Berkelah dan berseronok...
Seperti yang dirancangkan, kami sekeluarga dan beberapa keluarga GEJU berkelah dan bersantai-santai di Sungai Gabai, Hulu Langat. (keluarga kami tu termasuklah bapa angkat Najmi - abang purbe.he..he..itu Salina cakap) Aku rasa Mat Jan, Purbe dan Ep, Najmi dah rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Sebab suka-suka hati dia kalau rasa teringat nak telefon Purbe dia paksa-paksa mama call, tak pun kalau dia teringat Atok Epnya dia mesti nak call.
Kami tiba agak lewat ke Sungai Gabai sebab my darling pegi potong rambut dulu pagi tu, tapi tak ler lambat beno, kira elok-elok jer time untuk berpiknik. Masa kami tiba, Tipah and the gang dah ramai, OP dan Mulan, Hanya Sayang dan kawannya, Lan, Pija, dan CT pun dah ada. Kemudian kami mula membakar arang untuk sessi panggang memanggang. Maka bermulalah operasi bakar membakar, diketuai oleh ketua membuat bara iaitu Attokz, dan dibantu Nett yang comel, Amyz (tukang tangkap gambo jer...) Selepas aku sudah panas membara aku minta anak-anak dara pulak ambil alih.
Lepas makan-makan Najmi merengek-rengek nak mandi sungai. Maka babahnya pun bawaklah anaknya panjat tangga punya tinggi tinggi beno....penat memanjat sampai aku nak semput. Baru je cecah-cecah kaki kat air, berlaku tragedi Oktober. Mereka-mereka yang cuba hendak membawa Najmi mandi di port yang best sikit tiba-tiba tergelincir dan jatuh, Najmi pun terhantuk, dan terus tak nak mandi, menangis meraung-raung. Kesian adik aku yang sorang tu. rasa bersalah pulak. Terus Najmi meraung...nak atuk ep...nak atuk ep....nak pegi atuk ep..
Dalam perjalanan tu dia menangis-nangis di pujuk-pujuk diam kejap, masa sampai kat port kami bersantai tu, dia nampak muka atuk epnya meraung balik. Manja sangat dia dengan atuk Ep nya.
Topik pagi di Era
Pagi tadi masa dalam kereta hendak ke office, dengar topik pagi di Era. Topiknya pasal perempuan merokok. Ada seorang caller ni, pompuan, dia mengaku dia hisap rokok, dan dengan bangganya cerita dia tak ada masalah rokok naik harga, sebab kalau dah ketagih merokok, dia tak kisah, mesti nak beli juga. Tak boleh beli yang besar 20 batang, katanya beli yang 14. Dia merokok dari umur 18 tahun, skrng sudah berumur 26 tahun, tak boleh nak berhenti.
Aku benci betul... entah tak suka..
Kemudian sampai office aku bukak thr melalui internet. Topiknya pasal pemberian pangkat datuk ni. Ada seorang caller call bagitau dia pernah kena marah dengan seorang datuk, puncanya dia cakap selamat pagi encik pada seorang datuk ni, dan dia kena herdik, datuk tu cakap, "awak ni bodoh ke? tak kenal ke saya ni datuk," Kalau si pemanggil kat Thr tu cerita benda yang betul, aku rasa yang bodoh bukan mamat tu, tetapi datuk tu la.. mamat yang call THR tu geram dan cakap, alaa...pangkat bukan boleh bawa mati, aku setuju, ya betul, atas batu nesan nanti bukan kita letak pun pangkat-pangkat kat batu nesan tu. Dalam IC pun bukan ktia letak pangkat tu.
Aku sendiri bila berurusan dengan orang-orang bergelaran begitu, banyak pengalaman. Ada Datuk yang sempoi habih. Ada datuk yang cerewet, sampai kalau nak attend function kita tu, sampai nak tahu, dia parking kat mana, masuk lobi tu kemudian naik lif mana, ada datuk yg cerewet sampai menu jamuan tengahari pun nak tau...Datuk yang paling sempoi ialah menteri lama kami. ermm sungguh sempoi...kalau bagi draf ucapannya tak banyak komen pun, tak perlu rombak sampai 4-5 kali. Ada datuk yang sangat best, segala brief case, fail-fail dia angkut sendiri, berkendong kiri kanan ketiaknya. Kita pulak rasa bersalah tengok dia usung segala macam benda.
Itu atas diri masing-masinglah, kan..kan....
Monday, October 11, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Komen:
aiseh patutlah kejap je mandi. kesian najmi (dan purbe) hehehe. terima kasih sbb datang semalam :)
Op
Assalamu'alaikum P-Nut,
Petang Sabtu tu, berhenti ambik minyak kereta dengan Suraya, masa kereta nak tinggalkan stesen, kereta lalu tepi sorang lelaki ni nak ke kedai Mesra, nak bayar harga minyak, eh! macam tokeh pajak gadai lah.. Melilaulah KS pandang sana sini, ternampaklah P-nut dalam satu kereta ni. Tangan dah ingat nak melambai, tapi P-Nut kusyuk pandang bawah. Kata Suraya, kalau Mak lambai pun, dia kenal ke mak tu sape. Ingat nak berhenti, pergi tegur P-Nut, kereta dah laju jauh dari stesen. Anak dara yang memandu. Rasa ralat juga. Hantar SMS masa kami lalu Ikram. Kami nak ke Alamanda. Tak pe lah, lain kali kalau ada rezeki jumpa lagi, Insya-Allah KS akan tegur. :) Wassalam.
mesti kurang best picnik kali..pasti ahli picnik merasa ketiadan yaabna.hehehhe
entahlah akak..
ajid yg kena setel pasal datuk datuk nii..
pun susah nak cakap..
nii..
untuk tahun 2005 nii..
lagilah banyak yang gila datuk ni..
Syabas kerana dapat pergi piknik. Ada apa-apa keputusan tentang Gath 04/05?
DATOK HARIMAU :)
askum pnut..beshnya gi piknik..;)
kak pnut, sedapnyee special menu dari pnut inn, kat blog saya ada cerita ceriti pasal piknik sg gabai...
mydinz @ http://mahyudin.blogspot.com
Lan:
Menjawap pertanyaan dp petang Ahad:
'keta kami tak basuh sebab jalan masuk umah kami under construction ditambah lagi dengan hari-hari yg ujan.so, tak bermakna kami basuh pun.:D hihi
cam ne najmi? sian dia terantuk plak kat batu. Org perak kata ingke (cuba tanya boipren pinut tu) hehhehe
perempuan isap rokok memang taks esuai langsung kan tapi diaorg macam enjoy jer isap rokok
selamat berpuasa di bulan ramadhan buat pnut and bro tokei sekeluarga :)
Op
A'kum P-Nut & Tokei;
Ucapan selamat menyambut
Ramadan Al Mubarak dari akak
sekeluarga semoga Ramadan ini
memberi keberkatan untuk kita semua.
InsyaAllah.
- Sri Diah.
* p/s sakit matalah dgn color font nie...
Post a Comment