Thursday, October 21, 2004

Malam ni balik kampung


Aku baru balik dari taklimat mengenai PTK di PN*. Ramai juga jumpa member, tapi aku sempat lepak lama borak-borak dengan gang sebab aku kena balik cepat, pukul 2.30 nanti ada lagi satu meeting, petang semalam meeting....korang tengoklah, meeting, taklimat....bila nak kerja...aku bosan sebenarnya situasi begini.

Aku rasa ada kalanya sesuatu benda tu tak perlu panggil meeting, email ada....kita boleh communicate tru' email je, or kalau nak lagi best boleh conference kat yahoo messenger je. Inilah yang membezakan kerja gomen ngan kerja swasta. Aku pernah kerja kompeni swasta 2 tahun, aku tau bagaimana cara kerja swasta. So tak payah sesiapa kelentong aku aura kerja swasta, aku sudah puas air mata kerja dengan kompeni cikai tu dulu, bonus pun ada yang dapat ada yg tidak, kenaikan gaji pun ikut suka hati mak bapak dia nak bagi.

Aku minta kerja gomen, syukur aku dapat walau aku rasa macam ampeh jer masa kena interview. Dan memang betul orang kata kalau rezeki tidak kemana. Aku salah tempat temuduga, dulu mula-mula kat Jalan Kg. Attap, kali pertama aku pegi interview, kali kedua, aku baca surat interview main-main, aku cuma tengok betul-betul date dan time, aku tak perasan tempat temuduga tu sudah bertukar ke Jalan Cenderasari. Masa aku sampai kat Jalan Kg. Attap, nak amik pass temuduga, pak guard tu cakap, "cik JPA dah pindah ke Jalan Cenderasari. Adoiii..nasib baik darling ambil cuti hari tu nak bawak aku pergi interview, dia masih minum kat gerai depan tu, cepat-cepat aku ajak dia, apalagi berbakul aku kena bebel. Member dah hangin satu badan, aku diam je la..salah aku pon...

Aku kalut call sana sini tanya member aku kat mana Jalan Cenderasari kat mana, berbuih mulut member aku bagi tau, aku blur, last-last member aku cakap, kau pergi je Taman Tasik Perdana carilah Jalan Cenderasari. Sejam kami mencari Jalan itu tapi tak ada, darlign hangin, dan aku pun serba salah, dan darling kata jom balik. Aku kecewa, but rezeki Allah yang tentukan, betul-betul kami berpatah jalan nak balik, tup-tup depan mata kami Jalan Cenderasari tu. Rezeki...aku tiba tempat interview hampir jam 10 pagi, padahal tertulis dalam surat panggilan interview tu jam 8.30 pg.

Aku terus tanya kat budak-budak yang dah ramai sampai, mana kerani daftar, budak tu kata kerani dah turun bawah ke office dia. Aku pi cari kerani tu, mujurlah kerani jantan tu baik orangnya, dia masih terima aku dan kasi nombor. Lega....

Aku orang yang ke berapa pun entah dah lupa, tapi aku ingat yang interview aku ialah Timbalan Ketua Pengarah (TKP) PN* sendiri, dan dua org dari SPA. kena cakap orang putih, gedebuk gedebak, dia tanya pasal pendirian Dr. M pergi Antartika, aku jawab aku tak tahu, dia tanya soalan lain, pun aku tak sure tapi aku belasah jer. Kemudian TKP tanya aku sebagai librarian yang menjaga music collection (time tu le aku kerja kolej muzik tu) apa yang boleh aku sumbangkan kepada negara dengan ilmu yang aku ada. Huh!!! aku balun hentam jer.

Dua bulan kemudian aku dapat surat tawaran dari SPA mengatakan aku sudah berjaya. Aku melompat-lompat masa tu, darling pulak tiba-tiba mengaku," nasib baik abang bawa awak pergi interview, kalau tak mesti tak dapat," huhhhh dia lupa masa tu dia hangin berasap dan dah bawak aku balik. Itulah nama rezeki.

Tekanan kerja sebenarnya ada dimana-mana, tidak kira di swasta atau kerajaan, tetapi di kerajaan tekanan kurang sedikit dari kerja swasta, walau my boss peelnya umpama orang kerja swasta, very strict dan sangat-sangat tegas. Tapi aku follow step dia, kita nak pegi jauh dalam kerjaya, kena sanggup terima amarah boss, sebab kalau dia marah-marah dan tidak tegas, kita jadi leka. Bila boss sangat tegas, kita kerja hati-hati, takut kena marah.

Tetapi ada kalanya kau suka kerana keja gomen kebajikan staff lebih, contoh, setiap bulan puasa ada jamuan berbuka puasa, jamuan hari raya, ada majlis itu ini, jadi kau tidak tertekan pegi kerja..buat kerja...kerja..kerja...

Aku sudah rasa dua situasi tu, dan hanya darling tahu betapa aku tertekan masa keja dengan encik misai dulu....syukur kini semuanya berlalu.


6 Komen:

fieyda on 4:23 PM said...

akum kak slmt berkenalan...td dtg sini acuk tgh berborak ngan kak zar..tak trpanggil akak tadi...acuk kat aras dua betui2 kat audi tu...ceramah sal PTK kan...acuk keje PNM la kak.

Zareda Norman on 1:17 PM said...

Malam ni balik kg ker? hehhehe

zar pun dah rasa cam ne kerja swasta ngan kerja gomen. rasa kena retrench. Tapi syukur kerja gomen ni lebih fleksibel kan. Kerja memang banyak tapi kita tak stress macam kerja swasta. Suka tak suka itulah punca rezeki kita. Alhamdullillah

Anonymous said...

org nampak keje gomen macam relek, tetapi org tak tahu kerja mereka pun banyak dan tekanan sama macam swasta. kesian gak aku tgk customer aku yg keje gomen. di antara bezanya ialah - bos tak boleh buang org gomen sesukahati, paling kuat kena transfer unit/jabatan/kementerian.

Op

Mar on 4:33 PM said...

kalau dah rezeki tak ke mana kan kak pnut?

suriati on 11:39 AM said...

Kak P-nut,

Saya nie teringin jugak masuk goment tapi tak pernah dapat. Best nyer kalau dapat masuk gomen. Semuanya terjamin.

Kerja sekarang nie mmg tension.

Sri Diah on 7:55 AM said...

Mana PNut ni, dok kat kg lagi ke?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino