Pagi-pagi lagi saya sudah tersentuh hati melihat gambar ini di surat-surat khabar, hampir semua surat khabar ada, NST, The Star, Utusan pun ada, saya tersentuh hati.
Budak lelaki itulah yang dituduh membunuh ayah, datuk, nenek dan adik dia di Rembau. Tidak tahu apa puncanya, kejadian itu berlaku, tapi saya percaya tekanan dan halusinasi membuat dia bertindak begitu. Saya ada kawan sebaya saya, lelaki, geng membesar bersama, geng main polis sentri, geng main pondok, maim kawen-kawen.. Tetapi kawan saya ni mengalami gangguan halusinasi, sampai satu tahap, mengamuk dan nak membunuh, dan suka bercakap bukan-bukan, contohnya, dia bagitau rumah si polan ni ada syaitan banyak, jadi dia bawak parang nak bunuh syaitan tu semua. Mungkinlah kan, kita tak tau apa sebenarya yang berlaku.
Apa yang menyentuh hati saya ialah.. kasih sayang ibu itu. Biar sebusuk dan sejahat mana pun, seorang ibu tak pernah 'membuang' anak dia. Tidak sekali.. Jahat dan busuk mana pun. Emak saya sendiri, banyak kali makan hati dengan perangai adik-adik yang yang kadang-kadang amat menyeksa jiwa raga dia, sampai tahap saya naik letih dan cemuih, bila emak marah kejap pastu ok.. Tetapi emak pernah cakap "Aku ni emak, mulut jahat macam mana pun, hati marah macam mana pun, tak gamak buang anak, tak gamak, luar nampak seronok, tapi hati dalam tak siapa tau," betul la sangat, bila beranak pinak sendiri, baru kita tau cemana erti kasih sayang tu sebenarnya.
Itu sebab anak masuk penjara pun ada emak sanggup bergolok bergadai hendak datang melawat anak dia masa lawatan terbuka hari raya. Ermmm bila saya kerja kat kementerian saya ni, banyak kes lagi hebat-hebat, yang melibatkan kes perbicaraan kes janayah dia luar negara.. ada emak bapak yang bergolok bergadai, jual tanah segala neka untuk bantu anak mereka. Apa lagi kita nak kata? Mungkin emak bapak anggap, harta boleh cari balik, tapi kasih sayang tidak ada tukar ganti. Tapikan, seorang anak belum tentu sanggup berkorban begitu. Kawan saya kerja kat hospital bagitau, ada keluarga yang adik beradik siap leh gaduh kat hospital, sebab ungkit mengungkit bab bil hospital. huhuhu sedih je dengar.. tapi itulah hakikatnya.
Itu sebab emak-emak ni biasanya lebih sensitif pasal anak-anak.. Macam saya, pak cik gebu lebih tegas dan jangan layang remeh temeh. Tapi saya emak depa, saya tak boleh senang hati. Terutama bab sakit pening ni. Risau teman weii kalau anak-anak sakit. Saya dulu duk kat Sungai Layar, sekolah saya kat Jalan Sekerat, SP, jaraknya jauh, dekat 10km gak le kot..rasanya, bila ada kelas tambahan, atau kokurikulum, hari sabtu, saya naik basikal, (hari biasa naik bas sekolah) lalu bawah terowong keretapi, lalu kawasan perumahan India, yang selalu ada India mabuk.. Lintas jalan sibuk dan sesak depan penajra SP, ngeri dan seram bila saya bayangkan saya lalui semua tu, tak tau apa emak saya fikirkan bile melepaskan saya, tapi apa pilihan saya ada? abah saya kerja, emak saya bukan boleh hantar, kereta pun kami tak ada, tawakal je la. Tapi itulah berkat doa ibu, selamat je saya pegi dan balik. Memanglah masa saya kayuh basikal pegi sekolah tu, bukan emak tadah tangan berdoa, tapi saya yakin dalam hati mesti dia doa agar saya selamat pegi dan balik.
Bila ada anak, camtu le saya rasa, dan budak-budak sekarang lebih bertuah, atau jauh sangat bertuah berbanding kita dulu. Najmi, sekolah agama dan rumah dekat je tak samapi 1km, tu pun kami bayar van jemput dan ambil dia. Tak berani nak lepaskan dia naik basikal. Hari ni hari pertama dia Kokurikulum, semalam dia balik dan cakap cikgu suruh beli uniform kadet. BIla saya inform babah dia, pakcik gebu terus hangin..marah cikgu sekolah, tak inform awal tup-tup terus kena beli.. (sebelum ni kata tunggu dulu), babah dia kata beli hujung minggu je, dia penat, balik kerja, malas nak keluar lagi. Huhuhu being emak, saya sedih tau.. kesiankan anak, but i know Najmi budak baik, bila saya cakap kat dia, babah kata hujung minggu ni beli, dia diam dan cakap, "ermm tak per la, nanti kita cakap kat cikgu, tapi cikgu kata siapa tak pakai uniform tak boleh masuk kadet, kena masuk ko lain," lagi saya sedih, sebab dia nak masuk kadet. Saya takkan biarkan ini berlaku..uhuhu..
Babah dia balik, saya cakap taperlah kalau babah tak mau pegi, biar saya je pegi beli ngan dia, tak nak kasi duit pun taper, saya pandai le korek apa duit saya ada.. huhu acik marah tu... ermm tapi i know la...pakcik gebu ni sayang bini dia, saya anak dia...nampak ganas, tapi loving gitu.. dan-dan tu kata, lepas isya' siap, pegi Alamanda je, tengok kat Professor, kalau tader, hujung minggu ni beli kat Warta" kannnn emak dia yang sengih dulu..
Dan hari ni, first time si Abang kokurikulum, tau dak, saya yang gedik nak tengok cemana dia berkawat..eehhehe tapikan overlah kalau saya ponteng kerja pegi melangut tengok anak ber-kokurikulum kan.. tu pun kata dia, cikgu kata tak boleh balik tengahari, lepas sekolah terus pegi kantin, makan, pastu solat zohor jemaah, abeh solat, rehat kejap, 2.30 dah start koko. Hehehe itu pun saya tetap akan pegi tengok dia, tengahari kang, saya akan pegi hantar nasi makan tengahari kat dia, pastu beli air, dan akan ambil beg sekolah pagi, baju sekolah, tinggal beg utk dia guna koko je nanti. Ahaks..ikutkan hati, saya nak bawa dia pegi makan kat Taman Warisan depan sekolah dia. Tapi dah cikgu dia kata makan kat sekolah je, ikutkan je la.. emak lain pun cam saya ke?? erkk lainlah kalau opis korang jauh dari sekolah, melampaulah kan.. sekolah dia dekat je ngan opis saya, 3 minit sampai...
Saya sudah lalui bersekolah dengan bajet ala kadar, jadi saya tak mau anak-anak saya lalui camtu, anak buah saya pun sama, walaupun bekas suami adik saya tak pernah amek tau, tapi diaorang tetap anak sedara saya, tahun ni sorang masuk tadika, tak banyak, sikit saya belikan peralatan sekolah kat dia, dengan beg princess lagi..ye la, kalau harap maktok kang beli beg apa je kat pasar malam tu. biar dia seronok nak pegi sekolah, dia cuma budak yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga emak abah dia, dia ada hak untuk seronok macam kanak-kanak lain, kekadang saya fikir ada hikmah kenapa Allah tak beri saya anak-anak yang ramai, kalau anak ramai mana mampu saya nak agih-agih belanja nak bantu emak dan anak-anak sedara. Itulah Allah itu Maha Adil, dia bagi rezeki lebih sikit untuk saya untuk saya kongsi dengan budak-budak malang tu. Tak ramai anak, tumpang kasih sayang anak sedara pun jadilah.. tak gitu Luqman...ahaks...tetiba Luqman masuk ini pilem..
P/s-perasan tak, saya tak reply komen u all kat chatbox tu.. sorry..sebab laptop saya ni ada masalah, nak kena re-format balik, sbb IE saya tak boleh guna, skrang guan mozilla, mozilla ni tak user friendly dengan windows vista saya ni.. banyak benda tak support, saya nak reply komen kat tepi pun tak boleh... tp kekadang ok pulak..confuse acik..
6 Komen:
I love my emak too...huwaa..tapi betul kak pnut, kasih emak memang tak bertepi..menggunung tinggi. Macam mana bising pun mulut seorang ibu, deep in her heart dia teramat sayang anak2nya. Bila dah jadi emak, baru kita sedar. Macam manalah ada anak2 yg sanggup abandoned emak diorg yer.. :(
Pnut,
Sedih betul aku ngan entry hang nih..bila jd mak baru tahu...apa perasaan tuh..cam mak mentua aku selalu ckp..anak...marah camna pun dia ttp anak. Aku suka bila hang ckp psl anak sedara, psl aku pun blm ada rezeki nak beranak ramai..which is sedih bila kenang..tp aku bersyukur rezeki maghi kot lain..bleh belikan anak2 sedara yg tak bernasib baik...Allah itu Maha Pemurah...
Sebenarnya mengalir juga air mata kak yati tengok gambar ni. Bayangkan perasaan seorang mak. Kak yati memang sensitif dengan benda macam ni.Apalah perasaan mak dia. Kita yang bukan mak pun tersentuh tengok anak dia kena gari, masuk kereta polis. Dan apa pula sebenarnya perasaan anak dia. Entah...
Nurul-tu le..moga-moga kita tak tergolong kalangan camtu..
Cik Anon yang tak kenal tp cam nak kenal..eheheheh betoi kata mertuamu..anak marah cemana pun tetap anak... kita ni emak, orang marah anak kita pun kita leh terasa..uhuhu
Kak Yati-mmg sensitif kita emak ni..sayu je nengok emak dia usap anak dia..tu le kasih emak kan...
saya tersentuh hati juga baca berita kat paper semalam. Kasih sayang mak mmg besar kan. Sejauh mana anak2 buat tak elok pada dia pun, mak tetap emak kan. Saya sendiri ada sedikit kisah dalam keluarga, saya cukup terharu sebab emak tak pernah nak ungkit lagi. Dan saya nampak tak pernah bezakan anak2, biarpun ada anak pernah lukakan hati dia. Sebab tu saya tak pernah nak sakitkan hati emak. Seboleh mungkin saya buat apa dia suruh biar sesibuk mana pun saya.
Huhu sedih ni.. teringat kat mak. Mujur boleh jumpa mak hujung minggu ni, mak datang rumah kakak.. :)
hai kak pinat....citer pasal mamat yg bunuh 4 org nih...hsbnd sy citer ler...sorang officemate dia rapat gak ngan mamat nih....citernye...dulu mamat ni keje bank...pastu ade indon buat hal kat bank tu, dia tegur, smpai bergaduh..pastu dia dibuang keje...sejak dari hari tu, indon ni dok kacau dia guna ilmu hitam...tu yg 1 tahap dia hilang kawalkan dia bunuh family dia...sebab tu takde sorang pun family dia yg marahkan...perasan tak....semua redha...
Post a Comment