Friday, July 15, 2011

Berangan itu percuma


Verangan itu percuma kan? tak salah nooo kita berangan macam kita ada duti berkepuk sampai tak tau nak buat apa.. kan??

Ishkk bestnya kalo dapat buat cenggini ye kandaaaaaaa... Idaman tu, nak dapur yang bercermin gitu.. alahaiii masa renovate rumah dulu tak terfikir nak buat macam ni.. nyesallll... sekarang dah berkitchen kabinet bagai kat dapur tu, cemana nak buat dahhhh huwaaa... Ada satu jiran satu taman ni, rumah dia row depan, laluan masuk ke perumahan kami ni, banglo setingkat, cantik rumah dia, buat konsep glass macam ni, dapurnya ada sliding door, tingkap, dan beberapa panel kemasan dinding dari kaca, dari tepi jalan, memang nampak country/english style.

Pastu belakang rumah buat garden cam ni,

Kalau round kat kawasan sekitar banglo setingkat kat perumahan saya ni syiok gile, seronok tengok rumah diaorang dah transform memacam patern jadinya. Rumah asal kecil, tapi tanah luas, jadi ada yang dah naik jadi banglo dua tingkat, ada yang buat ala klasik, senibina kayu berukir sana sini, ada yang very country, ada yang retro.. banyak duit depa noooo. Hasil risikan katanya ramai pembeli banglo-banglo kat sini adalah bekas-bekas embasador, atau diplomat yang beli banglo-banglo ni sebelum diaorang pegi posting dulu, masa tu masih rumah, banglo ssekitar bawah 200K pun boleh beli. Balik dari luar negara, duit banyak, tambah elaun lagi, terus jadi mahligai rumah depa.

Hari ni tengok suratkhabar, ada iklan pemaju yang sama saya beli rumah dulu, jual rumah banglo 2 tingkat, rega, 900K ke sejuta, gurlppp gila orang kaya je boleh beli. Area baru ni depa letak Puncak Pinggiran Putra, kami pulak Desa Pinggiran Putra, cisss... jurang perbezaan disitu, dua kasta betul. Pemaju dah pandai, jual rumah mahal dah, dulu masa kami-kami beli semua rega rumah bawah 200K je, sekarang owner asal untung sekali ganda, beli rumah tahun 2000-2002 harga 130-150K, sekarang, value dah cecah 335K (ingat tak iklan rumah utk dijual saya letak last week, ower tu kata dah terjual RM335K) banyak untung tu? Beli dulu katakan RM145K, perghhh gedebuk gedebak, tolak duit loyer itu ini... tolak baki loan kat bank.. koman-koman 150-200K dapat kat dia... kalau dapat 200K, kalau dia dapat balik kampung kalau dah ada tanah, boleh buat banglo dah dengan 200K tu.




Ni kalo menang peraduan Shell ke.. Petronas ke.. atau menang cabutan Sijil Simpanan Premium ke on je ni hehehe, ni asyik menang loteri yang dihantar ke email tu je... kot ye betul lucky draw, bebetul, kaya raya acik dah hasil menang lucky draw loteri tu.. ahahah
Percuma kan berangan... tak perlu bayar. jadi sila..sila.. berangan la korang apa jua korang angan-angan.. dalam filem Sang Pemimpi, salah satu dialog, "bermimpilah, kerana dengan bermimpi baru kamu berusaha mencapai impian kamu" kan..kan...

5 Komen:

mama4A's on 11:23 AM said...

betul tu kak nas... angan2 tu percuma jer..
arwah mak sy selalu ckp.. biasakan diri berangan.. bila ada angan2.. tk langsung kita akan usaha ke arah angan2 tu.. hehehe..

insya-Allah ada la tu akak nya sijil premium kena cabut nanti.. :) leh realisasikan impian..

psst: at least dh duk umah banglo.. sy masih lagi dlm angan2... :)

AuntieYan on 12:03 PM said...

Salam P-Nut,

Memang!!!! berangan memang seronok, lebih seronak bila menjadi kenyataan.
Kabinet tu boleh tahan juga,Kak Yan tak berapa suka yang bercermin, sebabnya....ha!...ha!...tak rajin nak berkemas dan satu lagi tak tahu apa pulak yang nak dibubuh kat dalam tu...kalau ada pinggang mangkok Vatage, Queen Anne ke...ok lah...ini takat nak boh pinggang dapat percuma bila beli ubat gigi...baik le tak payah kan....

p/s: Khas untuk P-Nut, cer gi blog Kak Yan....

Zareda Norman on 5:13 PM said...

bes berangan kan.. hehhe zar pun sll gak berangan nak rumah ala ala resort.. smeua kayu.. tunggu time pencen ler.. tebang dua tiga batang pokok chengal pas tu buat rumah.. hahaha

ieda on 4:35 AM said...

seronok tgk orang renovate rumah gila2...kat sini ada sebijik..teres biasa corner lot.jadi banglo mcm zaman inggeris,besar gedabak.lawa.

Anonymous said...

Fuhhh..bestkan berangan kak Pnut...saya berangan nak rumah ada view cantikkk..dpt view laut ker best gak...ada anjung atau taman leh minum2 tea..leh duduk2 berchenta dgn hubby(berangan gak ni) sambil tgok sunset/sunrise ker...adeehhh...syahdu

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino