Friday, September 03, 2004

Jumpa Farah...Breep..breep....


Ok, sudah pindah rumah baru....
Selamat datang ke rumah baru saya....
Rumah lama tak jual, masih ada tidak dibuang, masih kekal...

Cuma rumah baru best sikit...

Rumah lama masih ada...takkan di jual, pintu masih terbuka....

OK jom story...


Hari ni hari jumaat...
ada break lama...
Macam sinonim dengan jumaat tengahari dan kaun wanita berdoyon-doyon keluar shopping gitulah jugak aku tadik...

Kami pergi Alamanda kat Putrajaya, itulah satu-satunya shopping kompleks yang ada dalam Putrajaya ni pun.

Masa nak balik tu, kami keluar dari escalator, dan bertembung dengan satu keluarga...mula-mula tak perasan, bila anak dara pak cik dah ke depan sikit baru perasan...ehh Farah...Farah Akademi Fantasia. Alahai..kitaorg tergamam...tapi masih sempat jugak hulurkan tangan nak bersalam, tapi macam tak terkata. Best lah pulak, peramah betul budak Farah ni, gelak kuat sama lah macam kat dalam AF tu jugak...Sempat juga aku cakap, erkk kirim salam Zahid ye nanti, ha..ha..masa dah masuk dalam kereta member aku cakap, eeeeiii menyesal tak borak lagi tadi...entah bila pulak nak jumpa dia...he..he..

Breep..breepp...

Cukup untuk edisi berkenalan dengan rumah baru...
nanti kalau ada masa kita cat lah, tukar perabot sikit, tukar pagar, bubuh grill..
pasang tile, buat sementara, ni kira macam rumah bujang je la....


11 Komen:

Purbe on 4:08 PM said...

wahh wahhh dah pindah rupanya.

Mar on 5:36 PM said...

bestnya dapat jumpa farah breep2...mesti MJ jeles nih kalo tau kak p-nut dah jmpa si breep2.

kak pnut, kalo zahid belanja pengAFUNDI dia mkn roti canai jom kita pegi ek.mak mar sebok nk pegi.

teringin nak pegi Alamanda.tah bila la nak sampai gamaknya

sri on 12:57 PM said...

Assalamulaikum PNut; Lama sungguh tak ke rumah awak, tup tup dah pindah rumah. Nasib baik ada bagi alamat rumah baru. Nak bagi tau ni, akak baru je lepas masak gulai kari ikan talang dengan terung bulat. Hari tu tak dapat rasa enaknya awak masak macam yg EP cerita... nanti lain kali belanja akak makan hasil air tangan awak ya.

Oh ya, dah jumpa si breeep breeep ya. Hehehheheh nak bagi tau nih - minggu depan si Zahid tu nak dtg opis akak. Kami arrange dia dgn Misha. Jangan mare... Nanti akak ambik gambar dgn dia. Nak kirim salah jugak ke?

izwansah on 11:10 PM said...

Dah pindah rumah baru.. ingat pindah rumah baru yang kat depan tu.. Dah buat kenduri selamat belum? Kalau buat kenduri jangan guna daging tetapi gunakan ikan aje.. udang atau ketam pun toksah!!!

yadziz on 8:59 AM said...

eh eh..
dah ramai dah tinggalkan diaryland...

takpa..

nak dengar jugak cerita orang bengkak kaki nii..

mizzwanda on 11:17 PM said...

wah wah bestnya jumpa breep2!..deng!..nice layout nway

Anonymous said...

Lan:

haha!dulu ada orang tu cakap, 'buat apa pakai blogspot, pakai diaryland lagi best!' hehehe... anyway, welkam 2 blogspot!
welkam!welkam!vanekam!

Zareda on 11:38 AM said...

Hai pinut, dah pindah kawasan perumahan ek.. Rumah baru memang menarik tapi kena design cepat sebab catnyer sama ngan rumah bachtiar tu.. hehhehe

Jumpa Farah ek.. breep breep.. dia tu kiut kan tapi kuat gelak..

sri on 3:23 PM said...

P-Nut; akak sengaja nak sakitkan hati awak nih. Cuba tengok kat http://sridiah.fotopages.com

Deana on 5:23 PM said...

P-nut,

Kak Dy pun dah jumpa si farah tu pasal mak dia peserta kursus Kak Dy, siap berpeluk-peluk lagi. Mak dia bawak datang ke kelas . Habis diorang buli dia suruh nyanyi lagu tenda Biru. Last week datang lagi masa kelas mak dia buat sukan dia datang jugak.

nina on 11:05 AM said...

assalamualaikum pnut...nina tumpang gumbira pnut pindah umah baru sebab nina bleh bukak blog ni dari pc nina..kalau diaryland tu kena pinjam pc member plak..apsal tak tau laa..hehehe..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino