Wednesday, December 24, 2008

Good Bye Mr. Wira, and Welcome Mr. Grey


Setelah bersama kami dan berjasa selama lebih kurang 6 tahun, akhir kami berpisah jua... setelah menempuh perjalanan sejauh ini (tengok pic bawah) akhirnya Mr. Wira telah berpindah ke tangan tokei used car.

Photobucket

Jasamu ke kenang..
Photobucket

Mr. Wira merajuk di saat-saat akhir, semalam, tiba-tiba keter tak boleh start..uhuhuhu rupanya bateri kong.. nak tukar bateri baru pun alahaiii sayangnya, dah petangnya nak serahkan keter dah. Cina bengkel tu pun kata ralatla kalau tukar..last-last dia manage dapatkan bateri second hand.

And welcome to our family... Mr. Grey..
Photobucket

eheheh ni amek dari tingkap office... saje ja tunjuk sipi-sipi ahaks..keter toyotla yang kasta paling murah eheheh. Si Ady (Tepak Sireh) kata aku beli Camry...ayoyo.... mana mampu mokcik...

plat pun cun juga nombornya ada kaitan dengan angka birthday darling, and dapat plat WSC-yang membawa makna-Wa Syaf*naz Cantik/Cun...hahahaha best la kan..

So walaupun tidak dapat Mr. Black idaman hati, syukurlah Mr. Grey pun Grey la... janji itu Mr. Wira dapat dijual segera, gilooo berapa hari lagi nak tahun baru...mau dua tiga riban harga drop nanti.

So dalam bulan ni kami ada dua ahli keluaga baru, Mr. Grey dan Bibik. Alhamdulillah bibik selamat tiba di Port Klang sabtu lepas, and kami kenalah jemput dia kan, sebab dah kami buat urusan dia sendiri, tader pakai-pakai agen, so nak clearkan dengan imigresen bagai, so kenalah kami hadir ke sana. Huishhh berjanggut nak tunggu dpt clearance pun, bibik tiba jam 6 ptg, gedebuk gedebak pukul 8.30 baru setel semua. Itu pun kata orang yang dah berpengalaman, kira cepat jugaklah tu, pengalaman dia dekat 4 jam tunggu.

So lepas ni tunggu nak bawak bibik pegi medical check up kat klinik panel fomema je. Siapa yang nak amek maid, better uruskan sendiri jimat, and kalau buat sendiri lebih puas hati. At least, maid kita cari tu kita kenal. Macam my bibik adalah di rekemen oleh Kak Sya, Kak Sya memang kenal bibik ni, itu sebab kitaorang berani nak ambil bibik ni.

Dan Alhamdulillah, bibik ni memang betul macam kak Sya cerita, cekap buat kerja, hari pertama tu kami belum bangun lagi, dia dah siap bangun sapu lantai, mop lantai semua, siap cuci bilik air lagi. eheheh saya belum bagi kerja lagi, dia dah cari kerja sendiri. Saya balik dari pasar, baru je letak ayam/ikan dalam sinki, ingat nak rileks kejap, batu nak cuci, rupanya member dah siap cuci, masuk peti ais dah. And memang senanglah saya tak perlu banyak memberi arahan, tau je dia lap tingkap, cuci sinki, cuci itu ini..mudahlah sebab saya pun bukan jenis cerewet, asalkan dia jaga baby ok, kerja rumah beres. ALhamdulillah. Cuma bab memasak, masih lagi saya yang uruskan.

And part paling best, ialah bibik ni suka beno berkebun..ehehe dan belakang rumah kami memang ada tanah kan, so apa lagi, dan berbatas-batas dibuat bibik dan ditanam segala neka pokok.. Bibik Kak Zah sebelah rumah kasi benih sawi, eheh bibik korek tomato ambil biji buah benih, lepas ni saya kenalah rajin ke nurseri pokok,beli tanah hitam, beli baja.. ehehe bibik dah pesan minta dibelikan baja, dan benih-benih pokok..

yezzzaaa petang ini emak saya akan sampai dari Kedah, and inilah perjalanan jauh emak setelah abeh edah lepas abah meninggal, kami sedang pujuk mak agar duk lama-lama sikit kat sini, saya nak umpan emak, eheh nak carikan guru agama, boleh betulkan tajwid dan aktiviti agama yang emak boleh join kat sini, so tak la dia boring kan..

tapi yang pastiiiiiiii abehlah dietku..... sure la emak akan masak yang best.... aduhhhhhh, ermm maknanya kalau diet punah, kena banyak exercise supaya bakar segala kalori yang menjana di badan, makanya..harus la beli dua cangkul untuk berkebun dengan bibik kan...ehehehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino