Selsema, sakit tekak, dan rasa cam nak demammmm je.. mentang tarif letrik naik, walaupun katanya tak membebankan.. terus demam haku.. ye la bakor kek pakai oven letrik. Adoi.. terima kasih atas kenaikan, kami bersyukur.
ni baru lepas telan ubat selsema.. terasa ampeh.. ngantuk semacam jek... benci betu la... nak pejam je rasanya, td dah siap tersenguk-senguk dah.
Oh Ya, tahniah abe Salleh Yaakob.. sudah penuh kuota ek... pandai mengayat.. bini muda malatopsssss.. bak kata dj zizi dalam radio Surai FM pagi tadi kat haling semang.. "kita satu pun takder Halim.. SY sampai 4" hahahaha.
Moga tiadalah hati-hati yang terguris kot ek.. saya respect lelaki berpoligami dan isteri-isteri aman damai dan rukun hidup mereka, kagum siot..
Dalam hidup kita berwarna warni.. penuh drama, kejutan dan skrip, cuma bezanya pengarah kita ialah Allah Taala, yang kita sendiri tak tau ketentuan kita macam mana, kalau berlakoj drama, kita ikut skrip dan arahan pengarah, tapi in real life, kita nak ikut arahan dan skrip siapa?? semua sudah ditentu sejak kita dalam rahim lagi.
Ada kawan-kawan saya yang sama-sama sekolah dulu, sama-sama belajar kat universiti, sebaya-baya saya, sampai hari ini belum bertemu jodoh? Bukan mereka cerewet atau terlalu memilih, tapi belum sampai jodoh gamaknya. Mereka ciptakan kebahagian mereka dengan cara mereka sendiri. Mereka berjalan melancong sana sini, sampai kita pulak cemburu, aikkk tahun lepas pegi london, tahun ni nak pegi Spain? rezeki masing-masing.
Ada kawan lain pulak dah bertemu jodoh, tapi bertahun-tahun berkahwin masih mengharapkan zuriat sendiri. Belum diberi peluang. Siapa yang tak sedih, bohonglah kalau mereka pasrah dan tidak kisah, saya yakin tak banyak sedikit, terdetik di hati mereka kan best kalau ada anak... Pernah seorang pembaca blog saya ni email saya dan luaha hari beliau, sedih sgt, bila time raya, kawan-kawan opis, ipar duai, sibuk shopping baju raya anak-anak, saya tengok je.. kata dia, bila pagi raya, orang sebok mandikan anak-anak, siapkan anak-anak, bawa anak-anak ke masjid, dia berdua je dengan suami dia. Saya yang membaca pun sedih, dan berdoa agar dia diberi peluang mendapat anak sendiri.
Yang sudah kawen, ada anak bukan satu, dua, malah tiga empat, tapi masih lagi duduk menyewa, belum mampu beli rumah. Kat Lembah Klang ni, rega rumah mahai sangat-sangat, nak beli apartment tak sesuai anak berderet, dan teringin nak beli rumah teres, nak beli rumah teres, mungkin boleh buat loan beli rumah, tapi kenangkan sebulan kena bayar abeh separuh gaji, terus tak jadi, maka menyewalah dulu, sedangkan harga rumah makin hari makin naik.
Dugaan kita ni macam-macam dan pelbagai, kalau kita rasa malang sebab diri kita diuji, kita pandang keliling dan lihat, ada orang lagi teruk ujiaannya dari Allah, bahagian kita tu tak der la besar mana pun. Ada orang ada zuriat, tapi anak mereka sakit, perlu pembedahan sana sini, mendapat penyakit kronik, dan sebagainya Tanya pulak diri kita, andai kita yang diuji Allah begitu, mampukah kita lalui? mampukah kita bahagiakan masa dengan kerja, dan nak uruskan anak2 yang sakit kronik ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, dia tahu yang terbaik untuk hambaNya Pernah tak kita terfikir, itulah hikmah Allah kadangkala dia tangguh doa kita, atau dia tidak makbulkan doa kita. Ingat tak dulu saya post Allah answer doa in 3 way, he saya yes, and give what we want, he say wait, and he say no, and give u something else.. (gitu la lebih kurang)
Kepada kawan saya yang kesedihan dan dirundung malang, saya doakan emosinya cepat pulih, dan tabahlah hati. Jangan merungut bila diuji, redha dan anggap itu adalah ujian Allah, kita doakan Allah beri kita ketenangan dalam menghadapi hidup, biarlah kebenaran itu datang dengan sendirinya, saya doakan awak.. tabah ye kawannnn...
10 Komen:
lumrah dunia kan kak..
masing² ada bahagian masing²..
lebih org kat situ, lebih kita kat situ cmtu gak sebaliknya...
abgjem..salute sama lu! hua hua hua!
*entri baru Lotih-tren-rosak..
di mana pun 'kedudukan' diri....pasti akan ada yang 'lebih'...pasti jua akan ada yang 'kurang'....
biar apa pun kurniaan daripada Ilahi....ianya adalah ujian...yang perlu ditempuh tiap makhluk yang bernama manusia....yang diberikan pilihan dalam menerima.....
kerana tetap yang saling membezakan...di sisi-Nya.....adalah iman dan taqwa....pada-Nya yang Maha Esa...Maha Mengetahui..Maha Mengasihani...
Dia yang tidak akan sesekali menzalimi....dan Dia juga tidak akan sesekali memungkiri janji...
semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
Touching lak rasenye membaca post ni...apapun sebagai manusia, kita kena redha dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah, semuanya ada hikmah tersembunyi disebaliknye...
tacing la kak baca entry hat ni..
dah berkaca2 plak dah mata ni..
huhu
ujian Allah bagi kat kita semua tak sama. senang sini, susah sana, yg penting, kena terima dgn redha ujian Allah, mesti ada hikmah.
entry kali ni terasa sampai je jantung. sayu ja rasanya..
terima kasih kak. ingat mengingat kepada kebaikan. iyelah, kekadang bila gagal dlm satu2 hal, kita mula rasa down. yang penting muhasabah diri kan kak..
Auntie hidup dah setengah abad, macam2 ujian auntie lalui..kus semangat..semua nya auntie dah lalui,auntie dpt lalui nya satu persatu dgn tabah..Alhamdulillah
and now my health..still auntie bersyukur setiap detik..
Allah Hu Akbar
Bagus entry ni. Mmg semua org ada ujian dlm kehidupan. Yg membezakan ialah bagaimana kita menghadapi ujian Allah itu. Ada org yg dah amat berusia tak berkahwin lagi, adik2 semua dah kahwin, ada anak sedara ramai, tapi dia x pilih utk sedih berduka, disalurkan segala tenaga, kasih sayang pada anak2 muridnya, anak2 saudaranya. Tanyalah anak2 saudaranya mana yg tak sayang makcik dia yg sorg ni. Kalau hari raya, dia x de anak nak belikan baju2 raya, dia belikan baju2 utk anak2 saudara. Pagi raya org sibuk mandikan anak2 sendiri, dia ringankan tulang, menyiapkan anak2 saudaranya yg kecil2 nih... Tanyalah anak2 murid mana yg tak sayangkan dia... tak pernah lokek wang ringgit, tak pernah lokek tenaga dan telinga mendengar segala keluhan... Org mcm ni kita sentiasa doakan syurga lah balasannya...
saya sangat sedih baca entri akak ni.mengalir air mata.saya sedang ditimpa dugaan yang sangat hebat. suami saya eksiden patah kedua-dua belah kaki dan bahu. 3 bulan duk di wad. belum lagi boleh berdiri dan skang cuma baring dan duduk.kencing berak semua atas katil pakai alas dan tadah. saya anak 2 orang kecik lagi.sorang 9 bulan sorang 3 tahun. berkerja lagi. lepas suami kuar wad terpaksa duduk dengan keluarga mentua untuk tolong jagakan suami masa saya kerja.ayah saya pula tengah sakit. semalam pulak emak saya eksiden dengan kakak saya. emak saya patah di dua bahagian tulang belakang. kakak mujur ok takde ape.banyak lagi dugaan yang saya segan mahu cerita.ya Allah berat sungguh dugaan mu. semoga saya tabah ya Allah
Kak Pnut saya suka baca entry ni, baru2 ni saya diaibkan kerana status andalusia saya ni. Subhanallah bukanlah saya meminta. Tapi saya bersyukur dengan kedudukan diri saya didunia ini, dengan segala masalah yg telah Allah tolong selesaikan untuk saya dari dulu hingga sekarang tak mampu saya nak mempersoalkan apa saja kurniaanNya. Terbaik. Bersyukur dan Redha. Amin :)
Post a Comment