Ok get rediii semuaaaa makcik sapinat akan menulis review secara jelita. please baca.. sinopsis tak payah la.. bersepah ada kat internet korang boleh tanya pakcik google.
Sebenarnya saya dah baca novel Ombak Rindu dua kali, dan kira tahap boleh hapal dah jalan cerita. Tapi AWAS, tidak semua digarapkan ke dalam filem, banyak telah diringkaskan, dan keringkasa ini perlu.. sebab baca novel pun kita amek masa 4-5 jam kan.. termasuk break pegi solat, makan mandi.. itu kalau full time, kalau part time emak-emak macam saya, seminggu belum tentu abeh. So penulis novel ni Fauziah Ashari, minta mahap ye, kekecewaan anda ke atas hasil filem ni tidak berasas, saya kira Osman Ali serta team dia sudah buat sekemas yang mungkin, tahniah bro!! Saya rasa mencabar sangat bagi seorang director untuk nak hasilkan karya filem dari adapdtasi novel, kena bijak dan kreatif untuk hasilkan karya yang malatops.
Kalau digarapkan tidak bijak, hancuslah, itu yang terjadi dalam Lagenda Budak Setan. Kecewa giler nengoknya. Itu sebab masa saya nak pegi tengok Ombak Rindu, tak mau letak harapan tinggi-tinggi, walau dah baca review dari wartawan, dan beberapa blogger ulasan filem, kata karya terbaik Osman, lakonan terbaik Maya, dan lakonan terbaik Aaron Ajis. Dan saya kira kalau tak baca novel lagi bagus untuk tengok filem ni, sebabnya banyak kita tau, banyak pulak tanda tanya, macam eh dalam novel, Hariz ada adik, eh dalam novel Pak Dolah sorang je tau pasal Izah, isteri dia tak tau, sampai tuduh Pak Dolah skandal ngan Izah, tapi dalam filem lain. tapi saya ok dengan itu, kerana Osman Ali garap dengan sangat baik.
Babak-babak mula dimulakan dengan babak Izah mengajar anak-anak kampung mengaji,
balik dari surau, Izah lalu kawasan bendang, dan mail yang sedang layan budak-budak main wau di bendang. gila cantik pemandangan kat sini, ada babak di mana Mail suruh Izah tulis nama dia kat Wau, dan suruh Izah tulis nama Izah kat situ juga, tapi Izah tak mau, dan masa inilah Mail bagitau dia sayangkan Izah. dan Izah cakap dia sayang juga, tapi sayang sebagai kawan. Walaupun Izah tak kata dia balas cinta Mail, tapi Mail happy-happy dan jerit-jerit.. "dah bagitau.. dah bagitau.. dah bagitau.." cute sangat babak ni, pemandangan sawah bendang, dengan latar gunung jerai begitu nostalgia.. (kalau tak silap ni area Gunung Kriang) sebab selalu lalu sini juga. Secara otometik, rindu pada kampung halamanku nun di Kedah sinun.
Masa ni Izah lepas trauma kerana Hariz marah sebab ingatkan Izah mengandung, memag real ketakutan Izah bawakan, Maya Karin, awak terbaik!! Masa ni Hariz sudah terbuka untuk menerima Izah, dan dia mencari Izah yang membawa diri. cuma agak kelakar pulak, sebab masa Hariz mula sampai nak pujuk, pantai surut, tempat mereka berdiri tu kering der air laut, eheheh tengah Hariz pujuk, tetiba sama shot dari jauh nampak pulak air dah paras betis.. ehhh lama giler Hariz pujuk. ni baru betul, dari surut sampai pasang airnya... hiks.. sedikit kecuaian dari gerak kamera kat situ.
kalau dipujuk laki ensem cenggini haku cair meleleh-leleh...
Ayork... saya faham, nak tonjolkan Izah ni naif... baik, budak kampung... tapi peliissss anak dara kampung tak pakai dah cenggini, baju kurung ok, tapi tudung cenggitu, tak moo laaa... Dhia dan Melly malah nenek Azmi dalam Tentang Dhia pun pakai Ariani ouls... filem-filem ni takkan nan hado sponsor tudung, bersepah orang jual online ke tak online.. tak der yang nak sponsor??? ishkkk rata-rata kiri kanan penonton sekitar kami semalam bising, naper la huduh benar tudung Izah ni...
awek dalam ketika cinta bertasbih pun tundung lagi cunnnnn
Ok sambung review ikut point...
Kenapa Ombak Rindu Best dan wajar ditonton selain faktor anak pak ajis yang merupakan faktor utama.
1. Kerana ia dari Novel yang best, diulang cetak berkali-kali, ia sudah cukup kuat untuk menarik penggila novel seperti saya ke panggung, ditambah faktor Aaron Azis oh formula itu sudah cukup untuk menjadi faktor penyumbang nombor satu. Ia adalah tarikan pertama. (tarikan pertama ye, bukan utama). Setelah menyaksikan Lagenda Budak Setan hancur, saya menaruh harapan untuk menonton Ombak Rindu dilayarkan. Yes. Osman Ali menjadikan ianya hampirrrr sempurna.
2. Osman Ali (OA)
Osman Ali sudah cukup memikat hati saya dengan SURAT UNTUK BULAN tahun 2005 yang sungguh buat saya rasa gila pada waktu itu, saya rasakan eh best giler telemovie ni, patut buat filem la.. dan kemudian dari itu, kalau ada nama Osman Ali as pengarah saya akan mark untuk menonton walau tidak dipanggung akan tengok dvd, atau di tv. dan selain Surat Untuk Bulan, filem Anak Halal antara lain yang saya suka sangat-sangat. Babak-babak scene atas bumbung flat amat menarik la saya suka. Osman Ali punya kekuatan untuk kuatkan jalan cerita dia dengan nila kasih sayang kekeluargan, persahabatan dengan sangat baik.
Surat Untuk Bulan, Cun, dan Anak Halal cukup kuat untuk tujuan itu. Dan Osman Ali sangat saya kagumi kerana tiada sifat Urban dalam diri dia untuk dibanggakan. Latar belakang babak-babak yang beliau tampilkan berjiwa kampung. tak semua pengarah ada nilai tu. Sawah padi adalah latar kegemaran beliau, jiwa Kedah kami ni kebal. Ya saya akui, anak Kedah mempunyai semangat 'padi' walau di mana mereka berada, sejauh mana kami pergi. hahah tetiba patriotik pulak. Dalam Cun itulah latar filem ini, begitu juga Ombak Rindu. Osman Ali mempunyai satu profil yang tinggi, dia meletakkan satu bench mark untuk dia sendiri. Prinsip saya, tengok dulu siapa pengarahnya, itulah penentuan kenapa saya akan menonton. (kecuali untuk filem KL Gengstar, walau tak suka filem anak pak usop, tapi pegi tengok pasai ada anak pak ajis)
3. Babak-babak disusun kemas (Style OA)
Saya suka cara kamera dan babah yang OA garapkan, giler cun. walau ada beberapa babak tak perlu, ada ada beberapa babak nampak tergesa-gesa (mungkin kelebihan kepada yang tak baca novel, jadi mereka tak perasan babak tergesa-gesa) Cumaaaa filem ni lebih cantik sekiranya permaian emosi Izah dan Hariz pada permulaan mereka berkahwin itu dipanjangkan.. kamonnn la... kasi la 5 minit extra untuk menonjolkan 'kecairan' Hariz dan Izah sedikit demi sedikit, uhuhu tader babak Izah masak paprik kesukaan Hariz.. sepatutnya lama kan sikit babak Hariz dera emosi Izah, dan Hariz cair dengan Izah, itu momment penting. Babak Hariz cair cepat sangat belaku. tapi momment paling cantik ialah masa part kat kenduri rumah Pak Dolah. masa hariz ikut Izah masuk bilik dan melepaskan kerinduan amat sangat, memang terasa ke dalam jiwa jiwa rasa itu, dan menitis air mata jantan anak pak Ajis weiii aku pun cair juga... ini momment paling kuat dalam filem ini, dan bacala tulisan pengulas tonton filem saya petik dari blog beliau:
"Keduanya, ada satu babak yang sungguh meyakinkan, Osman mensengajakan ia tidak berunut bunyi untuk menyatakan "kuasa" babak itu. Ini adalah babak meyakinkan Aaron yang menunjukkan kerinduannya terhadap isterinya Maya di dalam rumah Pak Lah yang sedang buat kenduri doa selamat sebelum pergi Haji. Babak ini antara kekuatan filem ini, memaparkan kekuatan melodrama dan apa yang cuba diketengahkan dalam satu-satu filem sebegini. Beberapa nuansa kecil tetapi membawa lapisan berlaku apabila kita memahami nanti mengapa Pak Lah benar-benar menangis dan terharu. Ini sebuah babak sakti filem ini."
well said.. itulah saya nak kabor tapi aku tak reti..ehehehe erkkk tapi masa babak ni apesal hariz pakai baju batik, macam nak pegi mesyuarat belia.. oh again salahkan pengarah coctume, skema gile dak hariz ni..
Itu faktor kenapa filem ini best, dan secara kesuluruhan saya point kan secara ringkas
Sinematografi
Memang best. superb dan terbaik.. shot semua menarik, gila la.. selain tak puas dengan lakonan hebat pelakon, kita juga tak puas menatap keindahan dipaparkan. memang terbaik. cantik.. puas hati.
Lokasi
Pemilihan lokasi memang terbaik, kalau dalam novel digambarkan Izah di kurung di apartment, privacy kan, tapi dalam novel, dia di kurung di sebuah rumah kayu tepi pantai, erkkk sunyi, tak takut ke Izah dok sorang-sorang.. ermmm tapi apa pilihan Izah ada kan?? boleh dimaafkan disitu, walau agak tak berapa logik, sanggup hariz nak tinggal perempuan dok sorang-sorang, erkk tapi dimaafkan juga sebab hariz jahat awalnya kan.
Props
Oklah, gambar-gambar kenangan, wau sebagai lambang keseronokan, kegembiraan berada di kampung dalam bermain riang ria.. Jam tangan simbolok kasih sayang Hariz dan Izah, bagaimana Izah mendapat jam tangan hariz, yang mahal dan bernilai, dan Hariz mendapat jam tangan murah Izah, (erkkk tapi apesal Izah pakai jam tangan lelaki awal tu ek, jam yang diserahkan pada Hariz, ok dimaafkan sebab dia miskin tak mampu berli, mungkin itu jam tangan diberi orang)
Jam merupakan unsur perlambangan yang kuat dalam filem ni, bagaimana kasih sayang bertukar ganti.. dan selepas dari koma hariz bertanyakan ibunya mana jam tangan dia, dan bagaimana jam tangan Izah pakai jatuh dalam air semasa naik sampan dengan mail (erkk apa motif izah bukak jam tangan tengah sungai, dan kemudian terjatuh pulak) dan kemudian Mail selam dan dapatkan balik jam tangan tu. Dan masa akhir babak, kamera shot hariz dan izah berpelukan, dan fokus pada tangan mereka, jam ditangan masing-masing.
Lakonan
Saya akui anak Pak Ajis memang seorang pelakon yang hebat, dari abang long ganas dalam KL Gengstar dia tukar mood jadi ganas, dan dalam masa yang sama jatuh cinta dan cair. Air mata dia betul ikhlas keluar, dan menyebabkan kita menonton juga ikhlas menangis.. tidak dipaksa oleh mereka.
Maya Karin-no doubt, kalau tahun depan dia boleh dapat award pelakon terbaik. she deserve it, walau muka urban tak boleh blah, tapi kita maafkanlah muka urban dia melakonkan watak budak kampung. kerana karektor dia bawa sudah benamkan wajah urban dia, dan transform dia jadi IZAH.
Lisa-wowww garang juga makcik kecit cute ni, berbakat.
Bront-woooooo u go mannnnn dia memang bersahaja, dan berbakat besar, tapi awat hang suka gigit temucut dalam filem ni... ishkkk tp cute...
Azizah Mahzan-sorry makcik, streotype.. itulah cara, perlakuan dia bila bawa watak begitu, oh again plis.. memang bosan over doing it la, lenggok badan, memek muka dan bengis sombong tu keterlaluan, mungkin masanya kita bagi watak begitu pada orang lain.. makcik maimon talib lagik best gamaknya, lebih bersahaja, dan tak nampak tengan berlakon sangat macam Azizah Mahzan ni.
Baca ulasan lain.
Cikgu Man
sile tonton
OST filem ni.. best... suka... tapi setuju juga, ada ketikanya OST tak kena dengan babak, patut kena dengan lagu lain.. erkkk saya suggest, masa babak hariz tinggalkan Izah nak kawen ngan Mila, dan babak Hariz tinggalkan Izah sekali lagi selepas fitnah emak hariz tu, lagu Dadali Band-DIsaat aku mencintai dirimu sangaaatttt sesuai...
sooo ape lagi, pegi tonton...
8 Komen:
Welawei.. baca entry ni rasa mcm tak sabar2 je nak gi nonton..
mak oiii...x sabar nak tgok la...
Ada part yang kurang logik di situ. Mungkin silap kot...
Masa Hariz telefon Izah menggunakan telefon rumah tapi yang keluar di telefon izah adalah no telefon HP.
Dan..
semasa anak pak ajis kegemaran pnut kata 'Kau suka tak aku memegang bibirmu seperti ini'...ada penonton yang balas dengan riang di belakang saya 'Suka suka suka'...hahahahah!!!
jom review anak pak ajis secara berjemaah... hehhehe
kak pinat.. saya pun tak sabar nak tengok cerita nie.. novel pun rasa few times baca, cuma yg sambungan novel lepas tu kureng..
nie nak cerita, malam tadi ada ulangan telefilem Sepi Angin ke Kota London, jadi pagi nie google balik..walaupun dah kali ke-3 tengok.. masa google jumpa fotopages kak pinat jumpa ngan Akbaq.. waaaa.. bestnyaa.. mcmana kak pinat boleh kenal akbaq (helmi nama betul)..
Nic-kenal helmie dari blog ni juga, dia pernah drop komen kat sini, pastu kami contact tru email/ym... dan rapat sampai hari ni.. Alhamdulillah, bertambah kawan...
kak pinut.. kirim salam kat dia ya.. saya suka sangat2 cerita Sepi Angin ke kota London tu. Teruja sangat-sangat malam tadi dpt tengok ulangan.
Masa tu rasa tak follow lagi blog akak kots..
Wah, mood romantik akak tak datangla tengok filem ni. Tak sampai tahap harapan akak dan kelojikan akak ku ini. Kesian Aaron...kalau Adi Putra atau Fahrin lagi gempak kot...
Post a Comment