Untuk menjejaki di tangga teratas, kita kena mula pijak tangga pertama, kecuali kita naik lif...tak yah jejak langkah pertama terus boleh berada di atas.
Untuk mengecap bahagia, adakalanya seseorang kena tempu masa-masa derita dahulu...
Keluarga kami menghadapi dugaan Maha Hebat....Bukan..bukan keluarga kecil kami, tetapi keluarga di kampung....semoga mak tabah...semoga mak kuat....Orang doakan mak...kalau lah orang ada magik...dah lama orang nyahkan susah hati nak, orang gantikan kegembiraan sahaja. Malang bertimpa-timpa....
Ada insan Allah bagi otak tetapi tak pandai guna, baik otak tu bagi je pada binatang....
Aku pulak kesiankan mak, asal dengar jer suara aku kat telefon, dia menangis...lepas aku nangis-nangis dengan mak, aku call darling nangis-nangis dengan darling. Aku tak kuat, darling kata aku kena kuat, sebab aku anak sulung...
Ermm biarlah kalian berteka-teka...ini rahsia keluarga. Dan ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa...(ok..aku boleh baca minda kalian..aku tahu korang cakap, dah tak nak cerita buat apa nak tulis...)
Maaf andai terkasar bahasa...
Aku cuma ada satu je mak dalam dunia ini dan aku juga punya satu je abah dalam dunia ini. Itulah satu-satu mak dan abah yang ingin aku bahagiakan dunia dan akhirat. Kalau mereka sudah pejam mata buat selamanya, aku sudah tidak ada lagi insan yang akan ku panggil emak dan abah. Tidak ada...Aku ingin mereka bahagia.
Percayalah..kalau korang pernah rasa bagaimana sengsaranya beranak, nescaya korang rasa betapa mulianya ibu kalian.
Setiap orang dalam dunia ini mempunyai ibu dan bapa, tetapi tidak semua orang berpeluang menjadi ibu dan bapa. Walau mereka bergelar suami dan isteri belum tentu mereka menjadi seorang ibu dan bapa...tetapi suami dan isteri itu ada ibu dan bapa..
Oh..apa yang aku tulis ni???
Entah aku pun tak tahu...Jangan kau tanya..kerana aku tiada jawapannya...
Thursday, September 09, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
mar doakan semoga kak p-nut tabah menghadapi dugaan yang datang..
apa2 yg k.pnut tgh alami/akan alami/yg lepas2 ka..may Allah b wif u alwayz..take care ya..
pnut, kita ni ada macam2 masalah..tak semua boleh diluahkan kat blog..citer sket2 cam tu kira macam lega jugak..ninapun sama.
Whatever dugaan yang dihadapi, hadapilah dengan tabah dan hati yang terbuka. Anggaplah kita tergolong dalam hamba yang dikasihi. Yang terpilih oleh Allah untuk menjalani ujianNya.
Have faith.
Post a Comment