Monday, July 19, 2010

Satay Minang itu Sedap sekali


Saya MC-deman!! sejak semalam bersin-bersin-bersin.. selsema... sakit tekak.. semalam hujan-hujan lak, maleh gi klinik, dalam peti ais, saya syak ada suspek boleh di telan, iaitu ubat selsema, tapi ubat tu tak dok dalam sarung plastik ubat, jadi saya takut-takut nak telan, ye ke ubat selsema, tp macam ye.. tak konpiden gitu. so saya pun meng-sms anak sedara saya yang penat dia belajar farmasi bertanya apekah ubat yang bernama bomex dan bagitau sekali contect ubat tu, tapi sayangnya anak sedara teman rupanya keja dan tak bawak hp, dedikasi betul.. hehehe

maka teman sms Dr. Mx dan Dr. Wanda yang comel lote, Dr. Max kata tak tau ubat apa, Dr. Max suruh tanya dr. Google. Kemudian sikit, Dr. Wanda balas, katanya ubat selesma, gatal-gatal dan resdung.. oh kompem la ianya ada specis ubat selsema yang ada dalam peti ais itu. Saya kalau selsema, memang jenis bersin-bersin dan bersin, macam tak leh simpan-simpan dah bersin tu untuk esok ke lusa ke.. kiranya stok bersin tu hitung kiranya macam setiap 2-3 minit kena bersin. Bila bersin, memberikan tekanan kat anak tekak, dan seterusnya menciptakan sakit tekak dan batuk. Bila rasa ada sikit aura sakit tekak, saya ikut teori doktor kanak-kanak, makan ais krim vanilla, yang scoop2 tu, kebetulan ada pulak kat umah, saya pun makan dengan nikmat.. dan tetiba rasa tekak tak berapa sakit.. wahh megiknya. Saya tuan-tuan dan puan-puan, kalau anak sakit tekak, jangan ragu-ragu dengan teori kasi makan ais krim vanilla.

Saya dulu pun ragu, ingat tak, masa beberapa hari sebelum raya haji yang lalu, Alesya kena ulser yang teruk kan? ada pembaca blog ni tinggalkan komen suruh kasi makan ais krim vanilla, saya ragu gile..biar betoiii. Pastu bawa ALesya jumpa pediatrician, dan surprise, doktor tu cakap kasi ais krim.. ais krim yang scoop tu le, bukan ais batu, bukan air dari peti ais, rupanya megik itu berhasil, tekak tak sakit pulok.

Ok,tamat kesah sakit itu, Sabtu lalu nan silam, kami pegi Gombak, melawat saudara pak cik gebu yang sakit, saya dan Najmi memang la suka kalau pegi Gombak, sebab yang pastinya boleh pow pakcik gebu pekena satay minang.. sedappp oooo.. kat area Putrajaya Bangi ni takder orang jual satay minang tau, erkk ada, kat pasar malam Bangi, tapi tak sedap langsung. Pastu suka juga ke sini sebab nasi campur dan lauk pauk dia masakan minang, holaaa sedap betoiii, kebetulan hari tu memang tak masak nasi kat umah, sebab pagi tu kami bersarapan keow teow kung fu je, masing-masing kenyang, so malam tu pakick gebu, si abang dan bibik makan nasi berlaukkan masakan minang tak sedap, paling saya suka ialah rendang orang minang ni, sedap gilak, terutama rendang hati lembu tu.. huiii tp malam tu saya tak makan nasi la..saya makan bihun sup je, sedap juga oo sup minang.

Ok itu hari saya cakap makan satay minang kan, ada orang tanya saya satay minang cemana?? ye la kalau saya balik kedah atau membesar kat Kedah, mana ada satay minang ye dak, tempat lain tatau le.. Itu hari lepas saya blog kan pasai makan satay minang, ada dua tiga orang yang call/sms tanya mana area tempat satay minang ni, ok tempatnya dekat-dekat dengan medan selera greenwood tu, kalau dari Jalan Gombak lama, sebelum ke Medan Selera tu ada deret kedai berbentuk bumbung Minangkabau tepi jalan belah kanan kita, situ la kedainya, ada 3 kedai tapi saya suka kedai yang tengah-tengah, kuah tak pedas sangat, dan satay pun agak sedap.

gini le yong ghupe satay minang tu, memang kuahnya kaler kuning gitu, pekat-pekat, di simbah terus atas satay, dan ditabur bawang goreng. Nasi impit pun sama, akan di simbah kuah dan tabur bawang goreng. Tapi awas sikit kalau kamu tak makan pedas. Masakan orang Minang memanglah podeh...


So selamat mencoba... eheheheh

4 Komen:

Angah on 10:41 AM said...

Get Well Soon bebeh!

Siti Noor Aminah on 12:16 PM said...

kalo start sakit tekak tu, konpem mau demam. so lps ni buleh try tips makan ice kerim vanila ni.

betui lah,nak cari satay minang kt kedah ni celah mana. tapi mmg nampak menggoda betui satay tersebut.

tengok gambaq pn dah terliyuq!!

Zareda Norman on 9:11 PM said...

zar dah kebah demam, pinut plak sambung hehhehe... zar makan spirulina aje.. tak kuasa makan ubat spital..

satay minang tu kat kg bharu pun ado.. sodap gak tapi zar tak berapa gemar sebab kuah dia macam masak lemak aje.. sekarang ni giler sate pasar malam equine park..

Pnut on 7:50 AM said...

Angah-tengkiu...

Gadis Chomel-ye kalo sakit tekak lps ni makan ais krim vanila ek..sile percaya petua itu..

Zar-awat kuah satay minang kat kampung baru tu terasa kuah lemak?? kat pasar malam bangi pun tak sedap juga... kat gombak ni je sedap, kuahnya sedap, kalau rasa kuah lemak, tukang jual tu tak pandai le..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino