Thursday, June 18, 2009

Wedding Shahir dan kesah kedekut


Lagi cerita basi..abehlah korang sakit perut muntah-muntah asyik dihidangkan dengan hidangan basi je..tapi ape nak buat, i am very the lembab...

Ok nak story mori kesah anak buah my darling punya wedding, si Shahir, Mior le jugak, kan ke kaum kerabat hubby ni semua Mior belaka, jadi kitaorg ahli keluarga idak le panggil Mior kan, jadi kengkawan bebudak ni semua pakat panggil Mior, very confuse tau, time kenduri kendara ni, bila kengkawan bebudak ni panggil Mior, serentak segala Mior yang ada berpaling, hiks.. kelakar pulak, terkejut muka orang yang panggil Mior tu, dia panggil kawan dia sekalik dengan pak-pak sedara pun berpaling, jadi awas le kengkawan anak nama Nik, Wan, Tengku, training anak supaya kat sekolah, tadika jangan panggil nama keluarga tu, Najmi dari duk taska umur 4 tahun lagi dah siap warning cikgu dia, tak boleh panggil dia Mior, cikgu dia tanya kenapa, dia cakap "Sebab tok saya Mior, babah saya Mior, sedara lelaki saya semua Mior" ehheh gud boy, dia cakap sebijik apa mama dia ajar.

Ok balik kepada kenduri si Shahir ni, budak ni nampak je kental sikit, tapi fragile beb, manja bukan main, being no.2 in family is always macam tu le kan, ye ke..ntah.. And being antara emak sedara yang agak rapat dengan bebudak ni, diaorang selalu le juga share-share story mori and feeling-feeling dengan saya, and now dia sudah ada isteri, moga isterinya Mas boleh jaga dan manjakan mamat ni macam arwah ibunya. Talking abour arwah memang sepanjang majlis kenduri kendara, saya teringatkan arwah, kalau saya teringatkan arwah, apatah lagi abg ipar saya dan anak-anak arwah, sungguh pemergian arwah sangat dirasai. Mujurlah si Shahir ni tokei katering, jadi urusan kenduri kendara, pelamin, lauk pauk semua beres ditangan dia la, walau tanpa ibu, saya kira majlis tu berjaya diatur oleh Shahir sendiri. Tahniah!!

Memang ada kekalutan masa majlis kenduri di dewan malam tu, tapi harap itu dijadikan pengajaran oleh dia selaku tokei "Mior Katering" untuk perbaiki segala kelemahan, and paling penting management tu sangat penting tau, kena manage pekerja, masa betul-betul tenaga kerja dan kemampuan diri kena dikaji sebaiknya. Tak pe, belajar dari kesilapan, dalam perniagaan siapa tak buat silap kan??

oklah meh kita tengok majlis kenduri mereka, tema pengantin perempuan cream/coklat wahh mujur mek bawa baju coklat-coklat, kira masuk tema le jugak...
Photobucket

Only my darling doing the merenjis, i tak sanggup, kalau bebudak ni perasan, masa sessi menepung tawar ni, ari mata saya asyik merembes je, betul-betul teringatkan arwah, jadi saya tak sanggup merenjis, kang saya buat drama pulak kat pelamin tu, elok pengantin senyum bersanding kang saya spoil je. Jadi my darling je buat.
Photobucket

All the lauk pauk, the krew semua bebudak si Shahir ni punya, moga berjaya, sedap lauk pauk disediakan..
Photobucket

And ni pulak pengantin dah lama, tapikan masa kitaorg kawen dulu mana ada pelamin vouge-vouge ni, ni kira tumpang glemer, baby Q tader, sebab dia dah tido dalam bilik rehat kat dewan tu. okeh kalau korang kat perak nak kawen katering, bolehlah contact Shahir, kabo le kawan mak sedara dia, mintaklah dia adjust-adjust kasi murah sikit, or dtp free gift ke ape..eheheh no tipon dia, 019 413 7730 /017 531 0017

Belah lelaki baut kenduri kat dewan, and tema hitam putih..huish budak ni, hitam putih tu...tapi lawa juga kan..
Photobucket

Photobucket

Oklah tu sikit cerita basi.

Now nak story sikit, bab kedekut ni, ayooo la.. umat specis kedekut tolong jangan kawan dengan saya, terang-terang la nak habaq, cheq tak suka orang kedekut, tak kiralah kedekut ilmu ka, kedekut duit ringgit, atau tenaga. Busuklah orang macam ni. Saya pernah kawan dengan sorang umat ni, mak aiii sangat kira mengira, kalau makan sendiri belanja, lauk ciput-ciput, kira macam bajet makan tengahari tak lebih RM3.50-4.00 la..air suam, tapi kalo kita sebut nak belanja dia, mak aiiii lauk ayam boleh taruk, sayur 2-3 jenis, telur ayam la boleh masuk lagi, telur ikan tenggiri la..tu tak kesah la kan sbb kita niat nak belanja, tapi yang kesahnya, bila makan bayar sendiri tak der pulak gitu ek.

Pastu kalau kita keluar ngan dia, pegi pasar malam ke, atau memana le.. katakan kita dah beli kepok lekor, dia ni asalnya niat nak beli kepok lekor, bial tgk kita beli, terus dia tak beli, selamba je pulak cakap, tak jadilah beli, ko dah beli, kang nak rasa lah sikit. aikk gitu pulak. Pastu kalau kita beli pulak karipap, katakan kedai makcik tu beli boleh campur kuih, 5 biji dua ringgit, dia siap leh nego ngan kita lagi, boleh tak aku tumpang kuih ni sebiji, nak rasa je, so saya kena pilih 4 kuih yang saya nak, dan dia akan pilih satu kuih, ishkkk ada gak ek orang macam ni. Macam saya kalau pun saya cuma nak rasa sebiji dua kuih, tapi saya biasanya beli lebih pun pastu letak je kat eating corner kami, so sesapa pegi ambik air, sudu ke, nampak je kuih makan je, konsep kami kalau letak kuih kat meja makan tu, means benda tu boleh kongsi, tak payah mintak-minta izin, memang gitu la lebih kurang konsepnya. (erkk tp cerita kawan tu bukan kat tempat saya kerja sekarang, bebudak opis saya sekarang lagi pemurah, asyik beli, letak kuih atas meja tu, pastu tak termakan, hehehe) ni kesah zaman muda remaja la..

Pastu kedekut ilmu la, kalolah kita tanya resepi apa best dia pandai masak, boring la jawapan dia, alaa main masak gitu-gitu, campak-campak je, tak der sukat-sukat... agak-agak...tapi takder langsung bgtau ramuan, takat nak agak-agak boleh je sap-sap suii tapi ramuan pun ko tak bgtau mende nak campak, campak ko boleh??? Betul oiii, ada saya kenal seseorang ni, dia buat bisnes, popia dan samosa, mmg sedap dan rangup, walau goreng pagi, petang masih enak, kita pun tanyalah kulit popia brand apa dia pakai, knowing me, kalau hero-hero saya suka makan sesuatu tu, saya akan baut sendiri, sebab lebih kepuasannya. boleh, brand tu pun tanak cakap, belum pun tanya cara dia buat inti dan sos popia.. podaahhh kedekut la..kemut.. tak suka.. bukan saya potong bisnes dia, nak buat anak beranak makan je pun, me even bisnes cupcakes pun orang tanay resepi kasi je, orang tanya itu ini, saya bgtau je, even competitor tanya mana beli cup, casing, beli itu ini, saya bgtau je, ye la kalau ktia dapat beli murah, apa salah kita bgtau kawan kita juga.

Part last, kedekut tenaga, oh no.. not my staff, staff saya kat office ni syukur, semua senang handle, tak der masalah, cekap, saya suka, itu sebab setiap tahun ada je staff saya akan dapat anugerah pekerja cemerlang, sebab i know diaorg punya potential, kalau sorang cuti, sorang lagi tak kesah cover counter duty, lebih dari masa dia sepatutnya duty, kalau bagi kerja pagi, even saya cakap tak urgent, esok pun leh kasi saya balik, tp by petang or kejap je lagi benda saya minta sampai ke tangan saya, so they deserve good 'point' from me kan? oh next time saya cerita bab kerja la ek.. kita cerita bab kedekut tenaga, tak suka umat jenis, duk meja sebelah menyebelah, tapi telefon kawan sebelah bunyi pun tak tolong angkat. alasan malas nak jawab pertanyaan yang bukan dia perlu jawab. hoho..sangat tak bagus, tak suka sangat.

Sekian untuk hari ni, jumpa lagi di lain siaran...

1 Komen:

Aini Razali@ Ainor on 12:03 PM said...

kak,so far saya selalu set apa kelebihan yg kita ada harus dikongsi bersama. saya percaya kepada konsep org yg pemurah tuhan akan lipat gandakan rezekinya. yg penting kena yakin dan beriman ngan Allah...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino