Tuesday, July 14, 2009

Soon kelas cupcakes and DL5


Hari tu kan, saya cerita ada buat kelas cupcakes kan, maka ramai pulak yang sms, YM dan email tanya bila saya nak buat kelas lagi, mereka berminat nak ikuti. Erkkk bunyi cam ramai le sangat, padahal yang bertanya tu tak ler sampai berpuluh orang, berbelas pun idak, adalah dalam 7-8 orang je kot. eheheh tp saje la nak kasi nampak cam hebat sangat kan. Propa je lebih.

Insya-ALlah, nanti saya akan cari date sesuai untuk buat kelas ye, akan dibuat dirumah, mungkin bulan Ogos, sebelum raya, jadi masa hari raya nanti boleh la buat cupcakes untuk tetamu. Kelas hanya limit kepada 5 orang sahaja, very limited kan, senang nak ajar one to one, cikgu pegang tangan anak murid, kalau tangan keras cikgu ketuk-ketuk kasi tangan lembut sikit. ehehe Belajar dari mula bancuh kek, bakar kek, bancuh buttercream, dan menghias cupcakes, untuk promo ni, harga special sangat, khas buat pembaca setia blog ini. cewaahhh, ayat skema beb.. Jadi rajin-rajin ye tengok blog ni.

Persidangan..
Kengkawan librarian saya, siapa antara anda pegi ke Persidangan Digital Library 20-22hb ni kat hotel sebelah PWTC tu, (Pan Pac lama, nama baru dia panjang beno) sila tinggalkan jejak ye, kengkawan liberian gomen saya ramai tak pegi, opis depa takder duit, mahal yurannya RM900 ouls.. meks pun mulanya tanak pegi, sbb satu dah lewat, dah terlepas tarikh akhir permohonan, tapi opis saya bermurah hati, menyuruh saya pergi..uhuhu ada duit le tu, jadi saya nak pegi la.. Kenalah saya pegi dan bersidang dengan baik, kalau tak membazir duit gomen, tak baik dik.. (opsss tp agak-agak lps abeh persidangan tak salah kot naik lrt turun kat sogo sat nooo ehehe) abeh pun dah petang lagi ada hati nak pegi sogo.. kelepuk-ketuk kepala sendiri. Kalau ada rakan-rakan saya dari luat KL, duk kat hotel tu silalah pelawa saya menumpang bilik anda, kerana saya tak larat nak drive ke KL sinun, nak naik lrt ke, cairlah mekap meks kalo menapak naik turun lrt. Saya tak layak duk hotel, sebab kerja kat lembah kelang..

Kiza-ko leberi orang kaya tak pegi ke? Azhan pegi tak? lagi la kayo leberi dia, bukan takat boleh jadi peserta, Azhan dah boleh jadi presenter dah, leberi canggih manggih, kak Mazni? UKM ada hantar orang?? erkk saper lagi?? Liberian USM? UNIMAS? sila roger gua ok...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino