Monday, June 22, 2009

Birthday tertunggak Alesya and anak-anak buah datang umah


Tau kan,laki saya ni antik sikit kan, lepas siapkan Anjung Kaseh, memacam plan dia nak mekapkan Anjong tu. Nak boh basikal tua, tempayan, nak cari batu giling, nak boh lampu gaslin, nak itu, nak ini, sampai tahap nak cari orang boleh buat lesung kayu tu...alaaa yang tok nenek kita dok tumbuk kacang bawah rumah dulu, katanya sanggup beli kalau ada orang nak jual. See antik sungguh aihh..

Dalam dok berangan tu, minggu lepas saya pegi tempah langsir baru kat kedai biasa saya selalu buat, Azizah Hias tu, hiks, tak sesia saya pegi tempah kat situ, dia terjumpa lampu gaslin cap butterfly kat satu kedai hardware tu, harganya RM150 ko.. dia bodek cina kedai tu dapat kasi dia RM130, elllleh babah ni, kasi mama pun tak per. (ada hikmah gak, masa saya dok bincang bab tempahan tu dengan Niki assistant Kak Zah tu, sebab darling pun sebok gak, nego dan bincang nak tokei hardware tu eheh so ai dok belek katalog elyza's tu lelama pun dia tak kesah, sebab dia dok kat kedai sebelah eheheh)

Dia siap suruh budak kedai tu pasang, dan tunjuk cara nak pasang, balik rumah dengan semangat member pegi cari minyak tanah, kat kedai hardware kat umah ni, sekalik budak tu kata kena boh spirit gak untuk hidupkan lampu tu, and spirit macam fungsi gas utk menyalakan sumbu tu kot.. tah le gue pun bukan reti. Balik je umah dia tak le reti sangat pasang, mujur bibik terror...

tengok usaha bibik sampai berjaya menyalakan lampu gaslin tu.
Photobucket

dah siap menyala, malam tu kitaorang lepak kat Anjong sambil makan 'peknga nyoq' (lempeng kelapa) cicah kuah kari ikan. perggh macam duk kampung. esoknya kitaorg dah gantung atas bumbung..
Photobucket
tu cerita minggu lepas, haha tu diaaaa gigih nak cerita juga cerita minggu lepas.

Minggu ni pulak...
Hari Jumaat lepas, anak-anak buah hubby Aizat dan Syazwan yang tengah bercuti tu,tiba-tiba muncul depan rumah, tah hapa konon surprise, naik motor dari Ipoh pagi tu, tengahari sampai Putrajaya.. ko buat la gitu, kitaorg ader tak per la, buatnya kitaorg pegi makan angin ke London ke New York ke, padan muke korang, tido masjid le.. hahaha tapikan kalau betul gue pegi makan angin ke London kompem wa sms bebudak ni kasi eksen dan riak takbur sikit. Baru best sikit.

Jadi hujung minggu kami sangat meriah, Mak tok masih ada lagi kat sini (menggemukkan kami dengan masak enak-enak Mak Tok tu, selalu tak sempat amek gambar pic Mak Tok masak best-best sedap sebok hadap makanan) ok weekend kami ada Mak Tok,Bibik, Mak Su yang belajar kat Bakeria sekarang, and ada Lukman, ada Aizat dan Syazwan, paling suka si abang Najmi, sebab ada kawan bergusti. eheheh.

Kitaorang masak-masak,kemudian diaorang makan 'berkelah' kat Anjong Kaseh, kitaorang kaum ibu makan dalam le, diaorang makan kat sana.. best kan..macam kat kampung
Photobucket

Pastu kan setelah dua minggu birthday Alesya berlalu, baru semalam omaknya sempat buat kek birthday anak dia sendiri, ehehehe, biasalah macam anak tukang jahit gak, baju raya anak sendiri belum tentu sempat jahit, sibuk siapkan tempahan orang je, camtu le mak pnut, sebok siapkan order kek-kek orang kek anak sendiri tertunda-tunda.. Sebelum ni busy je, and kebetulan bebudak ni ada, jadi adalah tukang makan keknya, kitaorg plan next year baru nak buat birthday party Alesya, camner nak buat tahun ni, tengok le potong kek pun seksa nak amek gambo nya.. tader satu yang lawo picnya. ni pun puas dipilih. Nengok pic yang dengan Mak Su tu, bibik kena pegang tangannya ke belakang, asyik nak pegang je Barbie dia tu..eheheh
Photobucket

First time Mak Pnut buat kek Barbie, comot pun comot la.. anak sendiri punya, bukan orang order pon, Babah kata oklah tu, mama bukan pegi kelas buat kek Barbie pun. Main hentam ikut suka mama je pon.
Photobucket

Terjadi satu cerita, ada orang order cupcakes hari yang sama, anak dia nak tema princess, dia punya dah siap, and kebetulan masa emaknya mengambil kek, si comel tu pun ikut sama, dia punya suka tengok cupcakes princess dia.. sekali Mak Su cakap kat birthday girl tu, "come and see we have princess at the kitchen" (budak comel ni speaking wei..) tu dia...dia tengok kek barbie ni dia punya terlopong.. "wahhhhh," pastu cakap kat mama dia, "mummy, i want cake like this one," eheheheh mak dia cakap, "next year when u are 6 years old we ask auntie to bake a cake like this one ok," and this little good girl angguk, tapi macam tak lepas memandang kek barbie tu..hahaha kesian pulak nengok. Si Alesya pulak, tak tau menda pun, barbie ke hapa, satu hagham tatau ape, omaknya over buat kek barbie.. hiks.. alaaa bukan apa, saje je nak practice buat kek barbie gitu, kot-kot esok ada orang nak order, tau le omak pnut nak mengerjakan kek camtu..

Tak sabo lak, nak tunggu next year, nak buat kek Barbie in the garden siap ada castle-castle lagi..wahh berangan ko pnut ek..hahahaha

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino