Kembali ke Putrajaya
Selama 8 hari berada di Kuantan, dan penat, sakit-sakit badan, kami kembali ke Putrajaya pada hari Isnin 20/9 hari tu, selama seminggu tu penatnya tidak terkata, makan tak tentu hala, Cuma yang pasti complimentary breakfast yang disediakan oleh hotel kami balun cukup-cukup kenyang sampai tersandar, sebab dah tentu lunch kami jam 3-4 petang.
Kami bertolak ke Kuantan pada 13/9 Selasa lebih kurang jam 3.30 ptg. Doa memulakan perjalanan di baca oleh staff aku yang seorang yang kira alim-alim kucing sikitla. Perjalanan kami diiring hujan sepanjang jalan dari KL ke Kuantan. Berhenti di Temerloh solat Asar dan tiba di Kuantan pada waktu maghrib. Check in di Grand Continential, lepas solat maghrib kami keluar melihat kerja-kerja memasang booth pameran di tapak lokasi iaitu di Berjaya Megamall. Kemudian kami ke Kemaman, kebetulan salah seorang staff yang ikut hari itu, maknya ada membuka restoran di Kemaman. Lebih kurang 45 minit juga ke sana. Tapi puas dapat menjamu selera yang lazat-lazat.
Esoknya jam 10.00 pagi kami memulakan kerja-kerja memasang bahan pameran dan mobile booth kami. Dan segala macam display booth. Panat, selesai kerja hampir jam 3 petang, baru kami keluar mencari makanan.
Dua hari di Grand Continential, kami keluar dan check in di M.S Garden, kerana Grand Cont, full utk hari seterusnya, dan di M.S Garden pula full pada tarikah kami tiba, dan hanya available start 16/9. Selesai check in semula di M.S Garden, yang tarafnya hanya 4 bintang tetapi biliknya best mengalahkan Regent Hotel kat KL yang tarafnya 5 bintang. Aku puas hati dengan servis dan bilik di M.S Garden. Bilik airnya bersih dan servis memang cepat, aku baru je call maintenance maklumkan telefon rosak, tak sampai 5 minit technician dia sudah ding dong bilik. Terkocoh-kocoh aku dan staff aku cari tudung dan tukar t-shirt.
Menteri Besar Pahang tidak hadir untuk upcara perasmian, dia hanya hantar wakil. Menteri dari Kementerian kami hadir, dan dia memang friendly.
Setiap hari di sana aku call Najmi yang berada dengan mak sehari 2,3 kali, Cik Abang pulak, aku selalu miss call jer. Atau aku sms minta dia call aku balik. Pada hari Jumaat Tini a.k.a ADK datang bersama Angah dan seroang rakan mereka, aku angkut beberapa door gift kasi diaorg, tetapi aku lupa nak ambil satu beg door gift dari booth urus setia untuk dia orang, Terima kasih atas keropok.
Ok hari ni masuk office, aku kena cover kerja sorang member aku yang cuti bersalin, alahaiii rasa macam tak cukup kaki dan tangan...Minggu depan pulak aku kena kursus, kat KL jer, habis kursus lebih kurang jam 4.30 balik ke PUTRAJAYA, ambil Najmi dan aku akan bawak dia ke office kerana aku perlu juga bereskan kerja-kerja urgent. May be sampai malam, ermmm makan nasi bungkus lagilah kami. Aku jadi tension bila teringat kerja yang berlambak, kerja aku + kerja member tu, dengan Buletin Jabatan nak di buat, Annual report, Persiapan Kongress, persiapan jamuan makan malam, launching itu ini...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Rindu dan angau kat Najmi, macam mana lah perasaan ibu-ibu yang tinggal anak berbulan malah bertahun sebab melanjutkan pelajaran kat oversea, aku tinggal anak dua minggu rasa sasau.
Ermmm huh..busynya..tension...tension...
Erk.....siapa kerja kompeni boleh buat multimedia presentation silalah berhubung dengan aku, kerana jabatan aku ni nak buat gimmik sempena pelancaran..something-something bla...bla...kalau aku cerita bukan korang faham, tetapi boss nak ada gimik best-best, + multimedia presentation....sila email or sms gue....email gue – senangingat at yahoo dot com
Wednesday, September 22, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Komen:
rindu kat najmi ker rindu kat bapak najmi?
Hehehee
wah wah..best nya jln2 sambil mkn2 kat kuantan hehe
sure najmi windu sama bondanya begitu juga ayahandanya hehe
MS Garden memang bilik dia cantik dan besar berbanding 5 stars di KL (yg pernah aku duduk lah). Breakfast dia best sebb banyak choice makanan.Cuma yang tak sedapnya, Tempat makan dia mengadap terus kolam renang. Kalau aku mandi (temankan anak mandi kolam), orang yang dok makan tengok je aku..tak lalu makan agaknya...
Lagi satu, nak pergi shopping kat Hugo or Megamall tak payah susah2 bawak kereta. Biasalah para suami meletok kat bilik ketika para isteri sakan bershopping...
he he he...
takkan kat najmi je rindunya?
hehehehehehehe (senyum nampak gigi)
Op
Assalamu'alaikum PNut,
Minggu tu Kak Su 4 hari di Hyatt Telok Chempedak, Kuantan. Pergi Megamall tapi sebelah malam. Tahu minggu itu PNut di Kuantan tapi tak pasti hotel mana dan programnya di mana. :) Di Hyatt ada orang kenal dan tegur Rasanubari. Blogger juga. Wassalam.
Post a Comment