Saya kan tak pernah terfikir, menulis blog ni, kemudian ada yang baca dan saya dapat kawan-kawan baru yang kemudiannya menjadikan saya tempat meluahkan isi hati. Saya tak kenal orang itu dan orang itu juga tak kenal saya. Erkk maksudnya mungkin dia 'kenal' saya melalui blog, dan saya pulak memang tak kenal orang itu. Cuma 'berkenalan' bila beremailan sahaja.
Ada dua cerita agak sedih singgah ke email saya sejak minggu lepas, dan kami berbalas email. Satu kita 'Puan S' yang melahirkan baby kembar tak cukup bulan, seorang meninggal (nanti saya cerita lanjut, belum dapat izin Puan S nak cerita, jadi saya KIV dulu)
Satu lagi email dari seorang teman, saya letak nama ermm nama ape ek... letak nama Jenab la senang sikit. Jenab mulanya email saya sekadar minta sokongan dan petua-petua nak banyakkan susu badan.. dan kemudian email berikutnya dia cerita dengan lengkap, bahawa dia sebenarnya dalam usaha dengan bantuan teknologi untuk menyusukan anak angkat dia. Jenab dah kawen 10 tahun takder zuriat, dan akhirnya dia decide nak ambil anak angkat. Suaminya agak keberatan, tapi setelah pujuk memujuk, akhirnya suami dia setuju, malah sekarang mereka gembira dengan baby girl tu.
Cumanya sedih katanya bila family seolah-olah tak boleh terima dan buruk sangka. Aduhaiii sedih saya baca, di zaman moden ni ada juga tanggapan kolot manusia kan. Katanya baby dia tu dia ambil dengan berdaftar di Kebajikan Masyarakat, dah tunggu hampir setahun baru ada peluang. Baby tu ialah anak kepada seorang warga Indonesia yang hamil dan tak mau baby tu kerana dia nak balik Indonesia (pepaham le kenapa ek) walaupun dia rahsiakan sejarah baby tu, tetapi akhirnya family tu tau juga, bapak dan emak dia marah sangat kerana ambil anak dari keturunan macam tu, mertua dia juga kecil hati kerana tidak berbincang dahulu, dan sebolehnya mereka kata kalau betul nak ambil anak angkat, usaha cari 'yang elok sikit'.
Menitik air mata saya baca tau..sedih sangat kenangkan nasib baby tak berdosa tu. Kata Jenab bila bawa baby balik rumah mertua dia, mertua dia endah tak endah je..tengok-tengok gitu je.. dukung pun cam ambil syarat je, selebihnya mertua dia pura-pura sibuk memasak, mengemas. Emak dia sendiri pun macam tu juga, setakat pegang-pegang ambil syarat. Tetapi mak dia dok ulang sebut tu le, "anak ko ni kena jaga bebetul, dah emak kandung dia macam tu, esok-esok dah darah daging jenis macam ni, tak mustahil anak boleh jadi juga, berat ni" dah tu bila orang datang rumah bertanya baby siapa, selamba je emak dia kata "anak angkat Jenab, tak tau anak sapa la dia pi ambil buat anak angkat, aku tak tau, sedar-sedar nak kendong bawa balik" Ishkkk mak dara sungguh aiiiihh macam dalam pilem je gue rasa beb!!
Kata Jenab lagi, bila dah situasi begitu, suami dia pulak sudah berbelah bahagi, terasa beban berat nak besarkan anak tu, dan mula goyah, takut tak mampu beri didikan sempurna kat anak itu. Sampai satu tahap suami dia minta pulangkan balik. Menangis-nangis Jenab tak mau pulangkan. Last-last depa suami isteri masam muka. Tetapi suaminya bijak sikit, dalam diam-diam suaminya berjumpa ustaz dan berbincang, selepas berbincang dengan ustaz baru suami dia ok, dan redha, mungkin itu ketentuan Allah, dia beri anak itu sebagai utusan dan amanah untuk dia pelihara, sejarah anak itu bukan salah dia, yang penting dia dan Jenab kena berusaha jadi ibu bapa yang terbaik.
Jenab usaha nak susukan baby tu, dia ambil ubat untuk keluarkan susu, pinjam breast pump kawan, dan baca semua artikel diinternet sebagai rujukan, ada keluar susu, tapi cair, sedikit sangat. Itu pun kaka ipar dia macam sinis, tanpa sedar menyinggung perasaan dia, kata kak ipar dia, "kalau tak mengandung mana bulih nak keluar susu, kalau ada pun tak macam susu," aduuuhhh macam belati menikam jiwa je. Kenapa manusia ni tak boleh cuba memahami niat orang orang lain? Susah ke??
Bagi saya, sepatutnya bila ada kisah begini, manusia jenis mulut longkang ni, patut cermin diri sendiri, belajar bersyukur dengan apa mereka ada, Allah beri kesempatan mereka hamil, melahirkan anak, menyusukan anak sendiri, kenapa mereka mengata orang yang Allah tak beri kesempatan begitu ek?? Orang macam ni kalau saya..memang saya tak bagi muka, saya terus laser 800 harkat. ko ingat ko saper nak hina orang lain?? Anak yang ko ada tu pun Allah bagi pinjam je, kalau nak gah sangat, tak mustahil kalau Allah nak ambil balik, bila-bila masa je dia boleh tarik. Bodoh tahap tenuk. Perlekehkan orang tak der anak, dan perlekehkan usaha orang ada anak angkat. meh sini nak sekeh... Sorry la saya memang emo. Tekanan beb!!
Saya sendiri pun pernah juga orang sinis-sinis bila saya cakap cukuplah anak saya dua, saya takut dah nak pregnant.. orang tu cakap..huii cukup ke dua?? tumpang muda ni elok beranak lagi, anak ramai seronok. ko pulak tak nak beranak dah. Ape lagi... meks pakai crown terus jadi ratu sentap.. laser la.. kataku
"kak bedah kompang.. kalau saya kata esok saya nak pregnant, terus jadi, ok lah, dah tu kalau saya pregnant, sihat sejahtera tak per la, akak pernah tau ke masa anak sulung saya jadi penghuni wad sebulan??? keluar masuk ICU sebab tekanan darah tinggi saya sangat kronik?? kena cucuk sana sini, kena duduk atas katil berhari-hari tak mandi, makan minum berak kencing semua atas katil, dengan wayar cucuk sana sini?? kak bedah pernah ke lalui?? Kak Bedah pernah lalui ke pregnant kena penyakit kebas badan?? sakitnya bukan macam kebas biasa, dia punya kebas sampai pegang sudu pun boleh jatuh?? ko tau dak kak bedah, sakit??? Kak Bedah pernah ada anak duk NICU?? pernah tengok anak kak Bedah tiba-tiba biru tak bernafas?? pernah anak Kak Bedah pucat?? sampai kena cucuk masuk darah segar?? Kalau tak pernah, tak payah cakap kak bedah, bersyukur la kak Bedah tak lalui semua tu" geram tau.
Maka Kak Bedah pun sentap juga.. pastu Kak Bedah ni dengan slow cakap, "itulah habuan orang mengandung ni tak sama, bahagian masing-masing, ada senang je mengandung, beranak pun senang, ada yang susah, sakit berhari-hari pun ada, dugaan masing-masing" wahhh itu ayat sudah tukar la... sikit lagi kalau kak Bedah salah ayat, kena karate ngan gua time tu jugak, mujur dia insaf sikit lepas kena laser ngan meks.
Okeh balik kesah Jenab.. Saya harap Jenab tabah, dan berjaya mendidik anak dia dengan baik.. Jenab, awak jangan runsing, yakin pada diri sendiri, yakinkan suami awak ye.. Saya dan kawan-kawan lain doakan awak.. Amalkan surah Ar-Rahman banyak-banyak ke atas baby awak dan awak sendiri, moga orang dekat dia jatuh sayang pada dia.. Amalkan ek..surah Ar-Rahman tu boleh jadi penyejuk orang yang tak suka kita.. Awak kena tabah, biar pun dugaan ini hebat.. Saya tau awak tak jangka langsung perkara ini berlaku kan, kerana family awak sebelum ini ok. Tapi benda dah jadi..Insya-Allah makin cerdik anak awak, makin ramai orang sayang dia nanti.. Bertuah awak kerana terpilih menjadi ibu kepada baby malang itu.
Kawan-kawan.. kalau ada orang ambil anak angkat, tolong beri sokongan padu ye.. Jangan negatif.. Selalu ingat dan tanam dalam diri, tak semua orang ada peluang jadi ibu dan bapa, jadi kita yang diberi peluang bersyukur. Dan bila dengar ada orang nasibnya tak sama macam kita, kita jangan perlekehkan, ape kata kita doakan dia juga akan diberi peluang macam kita juga nanti. tak salah kan... uhuhhu saya emo la hari ni... tak tau nak kata apa lagi dah... :-(