Wednesday, April 06, 2011

Pondok anak-anak dan lempeng oat


Pnut Inn

Petang-petang, kawasan rumah kami adalah dipenuhi kanak-kanak, kawan si Adik. Ni sebahagian je ni, ada lagi yang belum sampai port.


tengok pic dia sengih ke main, bila orang nak amek gambar dia. yang budak lelaki gebu ni, taiko oooo kalau nak barang Alesya main rampas je.. eheheh Alesya ni fragile... lembut dan sensitif.. biasalah anak bapak.. menangis la... tetapi sekarang garang sikit, dah pandai dah 'gaduh' tak kasi barang dia, terutamanya basikal dia. Ni bebudak yang tiap petang akan lepak, main pondok-pondok depan rumah, kekadang main cikgu-cikgu, kekadang main masak-masak.. cute je... termasuk si kecik yang tak berapa pandai main pun join sekali, si Alesya.

Si bucuk manja Alesya ni... notti.. bakuk baju ni memang dia suka masuk melepak-lepak.. semalam jatuh tergolek dalam bakul ni..hahah tapi budak lasak, tak der herannya sakit sikit-sikit.. seriuslah, budak ni berani cemana tah... Kalau budak lain kena kurung dalam bilik gelap sure menangis meraung selamba je, wat derkkk jek.. Kekadang kami keluar berjalan-jalan, sampai malam, rumah gelap, baru bukak pintu, dia meluru masuk, siap naik basikal dia dalam rumah lagik. lampu pun tak sempat kami buka.
Budak berani dan tak takut orang.. Bak tagline susu Enfagrow dia "stronger child learn more" memang berani dia ni. Kena salurkan keberanian dia ke arah yang betul. Abang dia pun penakut dok dalam gelap, tido pun bukak lampu, budak ni tido sorang-sorang dalam bilik, tutup lampu no hal.

Ok disebabkan takdak modal nak update, gua mau kongsikan resepi sehat diet..

Lempeng oat. Tengok kandungan kalorinya.



Beli la satu penimbang digital ni, berbaloi selain masak memasak, kita boleh sukat makanan kita amek. Contoh saya buat lempeng ni pon timbang, tepung 200gram, = 692 kalori (tinggi kan?)
 
best penimbang digital ialah, kita boleh letak bekas, then tekan on, bacaan akan jadi kosong, so boleh terus timbang tepung begitu.

Ok timbang 200grams. then tekan on balik, bacaan jadi kosong balik, so leh terus timbang oat.
campurkan 100 grams oat (gambar takder, maleh dah amek) 100 gram oat 376 kalori

pastu boh bawang dirisi-hiris, campur air, dan garam, maka jadilah lempeng oat. Best sedap.
Tu belah kiri tu, timbang red guara coffee-10gram je, (separuh paket) agar kalori diambil kirang dari 50 kalori.


makan dengan sardin hancur (masak le dulu boh bawang sikit, nak lagi best, dadukan kentang, tomato, timun kecik-kecik, banyak-banyak, boleh masukkan sekali, ni tak letak apa-apa sebab abeh stok)

 Atau secara mudahnya gini jek.

200 gram tepung
100 gram oat
Sebiji bawang dihiris2
air dan garam secukupnya.. (biar cair sikit, jgn pekat-pekat kang liat)
*kalori count 1,068 (ahhaha tinggi kan?) 

tapi jangan le bimbang beno, takkan korang makan sorang kot... ni leh dapat lebih 10 keping la.. makan sekeping pon dah kenyang... so anggaran sekeping tu adalah dalam 100++ kalori sajork.. sama lebih kurang sekeping capati. buat sarapan atau mkn malam jam 7 malam orait dah tu, kalori sardin pun tak le tinggi sangat... so lebih kurang dalam 300-400 kalori gitu.. (masih tinggi la kalau ikutkan, tapi oklah la dari makan nasi 200-300 kalori, tak campur sayur, ikan, ayam, mau dekat 600 kalori.. dua keping roti putih tu pun dah 150++ kalori dah. ingat, jangan ekstreme sangat berdiet. dosa tu...ahahahah

4 Komen:

Nour El AiN on 1:43 PM said...

ahahahaha
suka sangat dengan tagline k p-nut
"Jangan ekstreme sangat berdiet. dosa tu" heheeh

terima kasih la bebanyak coz post entry lempeng oat tuh.. hbs time induction ni nanti nak try buat bekal g opis.. nih baru hari ketiga buat atkin diet kepala pun rasa berdengung padahal dah makan pun sepinggan salad + sehiris ikan tongkol bakar.. huhhuu
k-pnut .. Eskrem dgn whipped cream boleh mkn tak time induction ?

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ on 4:44 PM said...

leh buat esok pagi..thx cik pinat sharing resepi kat sini..

i likeeee it!

Marina Monroe on 5:54 PM said...

Sedap bila makan dgn sambal sardin..he he he

fa10 on 8:52 PM said...

seluar encik asben dah londeh sejak ikut diet etkins ni...
cik isteri pula suka hati sbb x perlu masak.. hari2 makan salad n lauk sajo, horaayyy!!!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino