Hari ke 5 puasa. Syukur, masih bernafas untuk meneruskan ibadah puasa ni.
Aku ni bila bulan posa jer mulanya syahdu semacam...teringat mak, teringat kemeriahan berpuasa di Sungai Petani, Pasar Ramadhan di dekat jam besaq. Pasar Ramadhan kat Sungai Layaq, kat kawasan perumahan aku.
Manisnya mengecap air tebu yang asli. Minum soya... air laici kang abah...ermmm life goes on...putaran hidup beginilah. Tak selamanya kita akan duduk dengan keluarga, sudah tiba masa kita berkahwin, punya rumah tangga sendiri, punya keluarga dan anak sendiri (anak-anak Insya-Allah..)
Hari Ahad yang lepas aku menjadi seorang yang rajin, aku buat agar-agar strawberry, (guna jus strawberry yang EP kasi,) kemudian rajin lagi, aku buat karipap sardin, dapatlah 27 biji. Tu pun aku buat besar-besar, kalau aku buat kiut-kiut macam mak buat mesti boleh dapat 40 biji kot.
Makcik-makcik kat office aku ni buat teori pasal kes Kak Pah kita kena serang bermacam versi. Dah macam balai polis, macam-macam teori dan andaian dibuat. Aku tukang dengar...my darling dah warning...dengar jer jangan menokok tambah, bulan-bulan posa ni...aku akur...kan darling...kan...kan..
Aku very-very the pening kepala, dengan kerja banyak bertimbun nimbun, kena cover kerja member cuti bersalin lagi..(wrong timing betul member aku buat anak..) bulan November dan Disember ni setiap minggu ada event. Aku pening, aku rasa serabut, pegang kerja ni teringat kerja yang lagi satu tu..pegang yang itu, ingat yang ini. Kejar date line nak buat siapkan Buletin lagi. International meeting lagik, ngam-ngam lepas raya 22 November kami kena sambut berpuluh delagasi dari luar..meeting lagi...jabatan aku memang antara bidang tugasnya adalah menganjurkan mesyuarat antarabangsa. So macam biasa, start 21-25 tu seminggu lah kena berkampung halaman di Hotel Hilton KL. Tinggal lagi cik abang, dan najmi.
Kemudian habis dari Hilton, terus ke Park Royal pulak pada 25 tu jugak, ada Workshop on bla..bla....jadi urusetia lagik. Kemudian 29 November pulak, lagi, kat Marriot Hotel KL, kemudian lagi 6 Disember Majlis Anugerah Stan*** dan Akredi*** 2004 pulak, di Palm Garden Hotel. Kemudian 20 Disember, launching Bla..bla...kat Palace of Golden Horses, Sri Kembangan.
Jadi ringkasannya :
21-25 November – Hotel Hilton, KL – Mesyuarat JS* EE MR* (ASEAN)
25- 9 Disember – Hotel Park Royal, KL – Worksyop bla..bla....
29 November – Hotel Marriott, KL - Seminar on Quali** dan Intergrated bla..bla...
30 November – Launching on IS*/T* bla..bla...
6 Disember – Hotel Marriott, Putrajaya National Standa** Congress (siang)
6 Disember – Palm Garden, Putrajaya - Majlis Anugerah Stand** bla..bla..- dinner
20 Disember – Palace of Golden Horses, Sri Kembangan – Launching of Medical bla..bla....bla....
Ok selamat bekerja untuk aku...syukur..aku ada kerja...daripada orang tak ada kerja...berharap dapat kerja, aku dah ada kerja, maka kerja..kerja...kerja... dan lepas raya jangan haraplah aku boleh balik kerja on the dot. Pukul 6 pun entah-entah masih kat office. Najmilah akan menemani mama kat office. Kalaulah mak tau mesti dia kesiankan cucunya, keluar rumah pukul 7.30 pg, pukul 7 malam belum tentu ada kat rumah lagi. Berapa jam jer Najmi duduk rumah kalau time mama busy giler.
Najmi yang sudah besar
Najmi akan genap 4 tahun pada March tahun depan, lagi beberapa bulan jer lagi, Najmi makin banyak cakap, ada sahaja yang hendak dicakapkan..hendak di ketawakan. Tidak berhenti mulut becoknya bercakap. Kalau dia bertanya, kita menjawab acuh tak acuh, nanti dia akan marah, dan cakap, "jangan cakap macam tu mama...cakap elok-elok, jangan marah-marah," sabar jer la...
Suatu hari aku ambil dia dari taska, dia tidur sebelah budak pompuan, aku cakap,
"Najmi boy, mana boleh tidur dengan girl, kena tidur dengan boy, tak boleh tidur dengan Atikah, dengan Nadhirah, kalau tidur dengan Adzam, dengan Syamir atau Adam Daniel boleh lah, dengan girl tak boleh,"
Kemudian dia jawap,
"Babah tu boy, kenapa mama tidur dengan babah, kite tidur kat katil kita jer, mama tidur sama babah, ellleehhh,"
Erkkk...aku tergamam....tak tau apa nak jawab...
Tuesday, October 19, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Komen:
askum akak...dah lima ari kita posa noo...semalam hana jumpa purbe sbb dia nk pinjam novel hana..pastu pi bukak posa skali...akak dah pasang lagu raya...emm hana pun,hehehe!harap2 raya ni leh jumpa akak n family.
oklah jumpa lagik...kim salam najmi yg henkem tuh..
babai
hik..hik..hik.. tu ler bebudak sekarang ek, pandai pandai. Zar ngan ika pun cam tu. Tak leh kita salah cakap sikit, ada jer dia nak jawab..
zar pun dah on lagu raya dah ni.. ahaksss
Lan:
Haha!Nak datang buka pose umah kami aa? Boleh saje! Call ler dulu. Dlm peti sejuk pon bukannya banyak sgt makanan, frozen food yang banyak,nak senang bukak pose. kami maleh nak kuar.
wah wah..jawapan dari hati tulus ikhlas..heheh..cayalah najmi :p
ni yg buat saya teringat anak saya ni, baru nak masuk dua tahun, ckp pelet budak 2 tahun kdg2 kita tak paham, tapi best dengaq. Muammar pandai cakap over the phone, "ayah pang, pang" (bagitau wan dia beli senapang) "ayah balekk, balekk" yg tu tak tahan tu, rasa macam nak terbang balik jee..
rindunya kat muammar.... nak balik another 2 weeks, huhuhu... lambatnya!
Pandainya Najmi!! Sama macam my boy - banyak bercakap. Dtg la 'rumah' saya, perabot kita lebih kurang la.. heheh...
Hahahah...Najmi..najmi...pandainya..
Pnut..apa kabar? salam kenal dari kami keluarga Zulkarnain.di Surabaya-Indonesia
Salam
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Post a Comment