Monday, December 14, 2009

MY SPY



Salam satu Malaysia.. (hiks.. patriotik sikit beb)

Saper dah tengok MY SPY?? saya dah tengok... ceritanya BEST, tapi BEST biasa-biasa bukan SUPER BEST. Sila letakkan harapan yang rendah untuk filem ini, supaya anda tidak kecewa. Saya masuk panggung dengan harapan menggunung, maklumlah arahan pengarah montel kesukaan saya, Afdlin Shauki, so secara fitrahnya saya letak harapan tinggi menggunung, saya terhibur, tetapi tidak betul-betul terhibur sampai nak pengsan. tu dia ayat cemana tah.. hentam je la..

Saya bagi 7/10 untuk filem ni. Kerana 3 lagi yang tidak penuh tu digagalkan oleh AC Mizal, yang seperti kata FIBIE amat berusaha keras menjadi pelawak. Nak jadi pelakon komedi, tidak boleh nampak bersungguh-sungguh sangat nak jadi pelawak, lawak tu jadi tak original, jadi dibuat-buat agar lawak. (skill ni kumpulan SENARIO terrer dah, paksa orang gelak)AC Mizal dalam citer BULI lebih selamba, tidak over jadi pelawak.

Harun Salim Bachik cemerlang, ekspressi muka dia dah lawak dah, tak payah dia over-over nak suruh orang gelak. Gue rasa kalau gabungan ABON dan Harun Salim Bachik lagi gempak. ABON tu pun lawak sebenarnya, cuma dia laku kat RTM je, jadi bakat dia orang tak berapa pandang. Ye la, sehari berapa kali ko layan channel RTM dak? Encik Afdlin Shauki, kalau boleh, sesekal cube jemput ABON untuk rancangan SPONTAN sure gempark. Lagi satu orang yang bagi orang gelak tanpa buat lawak ialah Mamat Khalid. Gue tengok muka dia je terus gelak. Bila dia bukak mulut cakpa peghak, lagi wa gelak la.. libang libu semua keluar dah..

Secara peribadi, bagi saya penonton biasa yang tader background seni-seni ni.. saya berpendapat, jalan cerita ni longgar sesangat, plot dia kureng la.. Jenis komedi penyiasatan Hong Kong, saya tak suka unsur mencuri lukisan di ketengahan, secara logiknya, ko curi lukisan tu, yang terkenal katanya seisi alam ini, pastu nak jual... konon untung juta-juta... tapi ko nak jual kat saper?? saper nak beli?? tak ke takut polis tangkap bile ko nak jual lukisan tu. lainlah jual lukisan tu, pastu letak bawah katil. Bulih?? cube buat dramatik sikit, curi emas ke.. contohnya emas yang paling berkualiti tinggi.. emas bila ko curi, pastu boleh leburkan, jadi block-block, pastu bile dah jadi block, boleh jual balik. Alaa dah nama pencuri handal, mesti ada peralatan nak leburkan emas.

Atau dah lebur emas, upah tukang emas buat design lawo-lawo leh jual balik ke.. ini curi lukisan gambo terung pastu ada sindiket besar-besar. Ishkkk gue tak leh terima la beb. kot penulis skrip ni ada baca blog ni, tulung sat habaq mai atas dasar apa, tema mencuri lukisan dijadikan point utama cerita ni. Sepanjang-panjang cerita ni wa menyumpah, kenapa perlu mereka cuti lukisan. Boh tema sindiket dadah yang sangat stereotype tu pun wa tak kesah. Ishkkk tak pueh hati betul la..

Lakonan 3 amoi dalam filem ni orait la.. saya suka juga la.. Saya suka unsur Aziz M Osman jadi samseng pakai sarung lengan bercorak-corak, ala-ala tatu.. cam nak nampak samseng, sanggup pakai stokin warna-warni bior nampak cam tatu, tak ingat sape ucapkan dialog, Mamat Khalid kot..."'ishkkk dia ni bertatu penuh lengan, cemana nak semayang," eheheh pastu di jawab, ni stokin tangan, bukan tatu.. (heheh ke aku je pandai buat ayat sendiri ni, ada ke babak ni?? ada kot noo)

Tapi satu saya paling suka, iaitu montaj masa barisan nama pelakon diperkenalkan, grafik yang dibuat sangat cantik, menarik sangat, konsep macam berita-berita akhbar, tetapi nama pelakon ditulis di tajuk-tajuk, sangat menarik, just black and white, kedua menarik selepas filem SEPET, yang konsep nama-nama pelakon diperkenalkan macam sedang ditulis atas layar.. cute mehhhh..

Erkk tu je ulasan saya... hiks..jadilah... tapi two tumbs up untuk Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik..korang memang best.. untuk AC Mizal, don't try to be so funny occay... u are not real comedian, lawak anda biasa-biasa sahaja, bukan tak bagus, cuma biasa sahaja. Setidak-tidak anda lebih kelakar dari lakonan orang lain yang cuba jadi pelawak.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino