Kalau lah aku sekarang ni jadi CEO mana-mana kompeni, dan jadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat, pastinya pagi ni aku masih lagi duduk di rumah tidur lagik, lepas sahur, semayang subuh dan tidur balik layan mata.
Tapi...
Aku kuli jer, kuli kena kerjalah, takat berangan jadi CEO boleh la...
Selamat menyambut ramadhan yang mulia untuk semua umat Islam.
Aku kalau bulan puasa mesti nak sentimentak, jiwang, teringatkan berpuasa di rumah mak masa dulu-dulu, dah bertahun-tahun aku jadi perantau...he..he...sejak tahun 1996, aku masuk UiTM, sejak itu tidak dapatlah berpuasa penuh sebulan dengan mak, kalau ada pun seminggu sebelum raya, or dah kerja ni,dua tiga hari sebelum raya.
Masa student dulu, lagi dua minggu sebelum raya pun kelas dah makin luak orang, terutamanya member-member dari Pantai Timur, biasalah tiket balik kampung ke Pantai Timur selalunya cepat habis, jadi bagi mereka yang tidak dapat tiket seminggu sebelum raya, depa bantai beli tiket paling awal, ye lah, kalau student boleh gak ponteng-ponteng kelas, tapi dah kerja ponteng-ponteng kerja silap-silap tak der kerja pulak lepas tu.
Indahnya berpuasa di kampus ialah, bila petang tu ramai berduyun-duyun pergi dewan makan tapau makanan, dan berbuka beramai-ramai dalam bilik yang sempit tu, tapi boleh kita berhimpit-himpit sampai muat 7-8 orang. Lepas makan gotong royong cuci pinggan, kemudian lepas maghrib, beramai-ramai pergi terawih. Lepas terawih sessi makan kalai kedua. Kemudian barulah nak siapkan assignment ke, nak check-check nota ker...tapi mana ada...borak jer lebih.
Masa student dulu mana ada istilah sahur, makan lewat malam jer. Dah kawin ni kenalah juga sediakan makan sahur untuk cik abang. Menu simple-simple jer, kalau nak yang renyah-renyah aku beli jer, membazir masak. Semalam beli ayam seketul pun tak habis. Kalau ada pun yang di masak, goreng-goreng sayur, buat sup ker, atau sambal tumis ikan bilis jer...
Kat Putrajaya tahun ni khabarnya mereka satukan bazaar ramadhan kat depan MOF tu, so petang ni baru nak pi usha...harapnya best. Teringat bazaar ramadhan kat Bandar baru Sentul, puas hati betul kat situ, berlambak juadahnya.
Erkk...baru sehari puasa sapinat oiiii...
Sehari puasa?? Baru beberapa jam jer puasa sebenarnya...aku dah bukak lagu raya dari MP3 aku..he..he.....
Friday, October 15, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
raya tahun ni balik kampung mana dulu? dah diskusi ke hehehe
Op
a'kum k.pnut..slamat menyambut ramadan n slamat berpuasa!
waaaaahhh..kak pnut..dah semangat raya dah ek.siap pasang lagu raya dah.hhehe.nak join sekaki buleh?
P-Nut sekeluarga, selamat meyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat. Bapa P Nut sihat?
Semoga P Nut sekeluarga sihat sejahtera selalu dalam menjalankan ibadat puasa.
Ct Musafir
Post a Comment