Saya cedok bulat-bulat dari salah satu forum popular, sumber asal tidak tahu siapa punya,, kredit tu empunya nukilan.. touching... saper baca tak sebak, cube bawa pegi doktor check hati korang cemana, kot ada sikit kureng kat mana-mana...
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta ?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Makingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untukMak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 Komen:
Allahurabb..mengalir air mata seorang ibu. Sungguh kejam. Apa dosa anak2 kecil ini? Sungguh hina mereka yang membuang jasad2 kecil ini. Lebih hina dari Haiwan. Sesungguhnya anjing dan khinzir juga menyayangi anak-anak mereka..
layak ke panggil ibu...
mmg selalu-selalu nangis bila tgk gambar bb kena buang..dia kecik, apalah yg dia tahu??
semoga maksiat2 begini tak berterusan...
Ya Allah..menitik air mata ni kak. Kalau taknak bayi tu bagi la kat orang. Binatang pun sayangkan anak dia.
Berapa ramai daripada kita yang betul2 menghargai emak kan...
ish...ya Allah..seram nye tengok gambO2 nie...erm...ade yang kena bakar lagi..ya Allah, jauhkanlah.........
huhuhu...memang rindu kan mak..walaupun baru balik dr kg...kalo balik umah...rasa macam tak nak balik mane2 dah..nak dok umah je.....tapi, apekan daya..kehiduoan perlu diteruskan.......
Salam P-Nut,
Adui!...terpegunsekejap!
p/s:....nak kena salin dan pinkan kat bilik anak-anak!
its so touching... thanks kak pnut...
kejamnya manusia yang membiarkan anaknya begini.. Bayi itu sama sekali tidak berdosa!
Salam Pnut,
For the 1st time akak speechless. Tak tahu apa nak dikomen.Sedih.........
Dear all-sedihkan tengok semua baby-baby ni... saya pun tak tau nak kata binatang specis apalah ibu yang hamilkan baby-baby ni...sedih betul..
thanks for all comments, sorry tak sempat reply satu-satu..
belum baca..baru tengok gambar...air mata sudah bergenang...bila terus baca air mata mula mengalir...x mampu nak teruskan...sedih sangat....
P-nut....
sadisnya.....
P-nut tak sanggup nak tengok gambar2 baby tu. Saya ni tgh tunggu hari ni bersalin. Berdoa agar anak2 saya jadi org2 yg soleh dan solehah dan mengajak org kepada kebaikan.
Tapi bila cakap pasal ibu, mungkin saya tak de masalah dgn ibu sendiri, well setakat ni, saya mmg rasa ibu saya, ibu yg terbaik. Cuma ada tips dgn ibu mertua tak? Saya mmg rasa tak best dgn ibu mertua sendiri. Tapi trying my best utk hilangkan rasa tak best tu lah.
saya sedih tgk baby yg tak berdosa tu dibuang ..hina ibu dan ayah dia...sumpah hati diaorg tak tenteram sampai mati..
air mata ni menitik kak pinat!!kecewa dgn nyawa yg tak dihargai...
Post a Comment