Oooo manyak mengantuk ooo itu budak kecik terjaga jam 12 malam, and terus segar, cerita dan ajak main-main. Mama ni punyalah mengantuk, babah pun dah ngantuk, dia ceria dan segar bugar le pulak...
Tengok jam dah dekat pukul 1 pagi tuan-tuan dan puan-puan ye..
Tengok jam dah dekat pukul 1 pagi tuan-tuan dan puan-puan ye..
dan tengok, betapa segar, ceria dan gembiranya dia dia pagi hari..
uhuhuhu dia tak tau yang mak pak dia nak keja esok. Aduh!! so Layankan je la.. muahhhsss baby Q mama..
Wana-Thanks itu hari kasi hadiah Fisher Price Keys tu kat Baby Q, suka beno dia dengan mainan tu, dulu tak pandai dia main, sekarang dah pandai tekan-tekan sendiri, bila keluar je lagu dari mainan tu, bukan main dia menggedikkan kaki menari cara baby.. ehehe.. kalakar pulak. Ermm lepas ni mama nak cari lagi mainan Alesya.
Cerita semalam
Semalam saya dengan my darling Yop pegi menebeng kat mamak. Keluar tu sebab ada urusan sikit, pastu lepak la kat mamak kejap berdua-duaan..eheheh Tepi meja kami ni ada 3 set umat. 1 lelaki dan dua perempuan, kawan-kawan la kot. one of this anak dara, overdose la, berbulu meks nengoknya. Kalau adik saya gitu mau saya hempuk time tu jugak hahaha. orang kedah kata Loklaq. (tak senonoh) dia makan roti canai, dia kunyah..mak ai...kami meja sebelah pun (agak jauh gak kedudukan) boleh dengar berdecip decap dia mengunyah. Hollaaa arwah my abah dulu pantang sungguh kunyah makanan berbunyi decap decip tu, dia akan hint-hint "eh burung kelicap masuk rumah ka?" atau pun "Anak ayam sapa makan bunyi sakan tu" kalau dah hint tak faham, tak pasal-pasal dia ambil cili padi tenyeh sikit kat mulut, masa tu baru sedar makan tak senonoh. Atau pun dia tepuk peha kuat-kuat, bila kita terkejut dia kata "Aku nak halau burung masu rumah, kena tepuk kuat baru burung lari?" huhuhu abah saya tak garang, tapi kalau benda dia tak suka jangan buat ooo. Jadi kami almaklumlah, jadi makan ala-ala bersopan gitu. Najmi pun selalu kena, kalau makan derdecap decip mmg kena sound la.
Berbalik kesah awek tadi, udah le gitu makannye, dia bunya volume bila stori mori..ayooo very the loudspeaker, Hahaha tiba-tiba saya teringat iklan kat Hot FM, yang Leeya kata bla..bla..bla..pot-pet-pot.. dalam iklan tu ada sebut, kalau kita bercakap di tempat awam, tengok sekeliling, nada suara kita, sesuai tak dengan suasana, keadaan, perkara kita berbual sesuai atau tidak, hiks, mungkin dia excited kot, and dia rasa kena bagi orang lain dengar cerita hebat dia. his.. jadi anak-anak dara yang baca blog mak pnut, aduhai..jangan buat gitu ek depan orang, malu seh.. Kalau set-set emak budak dok marah anak-anak makan berselerak mak pnut faham. tapi ni anak dara ouls.. bukan remaja tau, dah boleh jadi omak orang dah tu..
Alamak, termengumpat lak..opsss sori.. tapi just nak bagitau, kita latihlah anak-anak kita makan kat tempat awam, supaya orang lain pun tak pelik tengok cara anak kita makan. Sama macam kita kalau tengok anak orang lain makan sopan je, kita akan cakap, pandai emak bapak dia ajar anak dia makan, sopan je. Kami pun tengah latih si Najmi ni, kalau dia kalut nak main, makan bukan main laju, macam lapar sangat tak jumpa makanan berhari-hari.. selalu kena sound. Sekarang dia ok sikit, dah tau omaknya tak berkenan, dia makan slow-slow. Ermm entry ni anggap peringatan, untuk kita dan untuk diri saya sendiri..hahah anggap khidmat pesanan masyarakat dari saya..hiks.. alaa kasi can la mak pnut buat entry ala-ala mengumpat sat, takkan entry skema je kan.. baik baca blog menteri belia hahaha
Ok dah insaf dari mengumpat, kita tengok gambar makanan je la pulak
Bibik saya dan bibik kak Zah sebelah rumah ni berkebun tak hengat-hengat, tengok depa punya pokok daun kesum, punyalah banyak, banyak sungguh, sapa dok dekat-dekat umah saya nak daun kesum silalah datang ke rumah ye.. seminggu sekali saya petik bawa ke opis, kasi bebudak opis ni, jenuhlah depa buat laksa, asam pedas, eheheh, mmg banyak beno daum kesumnya, ni yang dalam bekas-bekas plastik pun bibik dah alih tanam dalam parit tanah yang dia korek, ada air bertakung-takung sikit kat situ, sure lagi subur nanti.. and tengok pic pokok cili, banyak pokoknya lebih 10 pokok, lu pikir la sendiri kata nabil apa nak buek.. sekali petik cili tu sebesen leh dapat, Jadi saya reka resepi masak hijau saya eheheh, sesuai di masak untuk ayam, daging, kerang, ikan tenggiri, atau udang (tp paling sedap dengan kerang atau daging)
Cili hijau banyak-banyak tu, blender dengan serai, bawang putih, bawang beso, pastu tumis, masak sampai naik minyak, masukkan santan sikit, sikit je.. dalam setengah cawan cukup, kalau beli sepeket seringgit tu, boh suku je, pastu tambah air sikit, masuk garam, gula asam keping satu.. sedap jugak, rasa ala-ala rendang... untuk kesan dramatik lebih hijau, saya boh setitik dua pewarna hijau.. hiks.. dalam pic ni saya guna daging je, my bapa mertua suka beno. tak renyah nak buatkan, coba ye..
Minggu lepas bebudak opis ni ajak makan-makan pot luck hari jumaat, depa bawa lauk pauk/sambal depa suruh saya buat choc cake, maka inilah choc cake untuk di bawa ke opis... licin lincau bebudak ni mamam, suka beno ek choc cake, nanti saya buatkan lagi...
Aduhh ngantuknya alahai....
0 Komen:
Post a Comment