kawan-kawan....marilah kita pergi berkelah..maklumat lanjut sila jenguk FORUM GEJU mari..mari..mari...peluang berkelah dibuka kepada semua. Tak kira samaada anda blogger, pembaca blog, or sedara mara kaum kerabat blogger.
Duit ringgit boleh di cari, kawan-kawan mana hendak dibeli...kan..kann Purbe kan...Mat Jan kan..kan...
Ermmm aku sungguh busy sejak akhir-akhir ni (termasuk beryahoo messenger) erkk tapi itu sekali sekali lah....bukan macam ada sorang tu, katanya dia chatting full time, kerja part time...huh!!!
Boss buat surprise!!
Pagi-pagi tadi boss aku cari aku kat library ni, huh tak pernah-pernah dia datang tempat aku, tup-tup dia datang, nak discuss on something la. Kantoi!! bukan kantoi apa, meja aku mgm semak gilo...sebab tak sempat nak berkemas, aku bercadang hari ni nak clearkan meja, tup-tup dia dah menyerah diri pagi ni, memang dari hujung kiri ke kanan penuh fail, dan kertas-kertas. Bukan apa last month aku out station, kemudian kursus lagik, so dalam aku punya In-Tray banyak surat menyurat dan memo-memo dan segala macam khazanah kerja, aku nak clearkan In-Tray, mana boleh out aku outkan dan masuk file. So semalam aku keluarkan semua fail atur atas meja, untuk senang aku failkan menda-menda yang boleh masuk fail terus, mana KIV aku masuk kat tray KIV.
Tup-tup aku belum sempat kemas dia datang, atas meja user ni pulak penuh dgn khazanah untuk saturday ni punya exhibition. Kami buat back drop, so dengan polistren cutter besar gedabak tu, dengan car, berus dan air. Dia geleng kepala, aku malus...dia jenguk atas meja aku dia nampak seketul ayam kfc, dia cakap, "patutlah u sehat pagi-pagi dah makan kfc" aduhhh baru frist time aku nak makan kfc pagi hari di office terus kantoi. Ayam tu sebenarnya belen bukak posa semalam, darling belikan 3 ketul, seketul Najmi makan, seketul aku makan dgn nasik masa berbuka, dan lagi seketul tak habih makan, aku tapau le ke office. aduhhhh!! dua tiga hari lepas aku posa dia tak mai...
Dua hari lepas aku ter'tonton' drama Mama Paparazi tu, malam tu aku menggosok kain, dalam bilik atas, bilik tu memang aku gunakan untuk menggosok dan menonton tv yang tak berastro. Oleh kerana tv tanpa dekoder astro, jadinya setiap kali tukar channel tv kena adjust antena tv tu. Tv1 adjust belah sini, tukat tv2 adjust lagik, yg paling clear hanya tv3. So aku tengok tv3. tengah sedap tengok, tiba-tiba berlaku part yang tak logik. Ada ke pompuan ni baru lepas kena bedah, boleh blah balik ke office dia sebab ada orang nak boikot dia dalam satu meeting ni, ampehnya, doktor siap ikut lagi naik kereta kembara. siot la....logik ke doktor tu selamba je ikut patient naik keta cam tu, tak perlu sain surat setuju keluar wad atas risiko sendiri. selalunya kalau patient keluar wad tanpa dia betul-betul di rekemen doktor boleh keluar kena sain satu surat, aku rasa doktor itu langgar etika doktor. Kan doktor Max?
Kemudian lepas tu aku turun bawah baca pulak satu novel melayu, sama gak ampeh, jalan cerita mula-mulanya best, bila dekat-dekat ending macam ampeh, beberapa part tak logik. Ada ke kerana sorang pompuan ni anak Tan Sri, kawan ngan sorang mamat miskin, bapak pompuan ni ugut adik-adik mamat ni nak tarik balik semua biasiswa yang adik-adik mamat ni terima masa belajar kat universiti. Ermm mungkin penulis novel tu tak pernah masuk u, or kalau masuk u pun tak ambil loan atau biasiswa kot. So dia tak tau apa kriteria yang menyebabkan seseorang itu boleh ditarik biasiswa. takkan abang kawin ngan anak tan Sri pun kena tarik biasiswa. Cuba seseorang sedapkan hati aku sikit cerita sikit kemungkinan yang Tan Sri ni buat untuk tarik balik biasiswa adik-adik mamat yang kawin ngan anak dia.
Teruk betullah.... banyak yang kelakar kalau drama dan novel melayu ni. tak dinafikan ada drama dan novel melayu yang bagus. Yang sekali baca/tonton rasa tak puas. Paling best kalau dengar pelakon drama bercakap, macam baca buku teks.
Contohnya,
"Bedah, maafkan aku, aku tidak dapat menghubungi telefon bimbit kau semalam, telefon bimbit aku kehabisan bateri," kata Leman.
"Oh! tidak mengapa aku memahami keadaan kau, tetapi kau tahukan aku merindui kau," Leman.
siot...lawak giler, pengarah DBP pun tak guna skrip macam tu berbual dengan kakitangan dia or dengan keluarga dia.
Atau skrip standard drama melayu, "Abang hidangan sudah siap, marilah makan, karang sejuk pulak makanan tu,"
Lagi..part 'mesti ada' dalam tipikal drama melayu,
- adegan lipat kain - di ruang tamu
- adegan potong sayur - kat dapur
- adegan cuci kereta, siram pokok bunga - kat luar rumah.
- Sidai kain, dan kau boleh nampak kain tu sebenarnya kering.
Dalam drama Astana Idaman lagi siot kelakar. Di Malaysia dalam cuaca lebih 25 darjah celsius boleh pulak, orang-orang kaya dalam drama tu, pakai 3 pcs baju, dengan kemeja, tie, over, vest dan kot. Jumpa tengah jalan pun pakai macam tu, minum teh petang-petang pun macam tu, Weii come on la...aku ni walau mesken, tapi ada juga peluang duduk hotel, keluar masuk restoran mewah gak (kerana tuntutan kerjalah) jarang beno aku nampak orang-orang korporat bersidai santai kat lobby hotel or restaurant berkot. kecuali kalau ada function, seminar ke? mesyuarat ke?
Seorang pengarah drama/filem yang pernah terbaca komen aku mengenai drama arahan di blog aku yang lama, pernah berutusan email, dan menyatakan terlalu banyak kekangan yang pengarah hadapi untuk mengarah drama dalam Malaysia. Ermm banyak diutarakan, malas aku nak ulas di sini, kang aku jadi second Jeff Oi pulak.
Friday, October 08, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Komen:
Lan:
Kami pon ingat nak pi Putrajaya, kita gerak sesama tapi kena jemput Pija.tak jemput kang, takde lak agar-agarnya.tengok lah dulu.
Cerita melayu memang tak best utk tontonan di masa boring.Kita boleh tengok cerita melayu,jika kita tengah gaduh dgn bini ataupun laki.Mcm kak p-nutt dan tekey selalu buat.hehehe
grrr...nak komen skit ttg novel tuh
Logik la jugak si tan sri nak tarik balik biasiswa adik2 si lelaki yg nak kawin ngan anaknya tuh. mungkin dia akan buat sesuatu peristiwa/tragedi yang menyebabkan adik2 si lelaki nih melanggar syarat2 perjanjian pinjaman/ biasiswa yang membolehkan dia menarik balik biasiswa tersebut...erkkk, boleh diterima tak?
By the way, novel tuh la antara novel ter-best sekrg nih..novel2 lain lagi hampeh...lagipon sikit jer konflik antara si tan sri ngan anak dia ngan menantu dia tuh...paling best masa anak dia berjumpa ngan papa dia buat pertama kalinya...
grrr...sori2 terkomen pjg plak, terbuat macam blog sendiri
ilah -- ilahjalilah.diaryland.com
novel apa tu.. heheh Memang tak dapat dinafikan kebanyak novel melayu ni plot citer kengkadang sungguh diluar dugaan.. ehhehhe.
Selamat berpiknik ek
hahahha... suka bila pnut komen pasal drama melayu (cerita kartun). biasa laa kartun boleh keluar masuk hospital sesuka hati.
aku suka penulis novel tu. mgkin tan sri tu guna pengaruh politik kot.hehehe.... tan sri tu ada taktik sebenarnya. dia ugut family mamat tu supaya mamat tu balik msia. ye laa org tua miskin pulak tu, bila ada org nak buat kacau tentu dia akan pertahankan familynya. mamat ni pulak kira baik punya. dengar laa ckp family agar tak balik semula kat sana. jika ko perasan, kesemua novel penulis ni mesti ada sangkut paut dgn london. -kinky-
Post a Comment