Thursday, January 19, 2012

Kalau bukan rezeki kita, rezeki orang lain..


Ok... sorry lama tak update.. banyak benda saya kejarkan buat masa ni..
bila tengok statistik orang masuk blog ini, rasa macam alahaiii ada juga orang masuk walau saya tak update-update... yang masuk sebab search engine ok la..tapi yang betul-betul masuk walau saya tak update, saya minta maaf.. ya skema sikit, sebab terharu.. poyo sangat kan???

Ok.. Alhamdulillah, saya dalam proses menuntut ilmu lain dari bidang saya sekarang, menjadi saya ialah seorang yang suka explore.. saya ingat masa sekolah dulu, cikgu kerjaya saya, a.k.a cikgu kaunseling pernah cakap dan menilai saya, saya seorang yang berani, 'suka lepas cakap' (yang ni memang dikenali dikalangan kawan-kawan uitm dulu, i am outspoken) kalau saya tak suka, terus saya sound, dan laser. erkk tapi itu dulu masa muda remaja, meluap-luap sikit.. sekarang dah kertu.. acik sopan santun sikit. Masa sekolah dulu saya debator.. dan bila saya start berdebat, tak kira saya pembangkang atau pencadang, saya mesti nak menang.. that's me.. haahha itu sebab dengan laki pun kalau saya tak salah, atau saya rasa saya betul, manjang je aku melawan.. ahahah tapi kejap je.. pastu minta hampun balik, kan darling kannnn...

ok lagi yang cikgu saya cakap dulu, saya orang yang suka meneroka, (ya saya agak nakal dulu masa sekolah, kenakalan saya dulu kalau cikgu saya jumpa saya dimana saya berada sekarang, pasti cikgu itu akan terkejut melihatnya) ahaha dulu guru besar pun saya lawan.. nama naik kat perhimpunan selalu..

bila dah tua, saya discover, betul kata cikgu saya. Banyak benda saya teroka dan saya nak belajar, and saya enjoy every momment saya lalui. Hidup tidak bosan. Dulu saya menerokai ilmu membuat kek, biskut dan sebagainya, dan walau tak hebat mana, tetapi saya happy dan enjoy, dan saya happykan ramai anak-anak dengan kek-kek saya, pertunangan orang, perkahwinan orang.. membuat orang lain happy adalah satu kepuasan pada diri saya. Walaupun kecil peranannya tetapi besar impak kepada kita dan orang lain.

Baru-baru ni saya sedar satu perkara, membuatkan orang lain gembira sebenarnya menjadikan kita lebih bahagia. Satu hari, hampir sepanjang hari saya dan pakcik gebu keluar, ada urusan sikit, dan kami tak bawa budak-budak sebab tempat kami pegi tu memang tak sesuai untuk budak-budak, merasa bersalah pada anak-anak.. saya balik kedai singgah beli jajan untuk mereka, saya takkan beli keropok berperisa2 tu untuk jajan anak-anak.. biasa saya beli biskut, waffle, kismis etc.. hari tu saya tau biskut banyak lagi kat rumah, waflle pun ada, so saya cuma beli sekotak kismis untuk anak-anak. Balik rumah saya disambut girang oleh si adik, bila saya hulur kismis tu dia melompat girang sambil jerit.. "bibikkk mama beli adik ismissssss." dan dia terus melompat dan merengek minta dibuka kotak itu.

Hampir menitis air mata saya, saya cuma belikan sekotak kismis harga seringgit pun, tetapi saya ciptakan dia kegirangan yang yang tidak ada nilai untuk kita nilai dengan apa-apa matawang pun. dan terus saya post status di facebook, melalui hp, dan saya mendapat berpuluh like dengan status itu, dan saya tersenyum kerana berkongsi kegembiraan itu dengan ramai orang.

baru-baru ni pulak, saya dalam perjalanan menuntut ilmu dari seorang tokoh yang saya kagumi, saya menuntut ilmu baru yang saya suka dari sekolah dahulu, tetapi banyak benda menghalang saya untuk belajar bidang itu, tetapi kini ada duit sendiri, ada sokongan dan restu suami, saya masuk kelas dan belajar kembali. Alhamdulillah sessi permulaan sudah berakhir. Akan sambung lagi...

ok balik cerita tadi, dalam perjalanan pegi kelas, saya naik lrt je.. sebelum naik lrt, saya makan kat KFC, saya cuma beli set box dia, satu ketul ayam, dan fries, dan air mineral, tetapi nafsu jahat menular, saya order satu box chicken meatball dan fries lagi, walau saya tau, seketul ayam (besar, portion dada) dan sedikti fries tu cukup mengenyangkan saya, tetapi hawa naluri saya desak beli la..beli la.. dan bagai di duga, saya cuma makan seketul meatball, fries tak terusik, malah yang box chicken tu pun saya cuma jamah setengah je dari fries tu. then saya tapau semua tu nak bawa ke kelas.

Rupanya Allah susun benda ini cantik, sampai LRT wangsa maju, saya singgah solat asar di surau, dalam surau ada sorang perempuan dan anak kecil dia 2 thn, yang dari tghari duduk situ saya berbual la, keja mana, dia kata dah abeh keja (tukang sapu kat lrt) dan tengah tunggu ayah budak tu datang jemput, sebab perempuan tu kata, dia nak balik, tambang teksi tak cukup, nak baik bas, nanti kena jalan jauh, jadi dia tunggu suami dia abeh kerja baru balik, kasihan saya dengar dan saya beri dia fries dan meatball tu pada dia, dan saya keluar beli dua kotak air untuk mereka, perempuan tu bergenang air mata dan cakap (dalam loghat kelantan) tima kasih kak, terima kasih kak ye, saya lapar takper, tapi anak saya ni dia lapar, susu pun tak nak minum (dan saya nampak ada sebotol susu tak terluak pun tepi dia)

Subhanallah, besar kuasa Allah Taala... makanan saya beli yang mengikut gerak hati tu sudah tertulis rezeki orang lain rupanya, saya cuma perantara sahaja. Alhamdulillah, andai saya diberi pahala oleh Allah saya sedekah kembali pahala itu kepada arwah abah saya...

Pssttt azam tahun baru... kurangkan merapu... dah tua.. sedar diri sikit.. ahahah sedar diri sikit je.. tak sedar diri banyak.. wakakakaka

*lariiiiiiiiiiiiiikkkkkkkk nyorok kat uganda.*

eh lupa habaq... doakan saya dengan ilmu baru saya dapat ni, dapat saya curahkan sebaiknya, dan moga dapat manfaatnya kepada orang lain.. Mudah-mudahan niat dihati nak semuanya kerana Allah, dari Allah kepada Allah... aminnnn. Saya belum nak cerita, ada rezeki baru saya cerita... syyyyy tp geng fb tau kot...

2 Komen:

sitinaminah02 on 2:19 PM said...

terharu baca cita ni kak. sy dah jadi mak skrg, dan sy takleh tahan kalau cerita psl anak kecik, terus teringat kat anak sendiri.

masih belum terlambat untuk belajaq~~

farae al-farafisya on 9:24 PM said...

saya la tu keluar masuk blog akak tunggu entri baru..hehehe..

insaf sy baca cerita akak ni..
semoga ilmu yg akak peroleh dpt dikongsikan dgn ramai org..:)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino