Tuesday, January 04, 2011

Isteri berhenti kerja? penyelesaian masalah atau menambah masalah?


Ada seorang kawan mengomel mengenai yuran taska RM250/month yang dikatakan mahal, yes mahal, tapi itulah rate normal sekarang. Ok itu bukan isu.

Ada pulak kawan kepada kawan ni (lelaki) mengomen "berhenti kerja, dan jaga anak sendiri  fulltime" ok ini isunya. Adakah berhenti kerja dan jaga anak sendiri adalah penyelesaian kepada masalah? Kalau saya la.. saya bilang kalau saya. Kalau saya tak menyelesaikan masalah, malah menimbulkan masalah pulak, maksud saya dari segi kewangan.

Berhenti kerja dan menjaga anak sendiri, adalah idaman setiap wanita. Lebih tepat idaman setiap ibu yang ingin anak membesarkan anak dengan cara sendiri. Tapi mampukan suami 'mentadbir' negara ini sendirian tanpa bantuan kewangan isteri? Kalau seorang isteri saya kira mampu menguruskan urusan rumah tangga sendirian tanpa suami, contoh dari menguruskan berak kencing anak, makan minum anak, keluar masuk hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, keluar pulak hantar ke sekolah agama, kang ambil, amalm hantar ke tuisyen pulak, sambil berkejar sana sini, masih sempat memasak, mengemas, mop lantai, cuci bilik mandi, sambil sempat lagi layan drama bersiri kegemaran. No big deal bagi 'supermom'

Tetapi bagi seorang suami mampukah dia sendirian membayar sewa/bayaran bulanan rumah? Bayaran bulanan kereta? belanja dapur? belanja anak-anak? susu, diapers? makan minum jajan bebudak? pakaian (maybe sesekali) Ok kita buat pengiraan kasar ek.

Ok mari kita belajar matematik. Soalan matematiknya

"Encik Samad berkerja sebagai seorang pegawai gomen, yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,300 sebulan" (termasuk elaun-elaun tetap yang diberikan), kirakan berapa jumlah pendapatan yang berbaki, sekiranya perbelanjaan bulanan beliau adalah seperti berikut?"

a. Bayaran bulanan rumah
(dibeli dengan pinjaman kerajaan, rumah 200K) = RM1000
b. Bayaran ansuran kereta RM=700 (kereta buatan Malaysia)
c. Bil letrik =RM80 (aircond jimat, guna malam je time nak tido)
d. Bil air = RM30
e. Belanja dapur = RM400 (termasuk gas, dan barangan bilik mandi, pencuci dll)
f. Belanja anak-anak (susu, diapers)-anak 3 orang, 7 thn,  5thn, 1 thn)
=RM300
g. sumbangan kepada ibu bapa =RM150
h. Belanja minyak kereta =RM200 (anggaran seminggu RM50) -isteri guna berulang alik hantar dan ambil anak sekolah-rumah)
i. Minyak motor (motor dah abeh bayar) RM80 (anggaran seminggu RM20) -Encik Samad pegi keja naik motor)
j. Yuran bulanan tadika anak = RM150 (tadika biasa takder brand)
k. Yuran bulanan sekolah agama anak =RM40
l. Bil astro =RM38.00 (paling basic)

Kirakan berapa baki pendapatan yang tinggal bagi pendapatan Encik Samad?

Uhuks.. cube kira.. baki tinggal tak sampai 200 ponnnn tu kira perbelanjaan paling basic tu... belum ambil kira, kalau ada dua anak demam bulan tu, nak pegi klinik gomen, lambat, pegi klinik swasta, sekali pegi berapa kena? (erkk saya tak tau, sebab perubatan kami dibayar oleh company pakcik gebu, so memang saya tak berapa tau bil perubatan kalau ke klinik)

So dalam situasi tu, wajarkan kalau disarankan isteri berhenti keja? no way man.. Isteri juga ada kemahuan dan keinginan dia, kalau masih ada orang tua, mesti teringin nak hulurkan bantuan kepada orang tua, sesekali nak juga berjalan makan angin..

Tapi inilah realitinya, kerja laki bini, gaji RM5000 sebulan pun tak der mewah mana. Belanja dapur RM400 adalah normal saya kirakan, bagi seorang suri rumah yang setiap hari memasak untuk seisi keluarga makan, dari sarapan pagi sampai ke malam malam. Minyak masak sebotol 5kg dah berapa? skrang bawang pun kemain mahal, kicap, sos?? beras?? huh.. tu kita anggap 3 anak bagi keluarga yang sederhana, cube bayangkan keluarga yang anaknya 5, dan 4 dari anaknya adalah lelaki yang berumur 17-12 tahun.. perrghhh tahap pemakanan mereka tengah berselera, emak masak telur masak kicap dengan sayur kobis goreng pun boleh makan bertambah-tambah.

Tak tau sampai bila kemelut pesta naik harga barang akan berakhir?? semua barang pun naik. Contoh diberi Encik Samad tu kira masih ok, sebab bertaraf gaji pegawai, bagaimana kerani yang separuh dari gaji tu? huh. Saya terbaca komen kat FB sorang kawan, mengenai kenaikan harga minyak masak, katanya kita masak kukus-kukus, boikot minyak masak, kot-kot turun, ehehe kalau tak turun gak, kata mereka, kita turunkan kerajaan sekarang? ada berani??? tepuk dada tanya selera.

Tapi usahlah gundah, menteri kita dah kata berkali-kali.. kenaikan tidak boleh dielakkan.. tapi barangan kita masih terendah di rantau ini. Petrol kita paling rendah, tepung kita paling rendah, gula kita paling rendah, beras kita paling rendah.. tapi agaknya pak menteri kita lupa hakikat, gaji kita pon antara yang terendah.

Ermmm oklah dah kempen berjimat cermat, kita masak sendiri ek..
Untuk kali ini, saya paparkan.. (ayat skema belia 4B Changlun) apam balik buatan sendiri yang saya buat guna kuali non stick pan baru beli.. TEFAL ouls.. dikirim kawan beli masa TEFAL warehouse sale. Mujur ku kirim beli, masa saya sampai sana pan dah abeh, sempat beli juice maker jek.

ok apam balik @Pnut Inn.
Suka sangat sebab dapat buat apam balik kesukaan keluarga ni.. makan panas-panas, bila dah sejuk pun masih lembut, erkk resepi ni saya main taram, ikut resepi waffle dulu jek.. cuma adjust sikit mengikut pakcik google sarankan. Resepi didapati dari pakcik google simple, tapi saya menyusahkan sikit, saya taruk fresh milk, guna tepung naik sendiri, ditambah baking powder dan soda tambahan lagi.

Pakcik google suruh pukul, tapi saya masuk dalam blender, kes maleh cuci mixer nanti. hiks.. ni tahap gelojoh tak berapa nak perap, patut perap sejam, tapi saya perap 40 minit je. Pakcik gebu sebok, "ma bila nak buat ni? belum lagi ke?" tips nak cepat, masukkan adunan untuk perap (cam roti, donut) masuk dalam kereta yang berkuap. Kejap je naik. dapat banyak keping juga, dengan 3 cawan tepung, so suruh bibik bawa keluar, makan dengan 'geng' dia, dan rezeki budak-budak main-main depan rumah sekalik. Nak buat lagi minggu ni, nak tabur coklat rice pulak.

20 Komen:

najmi on 10:37 AM said...

wenco, nak resepi apam balik tu.. macam sedap jer nak try buat kat rumah sewa hehehe..

Zareda Norman on 11:01 AM said...

pinut
isu ni subjektif .. kalau isteri yg berhenti kerja tu rajin cari duit dapur dan boleh urus semua hal ehwal rtangga.. memang berbaloi berhenti sebenarnya tapi kalau jenis nak pasif, nak drive kereta pun takut baiklah ko pi duduk kat opis tekan keyboard.. hehehe

kalau ikut kos of living skrag ni, kita yang ada fix income ni pun sibuk cari duit side income apatah lagi nak berhenti kerja,. masih belum terbuka pintu hati ler..

Dilla on 11:07 AM said...

wei apam balik pnut inn hampa buat aku teliur.....tatkala boring tahap gaban kat opis nih wei.....yum3x....

Nour El AiN on 12:34 PM said...

Sungguh! boleh kerat jari tengok brp ramai sangat ibu2 yg nak sgt bekerja kalau x mengenangkan segala bil2 dan yuran yg perlu dibayar hujung bulan.. menjadi impian suma... wife2 yg bekerja tuh tuk jd suri rumah sepenuh masa.. kalaulah boleh... nikmatnya hidop.. tapi!!! dah minyak sgl mcm neka brg pun naik.. yg kat atas skrang nak kena tuka jugak kutt!!

Hajjah Noraini @Nanie on 3:38 PM said...

Umur auntie dah 55 tahun..bekerja swasta selama 25 tahun.Sekarang dah berhenti sebab medical board. Auntie tak pakai bibik, Alhamdulillah..siap makanan on every meals, kebersihan rumah dan sempat lagi bergardening..
Kenalah pandai2 mengurus rumahtangga kalau tidak tu yang suami suruh berhenti. Makan minum asyik nak beli jer..
Auntie dah lalui kehidupan dan banyak tengok keliling, Yang paling best isteri berkerja..boleh beli aper nak..bila pencen EPF ratusan ribu..
Syukur..

