Ok mula-mula kita cerita gembira-gembira jer...
Hari Jumaat hari tu, DARLING balik jalan terhencut-hencut..
kita tanya-tanya dia cakap tak ada apa, kemudian tu baru dia bagitau dia jatuh, lelaki biasalah macho. kita nak sapu ubat tak nak, nak urut tak nak...nak ajak ke klinik pun tak nak. Malam tu, Pak Long sekeluarga datang termasuklah anakanda Pak Long iaitu Kak Max dan Mat Jan tidak lama selepas itu Purbe datang, berborak-borak....borak sambil menonton konsert ulangan AF di channel 15, kemudian Mami ajak balik, tidak lama lepas pak long sekeluarga balik..(oh ya anak Pak Long yang lelaki tu check in kat Pnut Inn malam tu, ) saudari LANGSAT tiba dengan harapan dapat berjumpa Kak Max, malangnya adik Kak Max tu tak memaklumkan kepada cik Doktor ada peminat nak jumpa, ishh adik Kak Max ni, (ermm tak payah teka-teka adik Kak Max yang mana, sebab dia ada sorang je adik) kesian Langsat a.k.a LIN tak dapat jumpa Kak Max.
Esoknya kami ke Melaka. Kami mula-mula memang ada dalam perancangan nak pergi. Kemudian tak jadi, sebab darling sakit kaki, kemudian jadi pulak. Maka kami pun pergilah ke Melaka. Selesai kenduri kami berjalan ke Taman Buaya. Ermm betul-betul kami berjalan je, sebab taman dah tutup, maka kesianlah boya-boya kat luar yang tidak dapat masuk. Ermmm dapat gossip baru...tak sangka si Nuar a.k.a Yaabbna sudah ada dot..dot..dot...ermmmm...ishhhh...
Semalam Isnin aku EL, sebab memang ada dalam plan nak bercuti. Darling pulak, sejak semalam tu mengadu sakit kaki kembali setelah memandu jauh dan berjalan sana-sini, dia pergi ambil MC, kemudian kami naik lrt ke Pudu, beli tiket bas sebab aku dan Najmi nak balik kg Jumaat ni. Next week 14hb aku akan out station, so kami minta mak jagakan Najmi sat.
Aku No. 1
Kami dah tonton Aku No. 1, opsss...jangan salah anggap, bukan pilihan kami hendak menonton filem begitu, tetapi terlanjur aku dapat tiket percuma masa aku bodek-bodek Azwan Ali bulan lepas. So kami pun pergilah sebab ianya percuma, kalau tak baik kami guna duit tu pi makan KFC.
Cerita macam ampas....tetapi lakonan Aznil dan Azwan boleh di puji, lakonan gedik Jeslina tak suka, begitu juga Kathy maknya di Zizi Ezette tu...kenapa harus Aznil cipta watak Jeslina begitu...tak sesuaiiii...
lakonan Aznil dan Azwan nampak semulajadi, itu jer. lelain zero la..
Cerita tak gembira
Hidup ni kalau tanpa ujian bukan hidup mananya.
Ujian Allah itu dalam bentuk pelbagai...
Ada orang kaya raya, duit banyak, tetapi tidak gembira, rumah besar tetapi sunyi tidak ada anak..
Ada orang anak berderet, tetapi nak makan pun berkira sebab tak cukup duit.
Ada orang sihat walafiat, tetapi anak-anak sakit...
Ada orang anak-anak sihat dia pulak sakit memanjang..
Ada orang dapat anak yang baik, patuh dan mendengar kata..tetapi dia tak baik...
Kita tak tahu masa depan kita macam mana?
Kita kena redha dengan takdir Ilahi, sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa izin Allah Taala, tetapi kalau dengan izin Allah, kena hujan pun boleh demam sampai mati.
Kalau Qada' dan Qadar kita sudah tertulis rezeki kita takat itu, maka itulah rezekinya, kalau tidak ada rezeki, sudah dalam tangan pun boleh lesap...kalau dah rezeki duit kita jatuh selambak pun Allah lindung pandangan orang lain, tidak nampak duit selambak tu, macam seorang teman saya masa di UiTM dulu, dia pernah tertinggal wallet kat public phone dua tiga jam, dan public phone tu mmg ramai org guna. Dia sedar walletnya tertinggal kat public phone dua tiga jam selepas dia guna phone tu, walletnya masih ada di situ, sesen pun tak luak. Malah kata teman yang guna telefon selepas beberapa ketika selepas teman tadi tu, dia tak nampak wallet tu pun. Jadi saya simpulkan mungkin ada amalam teman tadi yang bila mana dia susah begitu, ALlah lindungkan pandangan mata orang dari melihat kot...mungkin...itu teori saya.
Begitulah halnya dengan kita,
sudah....sudah tidak tahu apa hendak menulis..sooo down.....
mujur ada shoulder to cry on....thanks my darling...love you much....always be my side...
Tuesday, September 07, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Komen:
hmm shok baca..loving nya!..hehe!wish cld meet bth of u.
pujukla tokei tengok puteri gunung ledang pulak :)
Op
saya juga pernah tertinggal beg di air terjun (sebab tak tahan nak buang air kecil) bila sampai rumah tersedar yg beg berisi segala harta karun dah tak ada ( maklumlah masa tu hari raya) tapi macam p-nut cakap kalau dah rezeki tak kemana, perjalanan nak ke air terjun tu je ambil masa 2 jam tetapi syukurlah rezeki masih menyebelahi saya walaupun ia betul-betul terdampar kat bahu jalan. mungkin harta karun saya tu dari sumber yg halal...
berserabut kepala otak nengok pakaian yg over2 dlm cerita aku no.1 tue.
kak pnut...saya dtg melawat2 akak..!! ahaks..
Hi pinut
tabah hadapi dugaan, malang memang tak berbau.
Ya ujian Allah itu diberi dalam pelbagai bentuk, begitu juga dengan rezeki. Ada yg rezeki anak, rezeki kesihatan, rezeki naik pangkat dan macam macam lagi. Bagi zar ada waktu kita tak dapat sesuatu yg kita nak sangat, zar anggap tu ujian tapi harus bersyukur sebab terus diberikan rezeki menghela nafas di bumi Allah ini.
Post a Comment