Aku sudah mula merasai kesan akibat dari memakan kepala ikan. Mungkin juga ianya kesan dari air teh yang masuk semut, kemudian aku tapis dan minum airnya dulu-dulu, kesan tindak balas dari asid dari kepala ikan dan asid dari semut sudah mula bertindak balas dengan kepala otak aku. Stimulasi otaknya aku bertukar agaknya. Aku makin lupa... ya aku mula menjadi Melayu mudah lupa.
Aku lupa hari ni kerani aku cuti. Awal pagi aku anto mesej bagitau aku nak ambil cuti kecemasan hari ni, dia tak balas, aku call tak dapat, asyik pompuan dalam mesin je jawab. Aku mesej best friend dia tanya dia ada kat office tak. Dan aku sedar aku makin tua bila aku terima jawapan bahawa kerani aku cuti dua hari, hari ni dan esok. Aku yang luluskan cutinya, aku tulis kat notice board kat office dia cuti, aku tak salahkan aku, notice board tu di office, aku kat rumah, jadi logiklah aku tak ingat. Sepanjang minggu lepas aku tak ada kat office, aku hanya masuk office pada hari Jumaat.
Pada hari Jumaat lepas aku mula meeting jam 9.30 dan selesai hampir jam 11, kemudian kami ada makan percuma, dan petang tu aku ada discussion dengan beberapa team promosi untuk next exhibition. Jadi aku tak salahkan diri aku kerana aku lupa. Ya kawan-kawan jangan suka menyalahkan diri.
Dan jangan salahkan diri aku kerana hendak cuti kecemasan, anakanda aku yang petah berkata-kata itu demam, dan aku phobia hendak tinggalkan dia di taska kerana peristiwa silam. Tetapi mengenangkan kerani aku bercuti maka aku kena bekerja jua. Aku tabahkan hati, aku iringi anakanda di Taska dengan doa yang tidak putus-putus. Moga selamat semuanya. Amin...
Aku masih lagi dok berpuasa ganti, adalah lagi 2-3 hari nak habis...malam ni my darling janji nak ajak makan mutiara Char Keow Teow kat Bangi, ermmm tak pernah try, ada orang kempem kata sedap, ermmm kena try dulu baru komen, adakah masih boleh sama rasa macam Char Keow Teow kat Sungai Petani or kat Bukit Mertajam..
Kalau takat Char Keow Teow kat KL ni orang dakwa dan gembar gembur sedap, aku malas nak layan, mana sama Char Keow Teow belah utara, Penang Kedah punya la terangkat. Lainlah kalau tukang masaknya orang belah sana, contohnya kat Presint 8 ni, boleh tahanlah rasanya, bolehlah takat nak lepas geram.
Kat Food Court Uniten tu ada satu, kedainya nama Selera 60an, owner dia orang Kedah, pekerja dia orang Kedah, Keow Teow Kerang dan Char Keow Teow dia boleh tahan. Aku selalu juga layan blues kat situ.
Sama macam orang cakap rojak mamak yang sedap, huh....depa belum pekena pasemboq Mamak Penang or Kedah, dengan cucur udang krup-krupnya, kat sini mana ada mamak jual rojak bubuh cucur udang rangup krup-krup,...
Opss..aku posa mana boleh cerita bab makan berlebihan kan...kan..kan.....kan...tapi alangkah nyamannya kalau dapat minum ayaq tebu weiiii...sedapnya...nyum..nyum...
Monday, October 04, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Komen:
air tebu cuma best time bulan posa..
kalau minum awal awal..
tak best..
jangan lupa laici kang..
sabar sabar..
seminggu lebih jer lagi..:D
Lan:
Sedap sangat ke masak utara tu??hahahaa!tak rase lagi masak selatan!!!!!hahhahaha!hihihi!
char kuew teow yg sedap kat precint 8? kat mane ek? food court tu ke?
pls pls pls bitau wink*wink
tak pernah lagi rasa char kuew teow yg sedap nih.. kecuali kat Subang Ria (boleh tahan je rasa dia)
kalau kat precint 9 yg kedai mamak tu, mee goreng die sedapppppp~
(konfius sbenar nye yg manae precint 9 yg mana precint 8. haha)
grrrr...hampir meleleh air liur den sebut pasembuq wif cucur udang..erkk lamanya berkurun tak mkn heh..
najmi demam lagi ka?..kk t.care k pnut
ambboii makin dekat nak pose makin sakan pinut sebut bab makan hehhehe
Bagi zar apa yg ada depan tu, tuler yg zar makan. Kalau nak rojak zar pi Bellamy, kalau nak nasi lemak pi tang ling, kalau nak sate pi sate gurney.
Kalau sesekali zar pi out station atau ikut hubby, kami memang ada satu hobi yg sama, test makanan kat situ. Sedap makan banyak tak sedap makan sikit.. hehhehe
Amboi PNut macam-macam ada pasemboq, air tebu, kue teow, mi goreng, rojak mamak... terliuq meleleh habih nih...
aku bukan tak nak pegi rumah ngko dan makan Char Koay Teow tapi bila baca entry Tokei pasal Mat Jan dan Purbe mengetuk pintu malam-malam buta..aiseh, nanti aku jadi sumber lawak pulak.
Nanti lah, lain kali kalau ada sumur di ladang getah boleh hamba menumpang lelah....
Tapi Putrajaya memang cantik, aman dan tenteram. Tak potong rumput kena saman. Ha ha ha.
Jambatan cantik, masjid cantik, rumah2 cantik, tasik cantik...
Duit cukai aku semua laa tu...
kak? mula2 ayat akak perenggan atas seme bagus, ikut nahu. cerita pasal lupa. then akak garab ke cerita najmi. sera syok membacanya, ingat akak akan cerita pasal najmi lagi dan lagi tapi akhirnya akak cerita pasal makan? Char Keow Teow?
*berangan nak jadi judge blogian idol*
Post a Comment