Aini Razali on 4:26 PM said...

kak, memang kena keje.. takkan nak beli mekap mintak ngan suami??? sian kat suami. kita g blajo ni pun dia yg tanggung. adus! malu.. (eh dia yg rela hati nak bayo kan..) jgn lupa diri dah lah...

ieda on 4:31 PM said...

kalau cik abg bulan2 boleh dapat puluh2 ribu RM mmg dah lama dok rumah ja..

pnut..en samad tu tak kira lagi kalau hisap rokok sebulan berapa RM dah terbakaq.

KILA on 4:32 PM said...

Kalau En hubby bagi lampu ijo suruh berenti..rasanya melompat cheq.. tapi banyak pulak nak kena pikir tu..erm.. tak jadilah..nanti dah susah nak g perfoye-foye di Tesco waktu tengahari..hehehe

aNiS tHe BumbleBee on 4:33 PM said...

balik malaysia nnti,mesti kena kerja kut..oh,rindunya nnti kehidupan housewife...!


kak oii...mcm ada kemistri laaaa..mmg sy tgh dok cari2 resipi apam balik la ni..pestu baca sat blog akak..scroll2 smpai bawah,ada plak gambaq apam balik,gebu2 dgn corn yg creamy2 tu...lagi laa merembes2 air liur ni haaaaa...hihihi!!

nuni on 4:54 PM said...

kak pnut..entri ni saya setuju 110%..betul apa yang akak cakap gaji laki bini rm5000 sebulan pun tak mewah mana ..duduk putrajaya plak nih..

DeLinn on 5:29 PM said...

salam k pnut

sorry off topik sat. yang laksa teras jernang yg kak pnut kata sedap tu, yg bebetul depan rumah flat tu eh? dekat dgn masjid teras jernang tu ke? ada banner laksa kedah, abc dan cendol. itu ke?

hehe

Anonymous said...

setuju, setuju... gaji kita rendah!!!
kat sini gaji sama mcm negara kita tp brg murah2.. gula 57p, tepung 1.5kg 58p, sardin 25p, minyak seliter 1pound, nappy brand pasaraya 1.97, ubat gigi brand pasaraya 13p, baju yg bawah 5pound berlambak2. Tak mampu guna kereta boleh naik bas yg jumlahnya sama byk dgn kereta.. sungguh mudah.

kerja cleaner 4 jam sehari boleh dpt 550pound, kalau fulltime riban2 la dapat.... mampu la nak hidup cuma rumah sewa mahal!

nqr on 8:08 PM said...

kakak library!!!kita kat poland terus google resepi pas baca blog ni tauuuu~~~

Hanisumayyah on 8:51 PM said...

Pnut...

heheee...ni komen en mahmud kat status fb saya eh? saya pun xsetuju isteri berhenti kerja dlm situasi skrg ni...keperluan rumahtangga mmg tak larat suami nak tggung sorang tp isteri boleh plk tggung sorang2...

p/s: mahmud tu pun isteri kerja gak...dia mmg gitu, kawan bertekak saya tu, mesti nak menang jer...tp hati dia baek mulut jer laser...

sitinaminah02 on 8:43 AM said...

kak, sy yg muda, baru kawin takdak anak lagi pun rasa yg sy perlu keja, kalo harap gaji laki sorang, teruk gak. sementara sihat boleh keja ni, kita keja la. bayangkan kalo gaji kecik tak sama macam samad tu, anak plak sekolah 3 org, ishh.. jenuh gak la.

Pnut on 10:39 AM said...

sorry semua, saya tak sempat repl satu-satu, amat kebusyan...

Wa-ye ini berikutan komen kawan awak tu..kegeraman saya tau... ikut hati nak pompang kat wall awak.. tp kang lain lak jadinya.

Anonymous said...

dan satu lagi sekiranya ditakdirkan jodoh tak panjang, suami2 di Malaysia ni amat kurang bab tanggungjawab nafkah... mak saya dulu berhenti kerja utk jaga anak dan dia pesan kat saya dan adik2 (kami semua perempuan) walauapapun JANGAN BERHENTI KERJA kami semua tak bertanya kenapa tapi pasti ada alasan kukuh...lebih2 lagi dlm senario rumahtangga sekarang

cm

Anonymous said...

Menyelerakan plak apam balik tu...bagi resepi...

Nurul on 4:16 PM said...

Alamak..tetiba nak makan apam balik lak..huhuhu

Anonymous said...

Takut pula bila dah berhenti keja suami wat hal atau terjatuh sakit ke..kan naya..huhu..zaman skrg nie bkn leh jgka ape yg berlaku..tkt nt yg jd naya isteri yg dh bhnti keja tu la..huhu..Just pdgn sja~

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino