Wednesday, April 22, 2009


Dikesempatan ini, saya nak minta kepada seorang adik ni, or pangkat anak-anak sedara kot dengan saya, yang ada menghantar email kepada cara pertanyaan mengenai nak buat cupcakes, dan beberapa pertanyaan lain, yang berkaitan dengan kek mengekek ni, saya mohon adik tu email sekali lagi pada saya ye, kerana email adik tu akak dah terdelete tak sempat reply.. uhuhu nanti org kata saya sombong, baru reti sikit-sikit buat cupcakes orang tanya soalan tak balas.. Maaf bebanyak le dik, inbox mail akak ni sokmo je ada pertanyaan mengenai order cupcakes, email dari facebook la, dari forum-forum la..tu belum masuk spam mail pil sex, pil kuat, malah menang loteri ni sehari berapa kali entah, so dalam dok delete-delete terdelete email adik, trash pun dah clear. tak dapek nak trace lagik dah.

Ada sorang adik lepasan SPM pembaca blog saya tanya saya camner nak yakinkan emak bapak dia bahawa dia minat bakeri, and ingin menjadi Chef. Katanya emak bapak dia tak berapa restu dia ke arah itu.

Wahh dia tanya saya, macam saya hebat. Gila ko, akak baru reti buat kek comot-comot je dik, tapi mungkin pertanyaan dia sebagai luahan hati dan meminta pandangan, tapi saya macam biasa, harus terasa hebat dan perasan bagus, ya sila riak sekejap... Saya cerita la kat dia, Chef Liza Zainol tu dulu bukan Chef, Chef Wan pun bukan Chef, tapi jiwa mereka lain, akhirnya memilih Chef sebagai kerjaya. Chef Liza Zainol tu dulu cikgu Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petani (atau org panggil Sek. Jalan Sekerat) dan merupakan cikgu kesayangan saya. serius dia mmg mulut agak laser, tapi hati baik. Suka membebel ala-ala emak-emak kekdahnya. And of course dia suka memasak, time hari guru sekolah kami, atau kelas kami memang meriah dengan makanan, time raya pegi rumah dia, masa tu kat Guar Cempedak, dia duk kuarter, meriah dengan aneka biskut memacam.

Abeh sekolah saya pun dah lupa dengan Cikgu Azizah (ye nama dia Azizah) sungguh lupa, sampai satu hari saya tengok dia kat TV beberap tahun nan silam selepas itu, (masa ni saya dah masuk universiti kot) terkejut saya, dan cakap, ehh ni Cikgu Azizah. kemudian tengok anak dia, ya betul tu anak dia, yang selalu main piano bila kami pegi rumah dia. Wahhh ape hal cikgu aku dah jadi Chef saya kata. Tapi itulah hakikatnya, seseorang itu mesti buat apa yang dia minat. Mungkin cikgu bukan jiwa dia, tapi bakeri jiwa dia, maka wujudlah Sweet Azza sekarang. Insya-ALlah bila cukup ongkosnya saya akan kembali menjadi 'murid Cikgu Azizah' kembali suatu hari nanti..aminnn (darling sila baca dengan penuh kasih sayang<-dengan harapan dia akan sponsor separuh yuran pun jadilah hiks..)

OH macam biasa, saya suka menyimpang, sila kembali ke pangkal jalan Ok berbalik kisah adik tadi tu, saya sebagai orang luar dari keluarga dia, dan tak pernah kenal pun, dia je kenal saya tru blog, (sekali lagi saya perasan bahawa saya blogger popular, sila pitam siapa yang dah muntah tadi) saya katakan, zaman sekarang bukan begitu, keluar univerisiti belum tentu ada kerja bagus. belum tentu dapat jadi akauntan, belum tentu jadi executive. bidang pendidikan di Malaysia amat berkembang, graduan bersepah-sepah, kerja belum tentu ada. Jadi kalau minat bakeri setidak-tidak boleh bergerak sendiri, kalau pun tak kerja makan gaji jadi Chef kerja kat hotel. Kat UiTM ada diploma Chef Training (erkk ni masa zaman saya dolu la,,skrng katanya nama dah tukar, mgkn encik Pensyarah yang bernama Raduan tu boleh bagitau saya apa nama course ni sekarang)

Sungguh seronok sekali kalau minat ke situ dan diterima belajar di situ, dulu saya berangan juga nak ambil course ni, tapi result SPM saya tak begitu happening, maka saya kena masuk tingkatan 6 baru mendapat tiket masuk universiti. Apa yang saya bagitau si adik tu, cuba yakinkan emak bapak dia, kerjaya dalam bidang bakeri/pastry/masakan ni tak rugi dan tak membuang waktu. Kalau gian sangat nak suruh anak keja gomen, sekarang ni banyak kolej komuniti, giat mara wujud, boleh minta kerja jadi pelatih/pensyarah untuk mengajar di tempat-tempat ini. Boleh jadi guru di sekolah teknik, kat IKBN. Bukak minda sikit la, sedih noks..masa depan anak tu..

Oh tetiba saya rasa cuak memikirkan 9 tahun akan datang saya juga akan menghadapi anak yang akan abeh SPM pada tahun 2018, dan pada tahun 2019 tu saya akan hadapi dilema begini. Panjangkah umur saya untuk saya hadapi keadaan itu, membantu dia membuat keputusan untuk masa depan dia..Oh moga panjang umur saya. 9 tahun tu kejap je, pejam celik-pejam celik kejap je tiba, tak caya renung balik diri kita 9 tahun yang lepas di mana kita? 9 tahun yang lepas, tahun 2000, saya abeh belajar, penghujung 1999, Februari 2000 saya kerja kat kolej, Jun 2000 kami kawen, Mac 2001 Najmi lahir, 2002 saya dapat keja gomen, 2003 duk Putrajaya, 2004 Najmi dah masuk taska, 2005 dah pandai bergaduh ngan kawan, 2006 dia dah pandai baca buku dari CIC, 2007 dia masuk Smart Reader Kids, 2008, dia dah sekolah, 2009 dah darjah 2

Rasa kejap je masa berlalu, masih terbayang-bayang indahnya waktu jadi student riang ria dengan kawan-kawan, kini sudah berbelas tahun ianya berlalu, saya masuk ITM tahun 1996, sudah 13 tahun berlalu, sekejap je kan, ada kawan sebaya saya, anak nak masuk 5 dah..hahah geng info96, sila teka siapa..hiks... Dan ada lagi beberapa point saya bagi pada adik tu untuk 'hujah' dia bentangkan kepada parent dia, saya harap dapat membantu dia membina masa depan dia sendiri.

Oklah nak letak pic, smlm saya siapkan tempahan kek choc moist (steam cake) kek ni mmg favourite kami sekeluarga, untuk dapatkan choc cake yang moist, memang saya prefer cara steam, sedap berbanding di bakar. Kek ni diorder oleh Maya, saya sebenarya bukan nak ambil untung sangat menerima order dari Maya, lebih kepada saya nak baiki kemahiran, orang kampung saya kata, Practice Makes Perfect, saya kekok menulis atas kek beso, need more practie, menulis atas cupcakes sangat senang kerana kecik, posisi tangan kita selesa, kek beso kena ada skill baru dapat tulis elok, skil itu saya masih kureng.. my roses?? setelah practice demi practice saya rasa ok la sikit berbanding dahulu, perlu ingat, saya tak masuk kelas formal deco cake ni, saya belajar sendiri dari buku dan belajar dari kawan-kawan diinternet. Jadi hasilnya tak la se gah orang keluar masuk kelas demi kelas. tada...


Oh sangat mengantuk, terbayang indahnya kalau dapat tido... Zzzzzzzzzzz


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino