

Bulan-bulan posa begini kena banyak-banyak berdoa, aku doa sungguh-sungguh tiap-tiap malam, semoga abah cepat sembuh, semoga kami murah rezeki, semoga Najmi jadi anak yang pintar dan taat kepada agama, dan berdoa semoga ahli keluarga kami bertambah. Insya-Allah.

Bila hari raya semakin hampir aku teringatkan arwah tok, (tok di utara is refer to nenek) tok suka buat baulu, dan baulu tok memang best, gebu dan lembut, dibakar dengan asap tempurung di bawah rumah, sejuk jer, kecil-kecil dulu aku suka tidur bawah rumah tok, bila aku dah masuk sekolah menengah, dah tak ada bawah rumah sebab tok buat rumah bawah terus.

Kemudian terkenangkan laksa tok, biasa hari raya kedua tok akan sediakan laksa atau bihun sup. Sukalah sangat. Kalau makan laksa tu, rasanya boleh makan sejam sekali kot...memang utara favourite laksa, sebab itu malu jadi org kedah/penang kalau tak reti bikin laksa yang power...he..he..(aku ada dua warga negeri, Negeri lahir Pulau Pinang, dan mak berasal dari Penang, manakala abah dari Kedah, dan aku membesar di Negeri Kedah, So dulu-dulu aku layak minta biasiswa negeri Kedah or Pulau Pinang.

Ok, lagi beberapa minit nak pergi meeting, kena get ready...
bosan betul....



4 Komen:

OP Zaharin on 6:30 PM said...

ui sodapnya...

Mar on 11:49 AM said...

kak pnut, nak mintak resepi kebab buleh dak?

Mar on 3:16 PM said...

kak pnut, thanks for the recipe :)

Anonymous said...

kak p-nut,
betoi la.. kat Kedah bawa RM 10, memang bleh beli macam2... tapi kat KL, nak kena congak2 dulu dalam kepala, lauk/kuih mana paling menambat hati!

err.. pasal buat laksa tu, very the terasa sebab zaza ni hantu laksa tapi tak pandai2 gak nak buat... hehehe...teringin la nak rasa laksa kak p-nut!

p/s: nanti kalau turun AS, mai la rumah.. teringin sangat nak jumpa kak pnut and family! :)

~zaza~

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino