01-01-11
Cantik date tu ek.
saje update blog sebab date cantik..
takder kemana kami, lepak kat rumah anak beranak je.
2010-banyak memori terlakar..pahit dan manis suka dan duka..
Paling terkesan, pemergian ayah mertua saya, bulan 2 itu hari, memang terasa, kehilangan dia amat dirasai, kerana saya agak rapat dengan arwah, semasa arwah ada, selalu juga, saya telefon dan berbual dengan dia. Kadang-kadang tu, bukan pakcik gebu yang telefon, tapi saya yang telefon bertanya khabar.
Kenangan manis lain, ialah kami satu keluarga sudah sampai ke Sabah, bawa emak sekali, seronok sangat, satu pengalaman berharga sangat-sangat. Sabah yang menarik, pasti kalau ada rezeki kami nak pegi lagi. Ikutkan perancangan, tahun ni kami nak jalan ke Sarawak, tapi tak tau lagi, sebab lain tahun mau pegi Medan, cuti-cuti jalan-jalan, masa bibik balik kampung. heheheh 2011 baru satu hari, saya dan plan sampai 2012 punya program..ape daaaa..
mujur ada blog, so segala memori boleh baca balik saban tahun, and keep on writing untuk masa-masa akan datang.
Menutupi 2010, kejutan besar yang saya terima beberapa hari lepas, yang bakal merubah kehidupan keluarga kami selepas ini, tak besar, walau kecik impaknya tetap terasa. Soon saya cerita, sekarang saya masih belum ready nak cerita. Biarlah saya cool dan rasional menerima berita ini, sorry kepada sesiapa yang tertanya2. Saya belum nak cerita lagi buat masa ni, sorry. Tapi tak la rahsia sangat, sebab kat FB saya dah pong pang cerita keluar.
2011, bakal menyaksikan saya beralih arah, atau berpaling tadah. Insya-Allah saya akan lalui dengan tabah. Cuma doa saya agar saya sentiasa sihat. Saya punya condition kesihatan adalah kurang memuaskan sebenarnya, tetapi saya lawan je la, maleh feeling tak sihat memanjang. Itu sebab saya suka berjalan travel, cuti-cuti anak beranak, sebab kalau takdir satu hari nanti, saya tak larat dan tak sihat nak berjalan, at least masa muda dah berjalan, cipta memori dengan anak-anak. Manusia macam kita ni merancang je kan. Allah menentukan segalanya.
Oklah. sekadar catatan utk tahun baru.. jadilah.. sedikit cuma..
Erkkk apsal ayat semua skema? azam tahun baru kah??
eheh azam saya tahun ni macam tahun lepas gak
"NAK TUNAIKAN AZAM TAHUN LEPAS"
3 Komen:
Selamat Tahun Baru pinut.. semoga lebih sukses tahun ini...
Auntie ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru..Moga bahagia hendaknya.
Selamat Tahun Baru dan walau apa pun yang akan berlaku semua tu diatur Allah.Mungkin berat kita rasa tapi hikmahnya nanti akan terasa manis dan baik kerana Allah sebaik2 pengatur,InsyaAllah..sabar chek..Kak Wan doa Pnut okay jer forever..
Post a Comment