Thursday, April 09, 2009

Alesya 10 bulan and Melukis sebagai hobi




Hari ni ALesya genap 10 bulan.. Alhamdulillah.. walaupun corrected age dia sebenarnya ialah baru 8 bulan. Menjadi baby prem of course perkembangan dia a bit delay, dia masih meniarap dah berpusing mengundur pelbagai posisi, tapi masih belum duduk sendiri, belum merangkak. Itu normal, saya tak risau, sebab pengalaman si abang dulu dah ada. Si Abang dulu pun begitu, lama meniarap, kemudian, dekat usia setahun baru dia merangkak, itu pun malas, dia lebih suka duduk, kemudian berpaut kat mana-mana then berdiri, kejap je begitu, 1 tahun 3 bulan baru dia berjalan. Atau usia sebenarnya setahun sebulan la dia berjalan. Orang kata merangkak meransang saraf otak, kalau lagi lama merangkak lagi bagus, boleh ransang sarat kiri kanan, orang kurang merangkak, samaada nanti dia pandai maths tapi tidak kreatif, atau sebaliknya, hahah keluarga kami membuktikan teori itu.

Menurut sejarah saya memang tidak lama merangkak, hasilnya saya tak pandai maths, lingkup kalau suruh saya mengira, tapi saya boleh melukis. Hubby pun tidak lama merangkak, mengikut kata mak mertua dan kakak ipar saya, hasilnya dia hebat mengira, umpama walking calculator saya, kalau time sale, saya pegang barang, tengok jumlah diskaun saya akan suruh dia kira, "Bang kalau RM38.90 kalau diskaun 15% tinggal berapa?" hahaha dan dia boleh memberi jawapan yang 95 tepat. Dan bukti terbaru ialah Najmi, kalau suruh dia melukis ermm jenuh nak faham apa kah lukisan itu, dan tak hairan dia tak pernah dapat A untuk lukisan. Tetapi dia boleh dapat 100% untuk markah Maths, paling teruk dia pernah dapat markah Maths rasanya 96%. Hiks..kita tengok Alesya membukti dia haluan mana.. hahahaha

Dulu masa saya sekolah menengah, saya suka sangat melukis.. lukis kartun paling saya suka, masa tu tengah musim orang baca GILA-GILA, maka abeh buku latihan sekolah saya ada kartun Ujang, ada ACA, Atuk, Jai, Noi, bila Majalah Ujang wujud, penuh pulak buku latihan saya (terutama buku Maths-Oh saya benci Maths) masa tu buku latihan saya ada Mat 2 ringgit, ada Lin (kampus Life) ada Tini, orang paling suka marah saya ialah emak saya, sebab selalu kantoi duk dalam bilik bukan baca buku tapi lukis kartun. Masa tu saya berangan nak masuk Art and Design kat ITM, tapi malangnya saya tidak cukup hebat bila bersaing dengan orang lain dari segi lukisan. Hikamh juga, kos tu mahal, mana abah saya mampu nak sara kalau saya ambik course tu, dulu takder PTPTN ye..

Emak kata "tak dak kerja lain..melukih saja kerja hang..hang ingat boleh hidup dengan melukih? Hang nak keja apa dengan melukih? esok-esok boleh nak nak keja jadi pelukih? boleh jadi pelukis kartun? takat mana sangatlah," ermmm itu mentaliti emak saya yang hanya tamat sekolah rendah. tak abeh sekolah menengah sebab arwah tok abah saya orang susah, tak mampu sekolahkan emak. Sudah tentu dia mau saya pandai belajar, boleh masuk universiti dan dapat kerja elok-elok, jangan jadi macam dia tak sekolah. dia tak tau, dalam bidang kerjaya ada pelukis pelan, ada pelukis bangunan, ada pelukis grafik.. hahahaha saya pun masa tu tak reti sangat apa boleh buat dengan melukis, selain lukis kartun..hehehe

And baru-baru ni bila emak duduk lama-lama kat rumah saya, tengok saya lukis akrtun atas cupcakes, emak bgtau kat Najmi, "Mama abang ni, dari kecik suka lukis kartun, sampai dah tua pun dia lukih kartun lagi, dulu dia lukih dalam buku sekolah, la ni dia lukih atas kek kecik," ahhaahh saya tergelak.. dan usik emak "hah? tengok dah orang minat lukih, dah kerja makan gaji ngan gomen pun tetap nak melukih, boleh buat duit apa," hahaha kami sama-sama gelak...

dan ini contoh lukisan saya atas cupcakes..



eheheh kakak ipar saya tengok saya bukan cupcakes, komen dia, patutlah orang jual mahal, bila tengok sendiri renyahnya buat ni, baru tau kenapa mahal, tapi berbaloi.. satu-satu kena buat, pegang piping beg kaler kuning kaler atas kek, pastu letak, ambik kaler merah pulak, letak itu amebik hijau..pasti kena teliti, kalau dalah bukan boleh padam-padam...kat adia..Ishkkk tak sanggupla.. hahah kak lida baru tengok saya nak siapkan satu kotak 25pcs je... kalau hari minggu saya kena siapkan 3-5 kotak, kalau satu kotak ada 25pcs, 4 kotak dah 100pcs, 100 pcs kek kecil-kecil, bermacam kartun orang nak, bermacam tulisan... bayangkan berapa jam hendak siap... tapi saya puas... saya boleh buat side income saya dari dalam rumah, boring saya dengan cupcakes, say berhenti pegi gomol ALesya, cium-cium lepaskan geram..

ada kawan saya tanya, Pnut hang tak amik exam PTK ka? (exam untuk kenaikan gaji/pangkat dalam gomen) saya cakap tak ambik dan tak nak ambik. Dia tanya kenapa? saya jawab "tak nak, kalau nak exam kena baca buku, aku malas baca buku, kalau lulus periksa kena naik pangkat, bila naik pangkat, nanti beban kerja banyak, aku tengok si A, naik pangkat, keja macam nak gila, pukul 6 masih di office, Sabtu pegi kerja, Ahad pun kena call, tak aman hidup," biar aku kerja penat buat cupcakes kat umah, depan anak-anak, suami, aku dapat income lebih dari orang naik pangkat, naik gaji." hahhaha jawapan bagi orang pemalas macam saya. Tambah saya lagi pada kawan tu "Aku ada plan lain lah, cukup tempah service untuk aku dpt pencen tiap bulan, aku nak berhentilah, duduk rumah buat kelas kek,kelas roti, kelas memasak, pencen dapat, income lain pun dapat, duk dalam rumah je," nanti aku dapat income bulanan aku pencen nanti sama banyak dengan orang naik pangkat, ntah-ntah lagi banyak," hahahhah jawapan eksen dari saya... tapi untuk itu usaha harus dilakukan, Insya-ALlah saya akan mendalami ilmu membaking, memasak dengan lebih lagi, agar tercapai cita-cita saya.


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino