Ok, let's update,
Sepatutnya aku ke PWTC, bertugas di booth pameran sempena SDIMEX 2004, tetapi tidak pergi sebab aku kena stay kat office communicate dengan designer yang buat brosur, dan poster-poster yang kami tempah untuk dibawa ke Kuantan next week. Kejap email kejap telefon.
Patutnya benda alah ni dah settle, designer dah boleh hantar untuk print, tetapi semalam boss nak tengok, u know bos...boss is always right....banyak beno pulak nak kena tukar, itu ini gedebuk gebebak..
Semalam terpaksa ambil Najmi kat taska, dalam pukul 5.15 dan bawak ke office sampai pukul 7 malam. Kesian dia, boring kat office, habih almari aku dia selongkar, dan habis sebalang sumi jelly kerani aku dia balun. Pagi tadi aku nak ganti, kerani aku kata tak payah, sebab tu harta wakaf katanya, semua orang boleh makan.
Ni masih menunggu final design dari designer kemudian bawak kat boss, tunggu approval baru mereka boleh print. Huhh bukan senang jadi designer ni, desing cam ni kena reject, tukar reject...nasib baik aku tak kerja designer. Padahal dulu-dulu pernah aplly course art dan design kat UiTM, maklumlah masa tu SPM, lukisan aku dapat A2.
Dah confirm design, kena belek spelling sebiji-sebiji, kalau bab kerja check mengecheck ni biasalah officer lelaki akan tolak, depa kata, "kalau kami check nampak macam semua betul," aku check dua tiga kali, dan minta kerani-kerani pulak double or tripple check..kemudian baru endorse untuk designer print. Ermm kaya kompeni tu, kami buat beg kain 2 ribu, buat poster 10, buat brosur seribu, buat kalender seribu. Siapa sini kerja buat design dan ada bisnes printing, meh lah bodek aku...tahun depan banyak lagi event ni...
Sepatutnya berlambak kerja nak kena settlekan, tapi aku berlagak macam kerja pak guard yang menjaga kedai emas dan bank, duduk terlangut depan pc baca blog orang, tah hapa kejadahnya. Bezanya pak guard pegang senapang perhatikan orang keluar masuk, lalu lalang, aku tengok blog orang berupdate ke idak. Blog tak update termasuklah blog-blog kroni dan juga blog teman sebilik saya. Entah bila lah dia nak update jemu keluar masuk tidak berupdate, tapi dia sibuk...saya kena faham..kesian dia...
Kejap lagilah aku pegi tengok-tengok staff-staff aku tu dok pack barang pameran nak dibawa ke Kuantan. Bukan boleh harap, nanti main balun ikut dan depa jer..(ikut dan tu bahasa kedah, orang kelumpo kalau balun ikut suka hati )
Semalam balik dari office dah pukul 7 malam, pergi tapau nasi goreng dua bungkus, sebungkus untuk darling, dan sebungkus untuk aku kongsi ngan Najmi. Ye lah balikd ah pukul 7 malam aku dah penat giler nak masak. Lagipun tidak ada bahan mentah sangat dalam peti ais, sebab aku dah clearkan ikan-ayam, because malam ni aku balik kampung naik bas, antar najmi balik rumah mak, sebab next week gi kuantan, kemudian sambung kursus pulak. tinggal darling sorang-sorang kat rumah, cian dia. So dalam petia ais rumah tu tak der menda.
Boss suruh buat soalan survey untuk ditanya pada pengunjung masa pameran nanti, aku ni kan ker canggih dan berteknologi orangnya, jadi aku teringin nak buat dalam database, so nanti orang datang just klik-klik je kat pc, dan aku kasilah door gift...tetapi bila fikir balik, aku bukan seorang yang celik IT dalam erti kata sebenarnya, atau lebih tepatnya aku hanya berteknologi dalam imaginasi je, tetapi tidak praktikalnya maka aku kenen-kenen budak unit IT buatkan, malangnya mereka busy, jadi dengan rasa tak best macam office aku kat ulu banat, aku create form surver tu pakai MS WORD jer. Uwaaa tak bestnya, aku nak jadi best....Erkkk ok...aku terus terang je la....
Siapa nak tolong aku??? adik-adik aku di luar sana canggih-canggih kan??? YM aku pulak dah kena block, ampehnya....tak dapat nak ber YM, kalau tak dah lama aku suruh kroni-kroni tolong buatkan...
uwaaaaaaaaaaaaaaa
Friday, September 10, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
jadi designer memang boleh pening kepala,mereng, sewel, meroyan huhuuuuu.kdg2 menyesal plak dah terjebak ke bidang nih.tapi nak buat camner kan dah rezeki.masih ada masa nak beralih bidang nih.hehehe
semoga kak pnut selamat tiba ke kuantan dan selamat kembali ke putrajaya :)
kak..jumaat ni kat kuantan ek? cemaner nak jumpa akak? contact number?
Pnut, selamat jenjalan sambil bekerja ke Kuantan.
Cam tuler zar nak terbitkan laporan Tahunan Jabatan. Jenuh minta approval serata sorang kata cam gini sorang kata cam gini, designer pun penin, zar lagiler .. pitamm.. tapi sekarang dah stage akhir dah, tinggal masuk mesin pencetak jer.. hehehhe
PNut; kerja yg payah, yg susah tu untuk menguji kreativiti, kesungguhan, komitment kita. lepas ni tentu PNut syok tengok hasil kerja. masa tulah nikmat dan kepuasan tu datang. akak ni, hari-hari dok menatap benda alah tulah... dah naik juling bijik mata. sini ada 30 majalah, maknanya terbit majalah hari-hari...
Post a Comment