Tuesday, October 27, 2009

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Haji..


Mungkin ramai dah tengok berita di tv malam tadi, nahas yang meragut nyawa 4 beranak, termasuk sorang cucu perempuan kan.. Al-Fatihah buat keluarga Haji Zawawi, jiran lorong depan rumah kami. Sedih..

Paling sedih ialah kerana saya dan si abang lalu di kawasan kemalangan tu, dan kami nampak nahas tu, malah saya sempat suruh si abang ambil gambar lagi, guna kamera phone sebab digicam tak bawa, and saya tak sanggup pulak nak tunjuk pic kemalangan dari kamera phone tu kat sini, sungguh tak sangka yang terlibat kemalangan itu ialah jiran kami sendiri. Saya sengaja suruh si abang ambil pic sebab nak tunjuk kat hubby ada kemalangan ngeri, tapi tak sangka rupanya jiran kami sekeluarga yang maut itu. Masa kami lalu jam 1.30ptg, betul saya baru lepas ambil si abang balik sekolah, sebelum tu jam 12.45 saya lalu jalan yang sama, tapi kemalangan itu belum berlaku.Bila lalu selepas menjemput si abang, nampak kemalangan, dari jauh nampak ada dua tiga ambulan, kereta bomba, saya dah agak mesti dasyhat kemalangan yang berlaku tu. Dan semasa saya lalu tepi kemalangan yang berlaku itu, ngeri nengok bomba sedang potong pintu kereta untuk keluarkan mangsa yang tersepit.

Ini pic saya ambil dari Berita Harian Online


BERITA HARIAN

BERITA DI UTUSAN MALAYSIA

Al-Fatihah lagi..

Saya paling sedih bila melihat jenazah baby Balqis, sayu je, memandang wajah bersih baby, seolah-olah masih tidur je. Alahai, bagaimanalah simpatinya saya mereka kehilangan 4 insan tersayang sekaligus. Pilunya.. Moga keluarga Haji Zawawi tabah.

Kadang-kadang bila ajal sudah tiba, ia tetap akan tiba. Baru je saya tulis minggu lepas, kecuaian kita kadang kala mengundang petaka. Ya takdir ALlah memang kita tak boleh elak, tetapi ada benda yang kita boleh sentiasa ingatkan dalam minda, jangan memandu terlalu laju, sehingga tiba-tiba kita hilang kawalan, dan akibatnya kemalangan boleh berlaku. Kemalangan yang berlaku ini ialah di jalan yang lengang, dan kereta yang merempuh mereka adalah dari laluan bertentangan. ada pembahagi jalan, dan jalan itu lebar, ada 3 lane. 3 lane sebelah sana dan 3 lane sebelah sini, luas kan?? tetapi padah juga bila kenderaan dipandu terlalu laju, melanggar pembahagi jalan dan merempuh kereta lain yang mengikut peraturan.

Moga kejadian ini menjadikan kita lebih berhati-hati.. Moga ALlah jauhkan kita sekeluarga dari segala bahaya. Dan kejadian ini juga iktibar buat kita semoga kita sentiasa menghargai insan-insan tersayang kita, kalau Allah nak jemput, sekelip mata dia boleh jemput, tanpa apa-apa tanda.

Tambahan sikit, saya baru jer berbual dengan jiran yang kebetulan saksi ditempat kejadian, katanya kereta perempuan pemandu kereta proton saga tu buat aksi berani mati, dan dia berjaya, kerana 4 orang terbunuh kesan dari aksi berani mati dia. Ya memang takdir ketentuan Allah mereka mati dengan cara begitu, moga kita semua ambil iktibar, di sepanjang kawasan jalan dari Alamanda ke rumah atau, atau dari rumah kami ke Alamanda lebih kurang 4-5km camtu le.. memang tidak ada tempat untuk buat U-turn, so sekiranya nak patah balik memang kena jauh ke depan, kat trafik light atas fly over tu baru boleh u-turn, so menurut saksi ni, katanya perempuan yang patah kaki yang kini dirawat di hospital tu, dia cuba buat u-turn, u-turn i atas divider occay.. bukan jalan yang rata. Tapi tak pasti le kot betul dia terbabas dan sangkut atas divider tu.

Kata akak ni, kereta dia sangkut atas divider, and dia press minyak, bila dia press kereta dah terlajak ke jalan sebelah dengan laju, and kereta arwah di bekalang lori, dan arwah sedang memotong lori (of course la kita nak potong kenderaan lain, kita laju sikit kan) so semasa dia sedang memotong tu berlanggar kereta perempuan yang berani itu, dan katanya kancil berpusing-pusing dan baby tercampak keluar kereta. aduhaiii menulis ni pun menggigil-gigil tangan dah.. Katanya driver lori itu orang pertama berhenti dan pergi angkat baby yang tercampak itu. Ermm kalau salah akak tu cerita, salah le saya, tapi kata hubby pun semalam semasa berbual dengan kaum-kaum lelaki, cerita yang sama gak mereka cerita.

Ermmm moga-moga kita semua berhati-hatilah, jangan kita berani tak bertempat, kalau tempat tak boleh U-turn jangan le U-turn, sentiasa beringat, mungkin satu kesilapan kita bakal mengundang padah seumur hidup pada orang lain..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino