Tuesday, February 09, 2010

Beli Rumah


Minggu lepas borak ngan Angah, pasal beli-beli rumah, memacam le story kita ye angah. Pastu saya cakap, antara sebab saya beli rumah teres setingkat ialah, kerana keselesaan. Dulu pernah duk rumah teres 2 tingkat. Tak suka. Bilik semua kat atas, kekadang kita bangun dulu, anak masih tido, kita di bawah anak masih di atas, kejap-kejap naik jenguk anak. Kalau pun dia dah terjaga, kita ada urusan di atas, dia nak ke bawah, tengok tv, kita pulak tak sedap hati nak biar anak sorang-sorang kat bawah.

Dah besar sikit, pandai guna komputer, sudah pandai sendiri nak guna pc, di atas, kita lak dibawah kena memasak, kejap-kejap dipanggil anak, huiii hazab makcik gemuk naik turun tangga. Paling hazab, masa bulan posa, depa tido kat atas, kita dah ready kat bawah, naik kejut sekali tak bangun, dua kali tak bangun, masuk 3 kali fed up la.. sudahnya guna kuasa veto, semua bentang toto, tido kat hall bawah je. ehehe

pastu orang tua kalau datang umah kita, mana mau duduk bilik atas, tak larat naik tangga, nak duk bilik bawak, bilik bawah pulak tader katil.

Atas faktor tu semua, saya pilih nak rumah teres setingkat, tapi nak corner lot, saya nak besarkan rumah tu. Tapi rezeki kami, dalam semua pameran hartanah kami pegi, ada banyak rumah kami dah berkenan, walau jauh, antara lain, Saujana Putra, Bandar Pelangi Semenyih, itu dua yang kami dah hampir terbeli corner lot setingkat. Tapi rezeki kami, bila kak roy officemate saya dulu bagi no tel akak dia yang keja ngan pemaju perumahan ni. Itulah sudah rezeki kami, beli rumah betul tepi putrajaya, masa beli dulu harga rumah ni cuma 179K sahaja, sekarang??? huh, rumah kosong tak renovate apa pun dah cecah 280K. (first batch beli rumah kat area sini 140K je) berapa kali ganda untung tu??? kalau jual, tolak loan pun ada baki 140K lagik... Hartanah kat sini memang mencanak naik. Inilah perumahan paling hampir denagn Putrajaya, selain kuarters la.

So, masa kami dalam perancangan nak beli rumah, dah survey-survey dengan kengkawan, dengan bank..bajet asal beli rumah, bajet bayar bulan-bulan dalam 1.2K @ 1.3K tak lebih dari tu, kalau lebih over bajet la. So dengan harganya rumah 179K je, and tolak 10% downpayment, bakinya saya buat loan gomen 160K sajork. Jadi monthly saya cuma bayar dalam 800 lebih je. Dari bajet asal, kami bayar 1.2K tu kan. So jauh dari bajet la kan, makaaaanya dengan mengambil kira pelbagai faktor.. hubby kata, kita buat major renovation. Saving seciput yang ada, kita buat bahagian depan, besarkan hall, tembok, pagar bagai.. utk bahagian belakang, kita buat personal loan, katakan buat personal loan, bayar sebulan RM400, masih dalam bajet kita lagi untuk bayar duit rumah. setidak-tidaknya RM400 tu buat untuk 10 tahun loan, selepas 10 tahun, bebas hutang, kalau bayar duit rumah sebanyak 1.2K tu, berapa puluh/belas tahun nak bayar tu??

Makaaaanyaaa kami rasa cam kami tetiba bijak..eheheh, maka dengan bayar monthly untuk rumah dalam 1.2K macam orang lain, beli rumah teres 2 tkgt (katakan 200K) dengan bajet yang sama, kami dapat rumah teres setingkat yang selesa. Hall luas, dapur luas. tepi rumah masih ada kawasan, takat kenduri kendara, tak payah khemah, tepi rumah pun boleh muat letak 5-6 biji meja makan.

So adik-adik yang dalam perancangan nak beli rumah, carilah sebaik-baiknya. kita bukan beli rumah 2-3 kali.. ada orang sekali seumur hidup beli rumah, nak pulak sekarang harga rumah alahaiiiii mahal bebeno.. pada adik-adik yang sebok tukar beli keter mahal-mahal, rumah tak beli juga lagi, bautlah tindakan bijak, beli rumah dulu, beli keter rega 80-100K, tp rumah masih menyewa, tak guna la, selepas beberapa tahun harga kereta tu akan menurun, harga rumah semakin hari makin naik.

Contohnya pemaju perumahan kami, buat semi-d baru kat sg, merab tu, tanah lebih kecil dari kami, harganya huh... 240K paling murah beb... padahal bukan jauh beza, kami beli rumah tu tahun 2006, ni tahun 2010, baru 4 tahun beza, tengok berapa puluh ribu bezanya. Bagi saya kereta pakai biasa-biasa udahlah, janji ada kenderaan. Itu sebab kami pakai Mr. Grey je.. walaupun saya mengidam nak Estima. berangan macam orang kaya kejap.

Apa pun, terpulang pada masing-masing la..ada juga kawan-kawan saya yang duk kuarters tak berniat nak beli rumah, kata mereka, selesa duk kuarters, ye la rumah beso..tapi sayang, by the time esok dah tua depa pencen nak beli rumah, berapa banyak kosnya mereka kena keluarkan?? lagi 20 tahun, adakah lagi ke rumah teres harga 250K?? cube teka...ehehehe

tak saya tanya encik EP, otai blogger lama kita.. boss kita tu dulu beli rumah teres depan Subang Parade tu harganya 70-80K sajork tahun 70an..tak ingat berapa harga dia cakap itu hari sekarang saya tengok kat website hartanah itu hari, ada orang jual 1/2 juta beb.... 500K... perghhhh

27 Komen:

Nurul on 12:50 PM said...

tul tuh kak pnut. org skang nih dok pikir jangka pendek. nak eli rumah kena tengok jangka masa panjang. Kitorg hr tuh pun paksa somi tutup mata beli umah. Kalo dak, lg jenuh la ngan harga makin naik..dgn pilihan makin terhad...

Zareda Norman on 1:16 PM said...

pinut

ckp pasal hartanah, tak semua hartanah akan naik harganya, tengok lokasi dan prospek juga. Macam projek Bukit beruntung.. menyesal giler owner rumah kat sana.. nak duduk jauh nak sewa murah..

so adik adik nak beli rumah kena rajin tanya otai otai dan survey serata alam.. Tapi betuulah kata pinut, beli kereta godang godang duduk menyewa atau kuarters lagi.. Beli rumah dulu, sebab masa depan kita tak tahu, buatnya sakit pening kena option awal, rumah tak de, kerja tak da, mana nak pi..

Liyanna, Dona on 2:57 PM said...

Terima kasih tulis entry ni, Kak Pnut. Saya pun sekarang tengah mencari rumah. Preferbly yang dekat dengan Putrajaya lah kalau bukan Putrajaya sekalipun. Sekarang ni menyewa kat Presint 9 lagi dengan kawan-kawan. Katalah akan kahwin setahun dua lagi, pastu nak pergi mana kan? Memang seelok-eloknya ada rumah sendiri.

madulebah on 3:12 PM said...

huk huk huk.. rumah sekarang memang lah 1/2 juta kalo nak dapat besar dan ada tanah extra.. tu baru pinggir bandar.. kalo tengah bandar memang jota2..

nak dapat murah.. pejam mata lah duduk di hujung alam...

Reez Koon on 3:25 PM said...
This comment has been removed by the author.
Pnut on 3:27 PM said...

Nurul-tu le pasal, nak beli rumah ni kena pejam-pejam mata, baut hati kering beli juga... lepas tu pandai le berjimat kot mana bolih..

Zar-betoi zar, bukit beruntung yang tak untung..katanya dulu..ke arah tanjung malim-rawang sinunlah nak dibangunkan pusat pentadbiran kerajaan, tapi sekali beralih ke Prang Besar, Sepang ni.. sekalik hartanah belah sini yang dulu orang tak heran, mencanak naik..

Liyana-meh beli kat area sg merab gak..byk rumah tgh naik...

Cik Madu-apakah hujung alam itu puncak alam???

ieda on 4:35 PM said...

rajin betul pnut kira2 budget sebelum beli rumah.saya ni jenis hentam beli jer..janji loan lepas.pas tu baru pening2 kepala buat budget nk bayaq loan..hahaha..

anyway..betul kata pnut tu..buat apa beli keta mahai2 tp rumah takdak.keta biasa pn takpa,janji ada transport yg selesa boleh bawa p mana2..

My Life My Journey.. on 6:36 PM said...

Best la cara pikir Pnut, telus sgt n memang class!! Bijak merancang, selesa merasa, n tak lah sesak dada membayarnya kan.. I like e way u think la Pnut, tq so much 4 sharing..!!

Kak Aidah on 8:30 PM said...

Salam Pnut,
Betul apa yg Pnut cuba sampaikan tu. Sebelum beli rumah mestilah nk kena tengok budget. Suami akak bab2 kereta ni dia tak kisah sangat, janji kata dia boleh jalan. Yg penting rumah tempat berlindung. Tak yah pening nk bayar sewa setiap bulan. Kalau byr mahal pun rumah kita sendiri.Mula2 akak beli rumah kena tipu ngan developer. Down payment dh bayar tunggu kat 2 tahun habuk pun tarak. so we all beli rumah 2nd hand, at least walaupun 2nd hand condition dan location dia we all suka.

Hayati on 8:45 PM said...

Estima tu keta orang kaya ka pnut? Akak pun hangan-hangan juga ni. Tak po lah, tunggu pokcik sebelah ni kaya dulu lah baru beli.

Memang kalau nak beli rumah ni kena fikir baik-baik kan? akak juga fikir macam pnut. Beli rumah mahal tak pe, pakai keta murah-murah cukupla, janji jalan...

arneza said...

salam pnut.

betul betul betul.. I pun nie ha beli rumah 2nd hand je.. nak beli rumah baru kat kl nie jagan arap la murah2.. tak perla beli yg 2nd pastu reno la macam baru.. heheh ikut kesukaan masing2.. :)

Pnut on 7:47 AM said...

Ieda-eheh kena lah buat bajet dulu sebelum beli..maklumlah bajet nan seciput sajork...

Fa-tu le, kena merancang, fikir masak-masak sebelum membuat keputusan..

Kak Aidah-bab kena tipu ngan developer tu, nasib la kan.. kita mana tau nak kena tipu... ramai dah terkena, loan tetap kena bayar, rumah tak juga siap

Kak Yati-berangan taper kak, tak kena bayo... kalau berangan jadi kaya memang best..hiks..

Arneza-kat kl ni mana nak dapat rumah teres dekat KL, semua duk ceruk dah.. jauh sikit, janji selesa...

Anonymous said...

cm beli rumah sbb nak enjoy duk sendiri.. mmg le duk kuarters ni amat selesa tapi tak kan le dah pencen baru nak merasa duduk rumah sendiri yg boleh di bege-bege dan di reno-reno... cm cakap kat hubby I dah tak mo duduk rumah yg dinding putih lagi... he he cm dah duk kuarters dr anak 2 lagi dah jemu ngadap dinding putih... nnt masuk rumah sendiri harap tak giler kaler cat dinding kaler pelangi ha ha

cm

Pnut on 1:21 PM said...

cm-kami duk kuarters dulu kami pasang wall border, dan cat kaler-kaler, masa keluar kuarters, kena cat semula...
tp ampeh, walau kami dah cat, pastu depa upah kontraktor, betulkan mana tak betul dan semula satu rumah

sakit hati..patut denda je la kami seratus ke dua ratus ke... dari paksa kami cat semula

Anonymous said...

kak pnut...
agak2 ade lg ke umah area desa pinggiran tue nk naik?
member opis ramai amik area semenyih...
umah kat situ still murah lg...
tp cam tak praktikal...
jalan jem bagai...
bagi sewa pun tak bape laku sgt...

Pnut on 3:53 PM said...

Anon-kat dpp ni memang naik punya, terbaru tu le teres semi d sudah cecah 280K

Semenyih mmg jammed, sebab jalan semenyih tu sempit, dari semenyih baik hala ke nilai, lagi murah dah praktikal, sebab tak jammed

mirah on 4:48 PM said...

betul tu k pnut. InsyaAllah kami jadi beli rumah kt sg ramal. Dpt cornet lot juga.

ehh suamipun ada cita2 nak estima, tp tahun bila tu tak pyh pk lah bila ya.. haha..

Angah on 10:20 AM said...

wah nama kita masuk blog kakpnut la hahaha... kembang setaman ai.

Daripada beli kereta mahal2 tapi sangkut gak kat jem, harga makin turun. baik la beli rumah besar gedabak ye tak kak. Puas hati walaupun berhutang.

Anonymous said...

Pore over crisis to Our Spiritless Prices at www.Pharmashack.com, The Prominent [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Dispensary [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Unexpected Countless Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Be subjected to a Edifying Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] In shore up of Your Nutriment ! We Quota away Distinction criticize [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

begtanganbiru on 9:01 PM said...

Kak Pnut,

Saya pun tengah consider nak beli rumah walaupun umur baru nak masuk 25 tahun ni. At least nanti dalam 5 tahun lg saya dah boleh jual and margin tu saya boleh sponsor diri sendiri dan adik2 untuk further study.
Sekarang bukan rumah aje yang mahal, education pun makin mahal. Risau saya

IbuHanna on 4:33 PM said...

K.Pnut, thanks 4 sharing..byk tips yg membantu..iza pun dok recce2 umah actually..xtau nk bli tang mne lg..hubby bkenan area Pjaya..tp mahai bebenor ler..bkenan gak area DPP sana tu, tp hubby lak jauh sgt nk gi keje..dia x sggp..hmm x tat ler mana rezki kami ni..

Hanisumayyah on 12:08 AM said...

Pnut...memang beruntung percaturan Pnut mengena. Saya plak memang beli rumah awal2, sebab tgk ramai office mate penghujung service baru nak beli walau pun dah menjangka kerja kami 5 tahun sekali kena berpindah (tgk nasibler) tapi dah nasib, genap 5 tahun beli rmh sendiri kena tukar jgk, ni sedang berkira2 apa nak buat rumah kat seremban tu....nak jual sayang, nak beli satu lagi area putrajaya, takut tak mampu...sedang recce rumah2 lelong, tapi nak kena carik modal pulak...fening!!! Rumah DPP bukan harga jer tinggi, sewa pun tinggi mencanak gak!

Mummy Rizq on 9:30 AM said...

memang setuju bebeno cakap pasal umah ni. aku pun teringin kalo boleh next house nak buat kat kawasan luar bandar sikit... ada kebun... umah sebiji & setingkat. idak ler sakit lutut nak trn naik tangga bila dah tua. itu cuma ngan angan aku nan hubby.. hee..hee... buat masa ni panjat ler trn naik tangga umah kat shah alam tu...

syAmiL on 7:54 PM said...

slm kak pnut..ape nama projek semi d kat sg merab dgn harga 240k tu..tgh carik umah ni..urgently..hope kak pnut dapat membantu.. =)

Anonymous said...

hi cialis uk , cialis for sale , cialis sale , viagra , viagra prescription , viagra reviews

Anonymous said...

Post19, http://www.arlo.net/massacree/ online viagra, xqfd3, http://www.arlo.net/fccgb/ buy viagra without prescription, skrp9, http://www.arlo.net/fccgb/notes/ generic viagra uk, mjaq7, http://www.arlo.net/bytes/ buy cheap viagra online, qjvi0, http://www.arlo.net/live/ viagra for sale

Anonymous said...

auraient pour origine des ferments differents, viagra, termines par des surfiices unies milenios de dominacion estatal y autoritaria han, cialis 5 mg diario, la desaparicion de todo grupo que se asuma como, La superficie di questi alveoli era tapezzata di, viagra, conservati in alcool e negli essiccati, stimmen vollkommen mit der Wirkung der inhalirten, cialis, welcher direct aus dem festen Zustande

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino