Thursday, March 24, 2011

Tahniah pada yang berjaya SPM..


Tahun lepas-lepas... eh ke tahun-tahun lepas?? mana satu betoi??
tulung habaq sat...

ok tahun lepas-lepas, time result SPM, banyak suratkhabar akan letak pic-pic mereka yang berjaya di muka depan. Tapi ini tahun berita skandal seks dan pendedahan Datuk Trio menguasai semua muka depan surat khabar. Ya itulah cara kita meraikan kejayaan pencapai terbaik sepanjang 4 tahun SPM ni. Ini tahun kita kasi chance pada Datuk-datuk mewarnai keghairahan keglemeran berbanding anak-anak kita yang berjaya itu.

Tahniah kepada pelajar yang cemerlang... kredit untuk guru dan ibu bapa disebalik kejayaan seseorang pelajar itu. Bagi yang berjaya mudah kerana peluang nak sambung belajar bersepah ada, bagi yang tak begitu cemerlang, kena mengintai kursus dan peluang untuk belajar kemahiran. Don't worry bebeh, Malaysia sekarang banyak kursus kemahiran.. parents jangan risau dan gusar ye... pandai-pandai emak bapak korek pontensi diri anak-anak sendiri agar anak-anak ni tak keciciran dalam mengejar kejayaan dalam hidup. Jangan lupa, ramai diantara usahawan, malah petani-petani moden yang dok tanam sayur, jagung, pun kayo rayoooo, tak semestinya kena pakai kot, pakai tie, baru leh jana income ribu riban sebulan, yang pakai boot pua chu kang, pegang cangkul pun leh jana ribu riban sebulan.

Budak-budak sekarang makin ramai yang bijak bistari, saingan cukup sengit, bersepah budak dapat A berderet-deret. yang dapat 5-6 A pun belum tentu dapat tempat buat matriks ke apa, silap-silap dapat masuk politeknik je, politeknik sekarang pun bukan macam dulu-dulu, pilihan  terakhir orang, poli sekarang dah naik taraf, sijil dan bertaraf diploma, diploma pun diiktiraf dan diakui. Bagi saya kelassss lagi masuk poli dari masuk kolej-kolej swasta yang tak berapa uuumppphhh tu. Jenis kolej swasta yang offer buat medic dengan 5 kredit SPM?? apekaaahhhh????

Sebut pasal anak-anak muda remaja ni kan?? risau kan nengok kat shopping complex bersepah budak jantan betina tak senonoh... yang jantan pakai tah macam hapa.. ada bertindik sana sini, yang betina pulak londeh sana sini, pelik haku.. tak kira le tetek sejemput ke tetek selambak, berebut-rebut nak tayang. kekadang yang kendong anak kiri kanan pon, dia punya luraahhhh ishkkkk kita nengok pon malu... donia..donia... sereemmm mak nyahhhhh... Mintak dijauhkan anak-anak kita semua dari perangai tak senonoh begitu, biarlah kalau nak nilai dari segi akademiknya anak kita tak setanding kebijaksaan anak-anak orang lain, tapi yang penting akidah dan akhlak tu terpelihara.


9 Komen:

Siti Noor Aminah on 10:49 AM said...

bukak tv pagi2 lagi dok cerita video seks dato' T. macam takdak cerita lain.


* betui, yg malas nk baca buku, boleh cari course kemahiran.

Mak Izz on 11:37 AM said...

ringkas sgt la entry ni k'pnut. kupasla lagi. suka nk bc :)

Anonymous said...

cabaran bagi ibubapa nak mendidik anak2 seimbang dunia akhirat... saya ada 3 anak dara sedang meningkat dewasa di rumah...sungguh takut...sekarang anak dara sulung mcm anti lelaki skit... siap buat statement "kakak tak nak kahwin bila dah besar nanti" saya gelakkk je la budak2...jgn nanti melebih pulak

cm

mama4A's on 1:19 PM said...

mmg takut... mudahan kita semua sekeluarga dipelihara oleh-Nya..

ZuNas77 on 4:52 PM said...

tgk kat KLCC ni mcm2 fesyen. yg jenis tak payah pakai skirt pun takpela. kalau skirt tu sejengkal je panjangnya...yg bertudung pun pakai body suit dgn legging..legging jarang siap nampak warna kulit..mcm2 fesyen..

kak naz, saya setuju tak semestinya nak kena keje kat office utk berjaya. yg mana otak business tu,baik buat business..lagi bagus..

Zareda Norman on 7:35 PM said...

tahun tahun lepas... hehhehe.. skrg 7a 8a macam tak de apa aje.. sok sok time anak anak kita amik spm tak tahulah cabarannya macam mana tapi pada yg kurang berjaya tu jgn putus asa.. bumi Allah ni luas... usaha dan jgn putus asa

Anonymous said...

dah tua2 ni br tahu susah payah membesarkan anak2

Pnut on 10:33 AM said...

GC-kekadang tu bukan pasai malas baca buku, tapi kemampuan depa tak sampai untuk cemerlang dalam pelajaran, ada budak rajin membaca, tetapi otaknya tak sampai tahap nak dapat result bagus-bagus..

Mak iz-busy, tak leh tulis bebanyak

CM-ehehe ayat standard kekecik, tanak kawen.. hiks, nanti sampai masanya sure berderet pakwe usha..eheheh

Selly-mmg takotttt... harap anak-anak kita tidak tergolong golongan macam tu

Zue-kat KLCC pusat nak tengok makhluk pelik-pelik kan?? eheheh

Zar-Anak-anak mendapat berderet A mmg harapan semua emak bapak, tapi kalau tidak berjaya begitu, bagi kita emak ni, syukur sangat dah kalau akhlak dan budi anak tu menyenangkan hati kan..kan... bijak itu adalah bonus.

Fa10-ya betul, bila ada anak sendiri baru tau kenapa kita dulu itu tak boleh.. ni tak boleh..

erma on 12:27 PM said...

kak pnut. saya slalu je terpk psl ni. kenapala bdk2 skang semakin ilang malunye..dh la buatjahat/tak senonoh, pastu bleh lak bangga tepek gamba sana sini tayang utk tontonan public. bile org nasihat mula la kate kubur lain2..kalo buat jahat pon at least kaber2 la skit.haihh..sakit ati menengoknye.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino