Monday, April 05, 2010

Kisah Lucu yang kisahnya benar


ada kisah benar dan lucu saya hendak cerita, kalau tak lucu pun ketawa, pura-puralah lucu, sila jagalah hati saya yang sangat bengang ni sekarang.
_)()*&*^&%((*^*&%%$% *&^&^%$%^#(*&(*^%&%$#%$@#$$%& ok dah.

Kisah lucu benar satu
Dekat rumah emak saya, ada sorang pembantu rumah warga tempatan, beliau muda lagi, peelnya agak lurus dan nak kata tak berapa cerdik, tak juga, dia ok-ok saja, cuma lurus bendul tak bertempat, dan telinga ada sedikit masalah pendengaran. Anak yatim paitu, dan agar tidak membebankan adik beradik yang lain, ada kawan sepermainan saya kecik-kecik dulu ambil dia bekerja di rumah dia, tlg jaga anak dan bantu emak dia yang dah berumur. Jiran-jiran panggil dia Maksu, Satu hari maksu pegi pasar malam dengan adik saya, dia nak juga beli satu kasut, walau aga besar sizenya. Adik saya tegah, katanya nanti kak Not marah (kawan saya majikan dia la) dia kata tak pa.. dia pun beli, esoknya adik saya tengok awat pelik kasut dia ni?? rupanya dia gunting belakang kasut tu, ikut bentuk tumit, kasi kecik. hahaha katanya dia dah muat pakai kasut tu, sebab dia dah gunting..hahahaha ok kalau tak lawak, tolong gelak juga.

Kisah benar dua
Ada satu pakcik ni, Pak Husin, anak-anak dia bg henpon. Jangankan sms, nak angkat panggilan pun dia tak berapa reti. Suatu hari kawan dia mai rumah, ok kita ikut dalam bentuk dialog la senang nak faham (utk makluman Pka Husin ni boleh berubat orang juga)

Kawan pak Husin :-Chin-depa kata hang ada talipon dah, hebat la hang, bagi mai bo talipon hang kat aku..

Pak Husin :- Allaaa anak-anak bagi, hat murah saja, kalau hat murah pun aku tak reti pakai, kalau hat mahai lagi aku tak tau meraba.

Kawan Pak Husin :-ok bagilah no talipon hang kat aku..

Pak Husin :hang talipon mai kat no aku, sat lagi, keluaqlah no talipon aku kat talipon hang..

Kawan Pak Husin : tu la hang kena bagi dulu no talipon hang kat aku, sat lagi aku talipon hang, keluaq la no talipon aku kat henpon hang

Pak Husin : aku tak tau no talipon aku, tapi anak aku kata, hang boleh talipon mai sat lagi keluarlah nombot

Kawan: ya la nak talipon pun kena la aku tau nombot dulu.. (hat orang dalam ruamh tunggu turn nak berubat dah gelak tahap nak terkencing dah ahahah)

Pak Husin : lagu mana aku nak buat? aku bukan tau no talipon aku, hat no talipon hang pun aku tak tau.

Kawan Pak Husin : tu la masalah dia, aku pun tak tau juga no talipon aku, selalu anak-anak aku saja dok talipon aku, lagu mana nak buat? kadang-kadang tak boleh, depa kata duit dalam tu ada, tapi tak bulih guna dah (expired) dok tambah, pastu tak abeh guna, bila depa balik, depa buat lagu mana tak tau, duit tu pindah kat talipon depa (transfer kredit ni, eheheh)

Mueehehehehh tatau le nak gelak lagu mana dah...heheheh keras perot ooooo... ADa heroin nak bantu pun tak dapek nak nolong, pasai kredit dalam talipon Pak Husin pun expired, kredit kawan Pak Husin pun expired. kita nak talipon henpon depa tak tau nombor, hat kawan Pak Husin, sat sebut 013 la..sat lagi 017 la... 015 pun sebut..adoii

Hiks..moralnya anak-anak kot bagi no henpon kat pak-pak, save nombor pak sendiri dalam talipon noooo...

Ok sekian, selamat berhibur..
ingat..kalau tak lawak pun tolong gelak..
gelak tau..
paksa ni..

sekian dari pompuan gemuk tengah tension


7 Komen:

Nurul on 2:00 PM said...

kak pnut, sy dah gelak..ehehe

Tijah on 4:19 PM said...

kehkehkehhhhhhh!
adoilaaa pakcik2 tu.
mekmaidey la kak...

Zareda Norman on 8:26 PM said...

hahahaha gelak jugaklah

kes no Hp tu memang rata rata mak pak kita kes yg sama.. hahahaha

CidaZam on 9:17 PM said...

kah kah kah mmg lawak la akak!!!

Pnut on 8:09 AM said...

Nurul-time kasih kerana gelak..

Tijah-penat aku fikir mekmaidey tu mende... last-last seabeh bengap baru dpt tangkap...ahhahah

Zar-itulah pasal, nak gelak pun kang durhaka lak..ehehe

Cida-hahahah meh gelak..

eridanus s.yau said...

salam.

kak pnut oii.. sakit perut gelak tau.

p.s. akak kena letak copyright kat cerita pak chin tu. boleh buat modal raja lawak.

Nizam on 12:55 AM said...

baguih anak2 zaman skrg..bg mak bapak hp..haha,,

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino