Thursday, January 05, 2012

Papa i Love you


Ok kita seterettt to the point, atau istilah kejam sikit, sound direk ja...
Saya dah pegi tengok filem Papa I Love You.. to be honest.. saya bukan minat filem-filem uncle lavid maaa, tapi saya pegi tengok sebab nak sokong kawan facebook saya, iaitu pengarah filem ni, iaitu Hashim Rejab. Dak Hashim ni kawan kepada kawan saya, atau musuh baik saya, ahahaha cemana tu...ok itu tak penting. Kebetulan mamat ni orang Kedah, guaq cempedak. Jadi kepala otak tu lebih kurang meraban, dia merepek saya menambah, dan oleh kerana dia membuatkan saya gila pada cerita Adamaya, dan lagu yang terindah dalam drama tu, saya minat kerja dia, dan rasa saya perlu tonton filem dia walau apa pun, sebab bagi saya 'that's what friend are for' kan?? kita bagi sokongan. Shim aku tengok filem ni pasai hang je, kalo dak jangan harap aku nak tengok pilem lavid ni..
 
Untuk pertama-tama kalinya, saya kagum macam mana pengarah boleh yakinkan uncle lavid mau amek Zalif ni jadi hero? ke lavid yang kena yakinkan pengarah? sebab biarku berterus terang... ini Malaysia... Malaysia beb... bakat tu kekadang jatuh no.2 rupa mesti stok kacak, stok-stok muka kacak, bakat tak kemana biasanya jadi rebutan...dan kekaguman juga kepada Mr. David yang saya tabikkkkkk dia sanggup keluar modal, pertaruhkan pengarah mudah, pelakon tak dikenali jadi hero. Bukan senang dia nak buat keputusan macam ni, dan angkat tema keluarga dalam filem ini. uncle lavid manyak magusss oooo

Dan menambah darjah kekaguman saya ialah... Zalif tidak perlukan muka kacak macam anak Pak Ajis untuk menjadi hero dalam ini pilem, pedulik hape muka kacak, tapi sengal. Zalif bawakan watak Baha dengan baik, 3.5 bintang saya bagi dari 5 bintang. 1.5 bintang kurang part babak penuh emosi kurang sampai. Atau mungkin itu strategi, asal ada babak perlu emosi, kena tukar mode tetiba jadi lucu. jadi feel makcik tak berapa sampai. Apa pun, sebagai  hero baru, Zalif masih boleh dikatakan baik mutu lakonannya... bukan terbaik lagi, long way to go.
ok kita teruskan lagi...
Ringkasan citer ni kisah Baha yang kematian isteri, yang selama ini isterinya yang menanggung semua belanja rumah tangga, dan Baha ni tiada kerja, orangnya lurus bendul, dan tidak tentu arah. Kemudian bawa Mia hidup dengan dia, tetapi merempat la.. akhirnya bertemu Elly (Lisa) yang bagi tumpang berteduh di rumah dia, Baha dok kat parking keter je.. Elly dan Mia tido dalam umah. Elly ni pula dendam dengan bapak dia, Datuk apa tah, yang curang dengan arwah ibunya satu ketika, dan Elly dendam dan nekad hidup sendirian, akhirnya Datuk ni minta Baha tolong rapatkan kembali hubungan dia dengan Elly. Cam besa happy ending semua baik kembali... Hindustan kan?? ahahaha

Yang menarik tentang Papa i Love You.

1. Jalan cerita.-tema kasih sayang.
Ini kekuatan cerita ini.
Kasih sayang tu bukan macam Izzah dan Hariz je, kasih sayang tu universal, kasih sayang bapa kepada anak-itu tema filem ni, kasih sayang Baha kepada Mia, kasih sayang daddy Elly kepada Elly (Zaidi Omar dan Lisa) itu kekuatan. Kasih sayang kena ada dalam jiwa setiap manusia, dan sifat memaafkan tu perlu wujud tak kira sebesar mana pun silap orang kepada kita, terutama melibatkan keluarga. Kita dah cukup puas tengok cintan-cintun Haris dan Izzah, udah-udah le... tengok pulak kasih sayang papa kepada anaknya pula. Boleh bawa seisi keluarga menonton tanpa ragu-ragu ada babak berkemban dan adegan separa romen. jadi no doubt, kita boleh menonton tanpa was-was seisi keluarga, dan sambil tonton boleh pesan banyak kali kat anak.. tengok apa terjadi pun papa mia tetap sayangkan mia, dan mia tetap sayangkan papa dia.

2. Kelakar selamba.
Saya suka!! watak komedi yang dihidangkan kepada kita adalah tidak keterlaluan. secukup rasa. Kita tak perlu lawa yang memperbodohkan pelakon untuk ketawa. Cumaaaa pada awal babak, aku tak tau le Shim idea sapa, masa mula babak emak pak mertua Baha tu nak rebut Mia, dan adegan kelakar mak pak mertua mia tu agak kurenggg.. aku tak rasa kelakar langsung. Sile jangan bagi aku tonton adegan begitu lagi dalam filem akan datang.. Nyampah ok.. Tetapi babak tu tak sampai 5 minit saya kira, so masih boleh terima, kerana selepas-selepas itu, lawak-lawak disajikan lebih spontan dan jujur, berbanding lawak tak tentu arah. Lawak paling selamba dan best ialah masa babak Baha pegi kedai makan, dan Sabri (maharaja lawak yang geng ngan bob kutu tu) awak itu memang best. Selamba je Sabri tu jadi lembut, dan karakter dia hidup, kelakar dan saya rasa itu babak paling saya ingati. Babak kedua saya rasa best ialah, babak kakak pakai baju kebaya biru nak beli jambu dari Lisa. Pukul abeh lakonan selamba akak ni, riuh orang ketawa. hohoho... sile keji saya sebab saya memberikan perhatian kepada babak sampingan dan pelakon extra berlebihan. Hahaha itulah kenyataan.. pelakon extra dan babak mereka telah balun abeh babak penting yang lain. babak-anak pelakon utama banyak, tapi tengok dan tak lekat kuat.
3. Mia Sara yang berbakat dan Lisa yang cute
Saya kagum budak kecik ni.. income dia lagi banyak dari kita semua kan?? eheheh lakonan dia memang best, dan saya rasa Mia ni ada peminat dia sendiri, yang membuatkan dia dinantikan di layar. Mia cute dan berbakat, tidak rugi rasanya menonton bakat yang dia ada untuk masa santai kita. Daripada kita layan cerita hantu kubur, misteri sana ini, baiklah kita berhibur santai 1 jam 45 minit tu tonton keletah dia yang bijak itu. Saya akui, tarikan Mia Sara dan Lisa Surihani menjadikan filem ni lebih menarik. Nak harapkan si comel Zalif tu rasanya belum ada big fan dia yang menjadikan tarikan kuat orang ke panggung, jadi percaturan meletakkan Lisa dan Mia antara faktor saya rasa filem ni menarik.

4. ada ala hindustan
Walau saya bukan peminat filem Hindi, tapi ada unsur Hindustan yang menjadikan cerita ini cukup rempa ratusnya. Babak sedih digambarkan mesti sedih..ehehehe ape kejadah aku nak sampaikan ni?? eheheh maksud saya, sebagai contoh babak Mia dan Baha tido kat taman, selepas mereka lari dari rumah sewa, dan kemudian selepas polis datang 'spot check' kat taman depa tido, Baha bawa Mia dari situ, dan hujan, mereka entah dah berapa batu jalan dari taman ke kawasan perumah Elly tah... oh sangat hindustan.. bila ala hindustan, feeling kita cam cairrrrr je... dok kat issshhhkk kesiannnnn... kesiannnnn, tapi hakikat dalam hati saya kata.. kejadahnya Baha ni tade kawan-kawan ke, sedara mara ke??? koman-koman pun tidolah kat masjid ka surau ka... opss itu tak berapa hindustan.. jadi saya maafkan Baha yang betul sebatang kara tu.

5. Skrip yang bagus.
kita jangan tonton semata-mata, hayati dan dengari dialog yang cantik didengari. saya suka. walau ada juga dialog-dialog biasa-biasa... tetapi ada juga dialog-dialog yang kita boleh ingat dan pegang..antarannya bila Baha dihina oleh Datuk (ayah lisa) kata dia "walau saya miskin, tetapi saya bahagia, saya tak perlu minta izin siapa-siapa untuk peluk anak saya" kemudian kata-kata Mia bila minta Lisa maafkan daddy dia. "kenapa auntie tak nak maafkan ayah auntie, Mia sayang papa Mia, walaupun papa Mia over, walaupun papa Mia tak ensem mana, tapi Mia tetappp sayang papa Mia, walau sebesar mana pun salah papa Mia, Mia tetap akan maafkan papa" lebih kurang gitulah, gila ke aku nak ingat sebijik dialog tu, lainlah tengok kat youtube boleh ulang dengar. ahahaha

point tambahan kenapa menarik-
pasai saya kata menarik jadi sile pergi tengok.

Namunnnnn ada juga yang tak menarik... disebabkan hashim kata kata kat saya, "bagi good review" maka suka hati saya la nak jadikan ulasan ini bias... berat sebelah... ahahahaha buat masa ni saya tulis yang menarik je dulu, tunggu lepas dah abeh tayangan kat panggung, saya akan tuliskan yang tak menarik... ahahah adaaa bukan tak ada.... tapi sebagai berat sebelah yang tak boleh blah... saya tulis yang menarik je... ahahahah matik la kena keji 7 keturunan ngan korang...

tunggu la nanti baru kita citer yang tak menarik...

3 Komen:

Ujang9897 on 12:12 AM said...

=)

Unknown on 5:16 PM said...

wah kamu dah buat review psl movie ni ek..macam best ajer

ieda on 6:55 PM said...

sentiasa suka tengok keletah mia sara..harap2 dah dewasa nanti jadilah insan yg berjaya.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino