Macam mana saya boleh lupa? :-( sedih.
Bila tengok Maksu bebudak ni letak status kat FB baru saya teringat.. ermm tak per abah, walau terlupa tarikh ini, tapi ingatan dan iringan Al-Fatihah, dan yassin Insya-Allah tidak terputus saya sampaikan pada abah.
ni maksu tulis, saya sebak baca. uhuhu
saya kan pernah cakap, Maksu ni hidup dia selalu berkat pasai dia taat. Saya akui, dari kecik dia berdikari, hidup dia tak sama macam saya, saya walaupun yang sulung, tetapi semasa saya membesar, abah ada bersama saya, Maksu walau bongsu, tapi dia lebih berdikari. Dua adik saya lagi tu, huhhh tak boleh harap, jaga diri sendiri pun tak lepas, walau dah beranak pinak. Cuma maksu yang saya dan emak percaya. Itu sebab saya selalu 'kalah' dengan dia, sebab kekadang saya malu kerana saya sendiri tak dapat 'membantu' macam dia membantu. Itu sebab saya tak berkira dengan dia, motor dia saya belikan, sebab saya tau dia akan gunakan motor tu untuk bawa emak ke sana sini, bukan menyalah gunakan motor tu. Saya bantu dan support bisnes dia mana boleh bantu.
Walaupun bisnes dia kecik-kecik buat bakeri dari rumah, tapi Alhamdulillah, rezeki dia tak putus-putus, dia dapat offer keja kat sini, jadi junior bakers, tapi bila saya kata tak payahlah, kesian mak, dia akur. Dia tak fikir kepentingan diri dia, itulah walaupun dia tak senang, tetapi hidup dia tak susah. Dia tak berkira dan pandai urus duit, ada duit, dia tak gila beli gadget macam budak muda seusia dia, dia pakai henpon apa ada saja, boleh sms, boleh terima call, dah cukup bagi dia. Dia pakai apa ada, kasut pasar malam dia ok, baju pasar malam dia ok. Makan apa ada dia ok. Dia si bongsu yang matang. Dalam usia muda dia, dia pulak bantu menyara anak-anak sedara saya yang emaknya bercerai, dan bapak bebudak tu tak peduli. Dia yang tengokkan kerja sekolah budak tu, dia yang pi amek bebudak tu balik sekolah, dia uruskan kalau masa emak budak tu keja, time emak budak tu sesak, dia juga keluar duit beli susu, pampers, tiap bulan saya akan masukkan duit untuk bantu perbelanjaan, Alhamdulillah, rezeki saya ada lebih saya akan kirim lebih, dia yang akan manage duit-duit tu sewajarnya.
Macam dia kata, di usia 14 tahun di kala kawan-kawan sebaya dia lincah ke sana sini, dia bergilir duduk kat rumah dengan emak uruskan abah yang sakit terlantar. Dia ke pekan uruskan pembayaran bil api dan air, bagi duit kat abang dia yang tak boleh harap, duit lebur, bil api tak bayor pon. Sudahnya hanya dia yang emak harapkan. Mak sakit, dia ke hulu ke hilir carikan orang tolong bawa pegi klinik kalau emak tak larat nak naik motor. Itu pun motor tu buat saya sakit hati, pasai si abang tak berapa cukup akai dia suka pinjam. Itu motor saya beli tak kata pun nak wakaf kat org lain. Orang tak berapa matang macam tu la. tak reti berfikir. Maksu pulak jenis beralah, tak reti melawan. atau malas bising.
Saya doakan maksu akan berjaya. Doakan dia. Dan Al-Fatihah buat arwah abah.
2 Komen:
saya kagum baca cerita maksu awak...susah nak cari anak bongsu yang begitu matang...semoga maksu sentiasa sihat dan beroleh kebaikan sepanjang masa. Al Fatihah buat arwah abah awak...sedih pulak saya sbb terpaksa burn tiket flight balik KB utk teman abah saya ke hospital sbb ada program PM
cm
Bukan senang budak umur 14 tahun ada rasa tanggungjawab terhadap keluarga syabas!.
Semoga beliau semakin tabah... Inysaallah.
Post a Comment