Thursday, October 30, 2008

Alesya with new gelang, and result abang


Alhamdulillah, Alesya dah makin membesar, berat dia dah nak cecah 4kg, perkembangan dia, setakat ni, dah mula pandai nak 'bersembang' dan sudah pandai respon, gelak-gelak, tendang-tendang kaki bila dia suka dan seronok..

Menjaga dia memang la senang, tak banyak ragam, dia merengek kalau lapar, basah, kalau dia tak tido pun sempoi je..dia layan blues sorang-sorang... cuma kalau dia boring sangat, dia merengek-rengek minta orang temankan dia bersembang. Manja tu dengan Mak Su dia. kalau Mak Su lalu wat derk kat dia, dia muncung-muncung je.

ok meh layan pic Alesya jap..
Alesya dah ada gelang tau..cute je dia pakai gelang yang mama baru beli, ada loceng-loceng lagi, sukalah dia bila goyang-goyang tangan ada bunyi loceng.
Photobucket
Actually gelang ni bukan dari budget mama, tapi adalah hasil mama trade in gelang lama pemberian seseorang kepada Alesya, so emas tu emas lama, mama trade in kan, tak semua kedai hendak ambil emas lama, so dari beberapa kedai mama survey, hanya satu kedai ni je nak terima, trade in jugaklah, walaupun tak byk choice pilihan gelang yang hendak diambil, ermm tak per la..nanti bila Lesya dah besar sikit, kita tukar lagik.

ALesya pun dah ada kawan-kawan yang menemani Lesya kat baby cot...
Photobucket

Ini pulak kerja si abang, mengambil gambar adiknya, banyak pic dia ambik, termasuk pic-pic dia sendiri, lobang idong, biji mata, semua dia amek..tah hapa je...
dan ini antara pic si adik, yang elok di ambil si abang...

tengok adik makin putih kulitnya..makin putih, makin sensitif kulit diaorang ni, sama macam Najmi dulu, kejap je kena ruam...
Photobucket

Cerita si Abang..
Si Abang pulak, bawa balik kertas periksa, result makin turun lak..adoilah..kena gerak gempur suruh dia buat latihan masa cuti sekolah. Kena balance kan, sekarang memang tak balance langsung, tv, games, tengok buku very less ooo.. Dah kasi dia banyak rileks, but end up result makin down pulak, walau still dalam score A semuanya, tapi peratus menurun. So this coming school holiday, kami nak belikan dia buku latihan, satu hari satu subjek dia kena buat latihan, takkan le sehari 3-4 subjek dia kena buat, budak oiii mau dia boring dan tertekan pulak. so at least satu hari dia kena buatkan satu page maths, english, science and mengaji of course. kalau dia tak siapkan, tak der cartoon, games or sekarang dia tengah gigih berlatih berenang sampai tak sabo-sabo tunggu petang nak berenang kat rumah sebelah. So AUNTIE ZAH kena suruh Najmi janji kena buat latihan rajin-rajin kalau malas, jangan ajar dia swimming...

Kite tengok effort dia macam mana nanti. Harap-harap dia akan follow, bukan apa, dia bukan budak yang slow, dia boleh follow semua pembelajaran di sekolah, cuma dia tak teliti, banyak soalan periksa yang dia salah jawab ialah senang and simple, contohnya, jawapan dia dah betul, cuma tanda huruf besar, huruf kecil pada ayat-ayat menyebabkan dia di tolak sentengah markah dari setiap jawapanya. menjadikan markah sepatutnya dia boleh dapat 96-98 tinggal 80 saja... rugi je kan.. banyak lagi kecuaian dia yang menyebabkan dia hilang markah, bukan kerana dia tak tau jawapan, tapi dia tak teliti, asal siap je sudah..holaaa sabau je la... Camner ek anak-anak u all? boleh kongsi tak tips u all melatih/ajar anak-anak awal sekolah ni? kitaorang kalau boleh tanak le membebankan dia, nak dia enjoy je belajar, tapi bila dah result makin teruk risau le pulak, next year sukatan pelajaran makin susah, kalau asyik kasi dia rileks, takut dia lak tercicir, sekarang ni consider dia still in the race la.. walau tak duduk depan sekali, tapi masih dalam race tu, tak jauh ketinggalan. Tapi kami tetaplah kena beringat kan..takut kalau emak bapak pun terleka, kang dia pulak lagi rileks, dia tertinggal jauh.

Budak sekolah sekarang bijak-bijak, sukatang pelajaran pulak makin susah, bukan macam kita dulu-dulu, takat darjah satu baru belajar membaca dan mengira, budak sekarang darjah satu dah belajar macam-macam. Itu sebab pusat tuisyen sekarang kencang je masyuk, sebab emak bapak takut anak mereka ketinggalan, dalam persaingan sesama sendiri. Eheheh saya dulu SRP pun tader nya tuisyen, tingakatan 5 baru dihantar pegi tuisyen,itu pun pusat tuisyen paling murah je.. abah tak mampu hantar ke tempat yang mahal.

So please share opinion ek... Saya banyak tengok pendapat forumer dalam forum-forum keibubapaan di internet, rata-rata mengamalkan beli buku latihan, dan tegas suruh budak-budak buat latihan. And sebagai balasan, kalau bagus latihan yang dibuat, jawapan banyak betul, diaorang dapat rewards, main games or apa-apa yang anak-anak diaorang buat. ok ke cara macam tu?

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino