Tuesday, February 14, 2012

Puding Roti Daging


Semalam saya buat puding roti sangat gojes ni, post kat fb, ada yang minta resepi.
Bab resepi ni payoh sikit, sebab saya takder sukat-sukat, hentam sajork..

kesahnya minggu lepas si abang Najmi sebok sangat nak bawa burger ke sekolah, so beli la roti burger, pastu ada la dua kali dia bawa burger ke sekolah, pastu tak mau dah, dan hari ni patut expired roti tu. so semalam menyelamatkan roti sebelum expired, saya mikir la ape nak buat dengan roti tu. kalau puding roti manis tu jangan harap kat rumah ni akan laris, sebab manis-manisan kureng digemari di rumah ni, kalau depa minat minum air manis..eheheh

jadi saya teringat pernah terbaca kat blog Selly dia pernah buat puding roti guna daging, tapi saya tak der resepinya, dan malas nak cari balik, ehehehe.. sebab semalam posa, jadi mode nak cepat je semua benda.

Jadi saya ikut gerak hati dan hentam.. jadi bila rakan-rakan fb minta resepi saya terpaksa ingat balik dan kena bagi-bagi sukatan, so kalau siapa nak cuba anggaran la ek...pepandai la ejas... Actually saya buat ala makaroni bakar je, cuma adjust sana sini sikit

Mari kita saksikan

Puding Roti Daging

Untuk Daging
1 labu bawang besar (sedap guna bawang holand,guna suku untuk cincang, selebihnya dadukan)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar lada hitam (jenis kasar, tp sy maybe letak lebih kot, ni anggaran je)
1 biji kentang (yg besar, dadukan)
*7-8 biji cendawan butang (hiris-hiris)
*1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
1 tin kecil kacang peas
1/2 kiub ayam
daging kisar (kalau ramly dia jual keping2 kan, saya guna 1 keping, tapi rasanya kalau buat 2 keping pun ok gak)
sedikit mozarela cheese

Caranya
1. tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. masukkan sedikit air, dan rempah kari
3. masukkan lada sulah, lada hitam
4. masakkan sampai rempah garing, dan naik minyak.
5. masukkan air dan masukkan kentang dadu
6. kentang agak lembut, masukkan daging kisar
7. elok masak daging dan kentang, then masukkan bahan lain, cendawan, tomato, kacang peas, bawang,
dan kiub ayam)
8. jangan biar bahan ni terlalu dry, biar basah-basah sikit
siap!!

untuk rotinya
4 biji bun burger (atau roti gardenia 10-12 keping kot)
1 cawan susu cair
1 cawan air
sedikit lada sulah dan garam
4 biji telur (2 biji untuk adunan roti, 2 biji lagi pukul untuk tuang atas puding nanti)

caranya
1. Roti burger tu gunting-guntingkan.
2. susu cair, 2 biji telur, air dan lada sulah dan garam satukan kacau-kacau
3. kemudian tuang bancuhan tu dalam roti yang dah siap potong..
(masa ni kena adjust sikit, jangan masukkan bancuhan sekaligus, agak-agak dengan roti.. agak-agak roti basah semua ok la jangan sampai terendam byk sangat, nanti terlalu cair, tak sedap, kalau sayang, ada roti lebih, masukkan)
4. amek loyang oleskan dengan majerin agar tak melekit
 (better guna jenis loose, yang boleh kita keluarkan nanti) kalau takder guna loyang biasa je la, saya tukang kek jadi loyang banyak jenis.. :-)
5. lapisan pertama letak separuh adunan roti tadi, kemudian lapiskan dengan daging tadi, kemudian letak lapisan roti pula, then lapisan sekali lagi adunan daging lagi sekali kat atas.
6. pukul 2 biji telur tadi dan tuang ke atas adunan puding tadi dan bakar dalam oven
guna api atas dan bawah, api bawah saya set 180, dan api atas saya set 150 je, tak mau daging tu kering sangat.
7. bakar lebih kurang 30-40 minit, then keluarkan taburkan mozarela cheese dan bakar lagi dalam 8-10 minit.
tadaaa siap...

*mozarela cheese beli kat bakeri shop, yang jenis satu ketul tu nak guna parut, saya tak suka beli yang kat hypermarket, sebab cheese dia tak 'bertali' tak syiok.. lagipun murah lagi yang cheese block ni.. seketul dalam 8-10 ringgit. boleh guna byk kali.
*bahan tambahan macam kacang peas, cendawan, tomato tu optional, tak bubuh pun takper, saya ni ala-ala abehkan stok bahan.

very the gojes maaaa



Maka... selamat mencoba...

6 Komen:

Angah on 11:42 AM said...

rupa dia dah gojes, mesti rasa dia laaaagi gojeses ek

ieda on 12:00 PM said...

dah namanya tukang masak..main hentam2 pun sedap jadinya..

Hans on 11:08 PM said...

nampak sedap
:-)


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Anonymous said...

Salam Kak Pnut, seronok baca entry akak yang ada resipi, boleh cuba nanti.

N

mum2h on 9:01 PM said...

kak...sy dah buat. Very marbeles. Mkn dgn sos thousand island and salad!

Afiq on 11:00 PM said...

Pergh! Memey 'sesuai' untuk orang diet tegar ni hihik.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino