Nak update gak, tapi malas menaip dan mengarang apa nak update..
so lets the pictures do the talking..ehehe..
jamu mata kejap...
ni gambar sebelum posa..menerai buat donut versi pakai yis kering, biasa buat pakai yis basah..my comment, lebih enak dan lembut pakai yis basah, yang ini pun sedap, tapi tekstur donut guna yis basah lebih ummpphh..
so lets the pictures do the talking..ehehe..
jamu mata kejap...
ni gambar sebelum posa..menerai buat donut versi pakai yis kering, biasa buat pakai yis basah..my comment, lebih enak dan lembut pakai yis basah, yang ini pun sedap, tapi tekstur donut guna yis basah lebih ummpphh..
saja tak buat donut macam gelang tu, beso-beso kang cepat kenyang, so buat bulat-bulat je, senang, sekali ngap je... manis dan masin-masin pedas..(tak der pedas pun)
yang manis
Salut gula dan coklat
yang ni versi pedas/masin buat inti macam chicken pie, guna white sauce dalam inti tu, saja buat white sauce lebih, so lps tu rebus kentang, buat mashed potato..apa lagi, suka bebeno le dua hero, favourite depa mashed potato nih..
and ni semalam punya.. tahun ni sebab harga barang semua naik, dan kat pasar malam pun makanan/lauk dah mahal, apatah lagi di bulan puasa ni, sure mahal-mahal, lauk 2 ringgit tak jual dah, semua jual 2 ringgit.so beli barang basah masak je la, lagipun balas balik dendam lama tak memasak masa pregnant/bersalin itu hari..
buat karipap untuk juadah berbuka..
inti karipap,
ini inti karipap version bonda tercinta punya resepi, kitaorang buat karipap memang tak pernah buat guna rempah kari, pakai jintan kasar dan lada hitam/kunyit, bagi kami memang suka karipap begini, kalau guna rempah kari macam boring je, tak 'laju' jalan kalau karipap inti rempah kari tu, kalau inti begini memang sedap.
pembantu khas, Najmi tolong gentel tepung bulat-bulat dan babah tologn canai, mama mengelim karipap, mereka dipaksa membantu, sebab mama nak cepat, ehehe lagipun nak lekakan najmi sementara menantikan waktu berbuka.
hahaha maacam biasalah darling i seksi je kat umah, so kena pakaikan baju hitam tu....ehehe
karipap dah siap dikelim
kejap kecik, kejap beso, kejap nipis, kejap tebal, gitulah bila hero membantu, kejap najmi kepal beso, kejap dia kepal kecik, babah lak, kejap canai tebal, kejap canai nipis, kena mama adjust, dah masuk intin kena gunting-gunting tepi-tepi, nak kasi lawa..
tadaaa dah siap goreng
Tips nak dpt kulit karipap gebu begini, goreng semasa minyak belum panas, baru minyak tu suam-suam je masukkan karipap, goreng balik-balik dengan api perlahan je, sampai dah kuning-kuning sikit, baru kuatkan api, and sebelum diangkat tutup api semula, biar suam sikit baru masuk karipap lagi, memang renyah sikit, tapi hasilnya sedap, kulit karipap gebu dan cantik.
and lauk semalam pajeri nenas..
mahal tau nenas tu, sebiji 3 ringgit, uhuhu nenas madu kata akak tu..tp mmg sedap, manis-manis gitu..
cadangnya nak kasi jiran-jiran sikit, tapi petang tu hujan lebat lak, so tak dapatlah hero kecik pegi hantar ke rumah jiran..tader rezeki diaorang, malamnya pegi tengok alesya, ingat nak bawa kasi nurse-nurse yang baik-baik menjagakan Alesya tu, dah siap masuk plastik, last-last dah keluar rumah baru teringat, tertinggal..uhuhu tader rezeki nurse juga..
Alesya dan Najmi
Najmi belajar berenang..ni kata kak zah session water confident..and najmi over confident.. :-)
Jiran kami kak Zah buat swimming pool kat tepi rumah, and ajak Najmi berenang, kak zah ni mmg ada sijil leh jadi cikgu renang, dan ada lesen penyelamat gitu, so Insya-ALlah selamatlah Najmi nak belajar berenang..eheheh thanks Kak Zah rajin melayan Najmi, untung dapat jiran yang best macam kak Zah dan adiknya Raja. Najmi pun memang selalu lepak kat rumah diorang, kadang-kadang malam pegi tengok adik, Najmi tak ikut, so Najmi lepak rumah diaorang.
Hari Sabtu, kami ke Jaya Jusco kat Balakong tu, saja singgah lepas balik dari hantar cupcakes yang orang order ke BTHO Cheras, so kami singgah situ sebab nak setelkan bab baju raya Najmi dan of course our little miracle yang akan keluar dari hospital soon.
Sedang aku leka memilih baju abang dan adik, tup-tup dua hero aku hilang entah ke mana, puas aku tawaf mencari diaorang, call tak berjawab, maklumlah bising kat situ, rupanya diaorang layan main games kat tempat main games tu..wahh bagus betul, sebelah je tempat bershopping, so idak le the papas dan and the kids boring melayan the mamas the shopping kan..
tengok leka diaorang main, mama panggil pun bo layan.
And last...
of course tak ketinggalan, the miracle from Allah, Nur Alesya Qhaisara, Alesya bakal mencecah 1.7kg hari ini atau esok, sebab semalam beratnya 1.670kg.. Alhamdulillah, by hujung minggu, Insya-ALlah kalau dia boleh naik berat dalam 20-30 gram sehari, kalau cepat naik 1.8kg, dapatlah dia balik by weekend.. happy..happy..happy... babay cot kat rumah dah siap basuh, cadar yang mama beli kat Manjaku dah siap basuh, baju-baju, sarung tangan, bakul baby..semua dah setel basuh, tunggukan tuan punya badan je balik rumah.
yeah, pertama kali kita tengok Alesya dengan gown pink hospitalnya yang beso bebeno dengan size dia.. pipi dah makin tembam.
Di sendawakan selepas menyusu dengan mama, and diletakkan dalam baby cot dia untuk dia tido..cepat besar ye dik, boleh cepat balik...
Selamat Berpuasa Semua...
psssttt update sikit lagik...baru balik hopsital..Alesya dah berat 1.730kg... wah adik...sikit lagi nak 1.8kg...
0 Komen:
Post a Comment